Bismillahirrahmanirrahim...
Kembara Singapura
Kembara Miri-Brunei
Showing posts with label kembara. Show all posts
Showing posts with label kembara. Show all posts
Thursday, July 25, 2013
Saturday, November 3, 2012
Jelajah Utara 2012
Bismillahirrahmanirrahim...
Tarikh: 29 Oktober - 1 November 2012 (2 bulan tu hehe)
Lokasi: Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang
Ahli: To'Ki, To'Wan, MakLong, Haziq, Hazim, Adeef
Penginapan:
1) The Leverage Business Hotel, Mergong
2) Naza Talya Business Hotel, Tanjung Bungah
Nota: Gambar penuh di FB Group TB.
Labels:
bakarians junior,
jalan-jalan,
kembara,
VACATION
Saturday, April 21, 2012
Kembara Vietnam 2012 (Kemaskini)
Bismillahirrahmanirrahim...
Hanya tinggal sebulan sahaja lagi. Terkini, jadual peserta & pergerakan adalah seperti berikut:
Bakarians
1. To'Ki
2. To'Wan
3. BaHa
4. Kak Syima
5. MakLong
6. MakTeh
Bakarians Junior
1. Adam
2. Adeef
Geng 4 Beranak (To'Ki, To'Wan, MakLong, MakTeh) akan bertolak daripada LCCT dengan pesawat AA pada 27 Mei 2012 manakala Geng Chenderiang pula akan bertolak daripada Changi Airport dengan pesawat Tiger Airways pada hari yang sama. Khidmat AyahNgah @ BaAn mungkin diperlukan untuk membantu Geng Chenderiang ke Changi Airport hehe.
Penginapan: Hotel An Tam 2
Travel Agent: Vietnam Muslim Tours
Wassalam.
Saturday, March 31, 2012
Kembara Terkena
Bismillahirrahmanirrahim...
26 Mac 2012
Rumah MakLong - Hantar MakTeh ke Sri Damansara - Mydin Selayang - Makan tengahari di Rawang (Tq BaMa) - solat jama' di Tg Malim - bermalam di Cameron Highlands.
27 Mac 2012
Cameron Highlands - Gua Musang - Felda Sg Aring - Chendering.
Fuh!
Tuesday, March 13, 2012
Thursday, January 26, 2012
Tuesday, December 20, 2011
Perubahan Tarikh KB2012
Bismillahirrahmanirrahim...
Manusia merancang namun perancanganNya jauh lebih hebat.
Manusia merancang namun perancanganNya jauh lebih hebat.
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Kembara Bandung 2012 yang sepatutnya diadakan pada 4 - 7 Februari 2012 akhirnya terpaksa diAWALkan kepada 21 - 24 Januari 2012.
Kelam kelibut membuat pindaan, akhirnya berjaya juga mendapatkan khidmat supir dan penginapan pada harga yang berpatutan sewaktu di sana. Jika tiada aral melintang, berikut penginapan yang akan diduduki:
21 - 22 Januari 2012 : Hotel Cihampelas 2, Bandung
22 - 23 Januari 2012 : Permata Hati Resort, Puncak
23 - 24 Januari 2012 : Malaka Hotel, Bandung
Kepada MakTeh, tarikh akhir pembayaran pakej adalah pada 12 Januari 2012 ya.
Wassalam.
Wednesday, October 26, 2011
Kembara 2012
Bismillahirrahmanirrahim...
Tarikh: 4 - 7 Februari 2012
Destinasi: Bandung-Jakarta (2 malam di Bandung, 1 malam di Jakarta)
Kos Ground: RM300/seorang (pengangkutan+pemandu+hotel+makan/minum+tiket masuk)
Travel Agent/Itinerari: Boleh rujuk laman web www.jacktour.com
Kepada yang berminat untuk turut serta, boleh beli tiket AirAsia seperti berikut:
4 Feb 2012 (KL-Bandung): Depart at 3.30pm
7 Feb 2012 (Bandung-KL): Depart at 12.00pm
Wassalam.
