Wednesday, August 25, 2010
meninggal
mlm tadi dikabarkan meninggalnya ayah ngoh kerahmatullah ada waktu maghrib bersamaan dengan 14 ramadhan. pak saudara yang rapat senang didampingi.. semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh nya.. amin..
Tuesday, August 24, 2010
perkhabaran ramadhan..
hari ni ayah ngoh mat telah dimasukkan ke hospital k.trg di wad ICU. Sama2 lah warga bakarianz mendoakan kesejahteraan dan supaya lekas sembuh ayah ngoh mat... amin....
Monday, August 23, 2010
Iftar Bersama Pakcik Kenny
Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini kami dijemput oleh Pakcik Kenny untuk berbuka puasa di tempat beliau. Tak jauh pun dari rumah kami kerana tempat Pakcik Kenny di dalam Jusco AU2 sahaja. Usai berbuka, kami boleh 'menderma' mengikut kadar yang telah ditetapkan. Boleh tahan juga kerana kali terakhir makan di tempat Pakcik Kenny rasanya 2 tahun lepas. :p
Kami ke sana berempat sebenarnya. Seorang lagi adalah MakNik, kawan MakTeh tapi enggan diambil gambar. Perasan ala-ala artis la pulak.
Ramadhan 1431H - Siri 3
Bismillahirrahmanirrahim...
Antara hidangan yang disediakan adalah sarok lada, kata orang ganu. Memang membuka selera dimakan bersama nasi putih @ nasi kerabu.
Hidangan wajib sudah tentulah gulai kambing. Ada lagi hidangan lain tapi tak sempat diambil gambar. Hidangan-hidangan ini kami hantar ke masjid jam 6.30 petang dengan bantuan Exora AyahNgah. Alhamdulillah, lauk licin semasa kami ambil semula periuk selesai solat tarawih.
Sunday, August 22, 2010
Ramadhan 1431H - Siri 1
Bismillahirrahmanirrahim...
To'Ki berhajat menyembelih kambing untuk jamuan berbuka puasa di masjid pada hari ini. Jadi petang semalam 2 ekor kambing telah dikorbankan untuk dijadikan lauk.
Sunday, August 15, 2010
Wong Solo
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan 1431H
Assalamualaikum,
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Kareem. Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah.
Wassalam.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Kareem. Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah.
Wassalam.
Thursday, August 5, 2010
Cadangan Logo
Jom Mencendolkan Diri
Bismillahirrahmanirrahim...
Petang esoknya, oleh sebab si Akif tu konon-konon teringin nak makan rojak dan cendol lagi, maka kami pun pergilah bertiga. MakLong, Akid dan Akif. Maka, 2 hari berturut-turutlah kami makan rojak dan cendol mamak tu. Mengidam nak makan lepas 10 tahun haha. Tapi apapun, pada MakLong, cendol tu tetap tak boleh lawan cendol Teras Jernang dan Shah Alam. Yang tu tetap top. Tapi sebab nak pergi sana jauh la plak, titiwangsa pun titiwangsa lah.
Ada yang pernah sampai ke sini? Hehe. Kat mana lagi, tasik titiwangsa la, dah nama pun Mamak Rojak Titiwangsa kan. Alkisahnya dulu (10 tahun yang lalu) mamak ni guna van buruk je. Meniaga pun kat tepi traffic light nak masuk simpang ke tasik tu la. Masa tu memang kedai dia buruk je tapi ramai orang dan salah seorangnya adalah MakLong. Haha. Tapi dengan kawan-kawan la, tak kuasa nak gi sorang. Kiranya ni zaman belajar kat UIA dulu la. Tetiba baru-baru ni masa bawa Kenari untuk tunjuk kat pembeli, kami jumpa di Titiwangsa. Rindu plak kat cendol mamak tu. MakLong cuba cari kat simpang tu dulu tapi tak jumpa. Yela, simpang pun dah dibuat laluan pejalan kaki elok-elok. Mana mamak cendol ni pergi ye? Pusing punya pusing sekali nampak ada satu van tak jauh dari tempat letak kereta. Sah! Itulah mamak cendol yang meniaga kat tepi simpang dulu. MakLong pun pasang niat nak gi sana lagi.
Hari Sabtu lepas, balik dari Perpustakaan Negara, MakLong, MakTeh and The Gang terus ke situ. Wallaweh, bestnya dapat pekena rojak mamak dan cendol pulut. Budak-budak tu pun sama, licin dibelasahnya. Makan free, memang la kan.
Petang esoknya, oleh sebab si Akif tu konon-konon teringin nak makan rojak dan cendol lagi, maka kami pun pergilah bertiga. MakLong, Akid dan Akif. Maka, 2 hari berturut-turutlah kami makan rojak dan cendol mamak tu. Mengidam nak makan lepas 10 tahun haha. Tapi apapun, pada MakLong, cendol tu tetap tak boleh lawan cendol Teras Jernang dan Shah Alam. Yang tu tetap top. Tapi sebab nak pergi sana jauh la plak, titiwangsa pun titiwangsa lah.
Subscribe to:
Posts (Atom)