Tarikh: 4 - 7 Februari 2012
Destinasi: Bandung-Jakarta (2 malam di Bandung, 1 malam di Jakarta)
Kos Ground: RM300/seorang (pengangkutan+pemandu+hotel+makan/minum+tiket masuk)
Travel Agent/Itinerari: Boleh rujuk laman web www.jacktour.com
Kepada yang berminat untuk turut serta, boleh beli tiket AirAsia seperti berikut:
4 Feb 2012 (KL-Bandung): Depart at 3.30pm
7 Feb 2012 (Bandung-KL): Depart at 12.00pm
Wassalam.
Tuesday, August 2, 2011
Hari 2 - Trip Cameron
Bismillahirrahmanirrahim...
4. Kea Farm tapi tak sempat ambil gambar huhu
5. Ladang strawberry - semata2 untuk memenuhi keinginan MakTeh makan waffle strawberi
6. Kafe Bharat Plantations - pekena teh tarik 1 teko
Babai CH, we enjoyed the trip!
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H
Saturday, July 30, 2011
Hari 1 - Trip Cameron
Bismillahirrahmanirrahim...
1. Sungai Palas BOH Tea Plantation
2. MARDI Agrotechology Park
3. Pasar Malam Brinchang
Friday, July 29, 2011
Trip Cameron Highland (30 – 31 Julai 2011)
Bismillahirrahmanirrahim...
Geng yang akan join trip Cameron, the tentative is as the following:
30 Julai 2011 (Sabtu)
7.30 pagi : MakLong, AyahChik & Fizah bertolak dari Balakong
8.30 pagi : Bertemu MakNgah & family di R&R Behrang
11.00 pagi : Exit Simpang Pulai, anggaran perjalanan selama 2 ½ jam - Singgah di kilang coklat Avant
11.00 pagi - 2.00 petang (3 jam) : Makan Tengahari
Terus ke:
2.30 petang : Mendaftar masuk di Equatorial Hotel, Rehat, solat
4.00 petang – 7.00 malam : Pasar Malam Brinchang, Kea Farm Brinchang, Strawberry Park
7.00 malam ke atas : Makan malam, Bebas
31 Julai 2011 (Ahad)
8.00 pagi : Sarapan, Bebas
10.00 pagi : Geng Suzuki bertolak balik kampung, Geng Tg Malim nak stay sampai tamat waktu menginap atau check out juga (wallahua'lam)
12.00 t/hari : Waktu mendaftar keluar hotel
2.00 petang : Singgah Kuantan hantar Fizah
5.00 petang : Dijangka tiba di Dungun
Geng yang akan join trip Cameron, the tentative is as the following:
30 Julai 2011 (Sabtu)
7.30 pagi : MakLong, AyahChik & Fizah bertolak dari Balakong
8.00 pagi : Tiba di Sri Damansara, kutip MakTeh
8.30 pagi : Bertemu MakNgah & family di R&R Behrang
11.00 pagi : Exit Simpang Pulai, anggaran perjalanan selama 2 ½ jam - Singgah di kilang coklat Avant
11.00 pagi - 2.00 petang (3 jam) : Makan Tengahari
Terus ke:
- Ladang teh BOH di Sungai Palas
- Cameron Bharat Tea Plantation
- Taman Agro MARDI, Tanah Rata (Dewasa RM3, Kanak2 RM1.50)
- Kampung Taman Sedia, Brinchang
- Taman Agro Al-Mashoor, Brinchang
2.30 petang : Mendaftar masuk di Equatorial Hotel, Rehat, solat
4.00 petang – 7.00 malam : Pasar Malam Brinchang, Kea Farm Brinchang, Strawberry Park
7.00 malam ke atas : Makan malam, Bebas
31 Julai 2011 (Ahad)
8.00 pagi : Sarapan, Bebas
10.00 pagi : Geng Suzuki bertolak balik kampung, Geng Tg Malim nak stay sampai tamat waktu menginap atau check out juga (wallahua'lam)
12.00 t/hari : Waktu mendaftar keluar hotel
2.00 petang : Singgah Kuantan hantar Fizah
5.00 petang : Dijangka tiba di Dungun
Monday, June 6, 2011
Stesen Minyak Bergerak di Kuala Berang
Bismillahirrahmanirrahim...
Berita gembira jika anda berkunjung ke Kuala Berang kerana jangan tidak tahu, kemudahan stesen minyak bergerak telah disediakan di kawasan tersebut. Anda tidak percaya? Kami telah melaluinya sendiri baru-baru ini apabila petrol kami kehabisan sewaktu dalam perjalanan pulang dari Pusat Santuari Hidupan Liar Negeri Terengganu. Tujuan kami ke sana adalah semata-mata untuk menjenguk seekor gajah yang hidup keseorangan. Atas dasar prihatin dan simpati tahap dewata raya, kami tetap berkonvoi ke sana juga meskipun kami tahu petrol kereta To'Ki sudah berada di paras minima. Kaedahnya, kalau habis, apa nak buat. Redah saja lah. Dah takdir...
Selepas puas ber'manja-manja' dengan Sang Suria, kereta To'Ki yang dipandu oleh MakLong Schumacher pantas meninggalkan jemaah yang lain di belakang demi untuk mencari setitik petrol buat bekalan meneruskan perjalanan. 'Debbor perok' (sila rujuk kamus bahasa Terengganu bermaksud debaran yang sangat kuat) toksah cerita la tapi seperti dikata, apa nak buat, redah je. Matlamatnya adalah untuk sampai di stesen minyak di pekan Kuala Berang dengan segera.
Mulut MakLong tak putus-putus baca Ayat Kursi supaya minyak tidak kehabisan dan sempat tiba di pekan Kuala Berang. Namun seperti kata penyanyi pujaan AyahNgah, Jamal Abdillah, takdir penentu segala. Petrol kehabisan betul-betul di hadapan sebuah kedai runcit. Ahli jemaah yang lain belum kenampakan lagi. Dengan gaya macho, To'Ki keluar dari kereta dan meninjau-ninjau keadaan kedai. Dengan masih mengekalkan gaya macho dan sedikit bangga, To'Ki menganggukkan kepala sambil berkata,
"Tu ada jual petrol."
Oh, memang betul. Ada 2 bakul minyak petrol yang telah dimasukkan dalam botol 1.5L. Harganya? RM3 sebotol. Dalam kepala MakLong, sekurang-kurangnya isilah dalam 5 botol ke tapi kata To'Ki, 2 botol sudah memadai.
Ok, jangan dibantah kata orang tua ye. Ikut saje. Maka dengan penuh gaya sambil minum air tin, To'Ki menuangkan 2 botol minyak ke dalam tangki. Jemaah yang lain tumpang gembira kerana mereka tidak perlu menyedekahkan petrol masing-masing kepada kereta To'Ki dan paling penting, tak perlu kerah tenaga tolak kereta To'Ki jika ditakdirkan petrol kehabisan dalam kawasan hutan.
Perjalanan diteruskan selepas 'serangan' bersungguh-sungguh menapau roti dan air botol dibuat daripada kedai runcit tersebut. Lega, kereta boleh bergerak. Sasaran seterusnya adalah makan tengahari. Ingatkan semua orang dah kenyang tengok gajah, rupanya tidak juga.
Sedang elok MakLong memecut, tiba-tiba kereta To'Ki terbatuk-batuk lagi. Aduhai seperti dijangka. Petrol dituang tidak mencukupi untuk sampai ke pekan Kuala Berang walaupun papan tandanya sudah kelihatan tidak jauh dari situ. To'Ki cuba berlagak relaks walhal dalam hati hanya Tuhan saja yang tau. Haha. Makanya dicari botol untuk mendapatkan bekalan tambahan. Mujur AyahDe ada standby botol dalam kereta dia.
AyahNgah temankan To'Ki ke stesen minyak dan jemaah yang lain pula ke restoran berdekatan untuk mengisi perut. MakLong sempat berpesan pada AyahNgah,
"Jangan beli banyak2 ye. RM5 cukuplah," sambil menjeling pada To'Ki.
"Doksoh cerita banyok2 lah. Jom derah gi beli minyok," kata To'Ki tak puas hati sambil To'Wan ketawa terbahak-bahak dan sempat membubuh sebutir,
"Dia kaloh la tu kate gitu tu," kata To'Wan. Haha.
Untuk pengisian kali kedua, To'Ki memberi penghormatan kepada AyahChik untuk menuangnya sambil AyahDe dan Akid men'yeper' (sila rujuk kamus bahasa Terengganu bermaksud interframe) konon-konon membantu dengan sangat gigihnya.
Selepas itu, kami singgah di stesen minyak terdekat dan To'Ki terus suruh isi penuh ye. Hihi. Kesimpulannya, antara sebab To'Ki sengaja isi 2 botol je petrol sebelum ini adalah sebab barangkali To'Ki sangka ada stesen minyak bergerak di Kuala Berang. Memang bergerak sungguhlah jawabnya. Yang pertama, kat kedai runcit. Yang kedua pula, kereta AyahNgah jadi ejennya. Haha.
Saturday, May 21, 2011
Update 3: Bayaran Trip Kenyir
Bismillahirrahmanirrahim...
Berikut adalah status pembayaran daripada Bakarians sehingga 21 Mei 2011:
1. To'Ki & MakLong - RM60
2. To'Wan & AyahChik - RM60
3. BaMa & Family - RM225
4. BaAn & Family - RM90
Wassalam.
Berikut adalah status pembayaran daripada Bakarians sehingga 21 Mei 2011:
1. To'Ki & MakLong - RM60
2. To'Wan & AyahChik - RM60
3. BaMa & Family - RM225
4. BaAn & Family - RM90
Wassalam.
Sunday, May 15, 2011
Update: Trip Kuching, Sarawak
Bismillahirrahmanirrahim...
Untuk melihat tempat penginapan dan pengangkutan dimaksudkan, boleh klik link di bawah:
Penginapan & Pengangkutan
Tempat-tempat menarik untuk dilawati
Selamat membuat persiapan!
Kepada Bakarians yang akan menyertai trip to Kuching, Sarawak pada 16-18 September 2011, seperti dipersetujui, tempahan tempat penginapan dan pengangkutan telah dibuat baru-baru ini. Untuk penjimatan kos, kita akan menginap di homestay 3 bilik sahaja, (bukan hotel ye) manakala pengangkutan adalah Toyota Unser. Kadar bagi setiap orang adalah seperti yang telah die-mel sebelum ini.
Untuk melihat tempat penginapan dan pengangkutan dimaksudkan, boleh klik link di bawah:
Penginapan & Pengangkutan
Di samping itu, untuk melihat antara tempat-tempat menarik yang akan dilawati di sana, boleh klik link berikut:
Tempat-tempat menarik untuk dilawati
Selamat membuat persiapan!
Thursday, May 12, 2011
Update 2: Bayaran Trip Kenyir
Bismillahirrahmanirrahim...
Berikut adalah status pembayaran daripada Bakarians sehingga 12 Mei 2011:
1. To'Ki & MakLong - RM60
2. To'Wan & AyahChik - RM60
3. BaMa & Family - RM225
Wassalam.
Berikut adalah status pembayaran daripada Bakarians sehingga 12 Mei 2011:
1. To'Ki & MakLong - RM60
2. To'Wan & AyahChik - RM60
3. BaMa & Family - RM225
Wassalam.
Tuesday, May 10, 2011
Update: Bayaran Trip Kenyir
Bismillahirrahmanirrahim...
Berikut adalah status pembayaran daripada Bakarians sehingga 10 Mei 2011:
1. To'Ki & MakLong - RM60
2. To'Wan & AyahChik - RM60
Wassalam.
Berikut adalah status pembayaran daripada Bakarians sehingga 10 Mei 2011:
1. To'Ki & MakLong - RM60
2. To'Wan & AyahChik - RM60
Wassalam.
Monday, May 9, 2011
Update: Trip Kenyir (29 - 30 Mei 2011)
Bismillahirrahmanirrahim...
Berikut adalah status penyertaan untuk trip ke Kenyir yang telah disahkan sehingga 9 Mei 2011 iaitu:
1. To'Ki & To'Wan
2. BaMa & Family
3. BaAn & Family
4. BaHa & Family
5. MakLong
6. MakTeh
7. AyahChik
Sehubungan itu, tindakan seterusnya adalah menyusunatur pergerakan pergi-balik ke sana dan urusan makan/minum sewaktu di sana.
Bagi pergerakan pergi-balik, Bakarians dikehendaki untuk berkumpul di jeti Tasik Kenyir pada waktu tengahari untuk menaiki bot ke tempat penginapan. Dari segi pergerakan ke situ, mungkin ada yang akan bergerak terus dari rumah masing-masing atau berkumpul di rumah To'Ki terlebih dahulu. Pandai-pandailah menyusun sendiri jadual ye, yang penting semua ada di jeti pada hari Ahad, jam 12 tengahari. Kita akan dibawa menaiki bot ke tempat penginapan dan terus check-in jam 1 petang. Dari situ, aktiviti pada waktu petang adalah bebas iaitu sama ada untuk menaiki bot, berkayak, memancing, mandi air terjun atau kuak lentang di atas katil (yang ni paling best!). Malamnya pula kita akan adakan BBQ untuk makan malam dan seterusnya dicadangkan aktiviti jimba-jimba seperti musical chair atau apa-apa yang dirasakan boleh menghiburkan Bakarians. Jangan suruh bernasyid sudah...
Pada keesokan harinya, kita akan melawat sangkar ikan kelah, taman herba, air terjun dan tempat-tempat menarik di sekitarnya sebelum check-out. Sebenarnya dari segi susunatur nak melawat tempat-tempat menarik ni, MakLong dimaklumkan boleh dibincangkan semula dengan pengurusan sama ada nak diadakan pada hari pertama atau kedua atau dibahagikan kepada 2 hari. Yang ni MakLong open for any suggestions and discussions from Bakarians.
Pada keesokan harinya, kita akan melawat sangkar ikan kelah, taman herba, air terjun dan tempat-tempat menarik di sekitarnya sebelum check-out. Sebenarnya dari segi susunatur nak melawat tempat-tempat menarik ni, MakLong dimaklumkan boleh dibincangkan semula dengan pengurusan sama ada nak diadakan pada hari pertama atau kedua atau dibahagikan kepada 2 hari. Yang ni MakLong open for any suggestions and discussions from Bakarians.
Ok, untuk urusan makan/minum pula, kadar bayaran adalah RM30/dewasa dan RM15/kanak2 (3 - 12 tahun) iaitu melibatkan makan t/hari dan BBQ untuk hari pertama serta sarapan pada hari kedua.
Untuk bayaran pakej makan/minum ni, Bakarians kena bayar kepada MakLong selewat2nya pada 20 Mei 2011 untuk melancarkan penyediaannya. Harap dapat kerjasama dalam soal ni sebab aktiviti ini untuk manfaat dan kebaikan bersama juga. Bayaran boleh dibuat sama ada secara tunai atau transfer ke dalam akaun Maybank MakLong (164212290406). Siapa-siapa yang dah bayar akan MakLong warwarkan dalam blog ini untuk makluman bersama.
Kalau dilihat kepada status penyertaan, kadar bayaran untuk setiap keluarga adalah seperti berikut:
1. To'Ki & To'Wan - RM60 (MakLong bayarkan @ any volunteer???)
2. BaMa & Family - Dewasa (RM210) + Kanak2 (RM15) = RM225
3. BaAn & Family - Dewasa (RM60) + Kanak2 (RM30) = RM90
4. BaHa & Family - Dewasa (RM60) + Kanak2 (RM30) + Baby (FOC) = RM90
5. MakLong - RM30
6. MakTeh - RM30
7. AyahChik - RM30
Sila ambil maklum, bayaran untuk bot perlu dijelaskan sendiri oleh Bakarians pada hari kejadian nanti kepada pengendali bot untuk aktiviti bersiar-siar keliling tasik atau berkayak. Kadar bayaran bot untuk pergi-balik ke tempat penginapan sahaja telah MakLong jelaskan bersama bayaran tempat penginapan sebelum ini.
Diharap kepada Bakarians yang telah mengesahkan penyertaan agar dapat mengambil tindakan sewajarnya terutama urusan bayaran makan/minum supaya proses pengesahan dengan pengurusan tempat penginapan dapat diselesaikan segera. Kesegeraan menjelaskan bayaran akan menentukan tahap keseriusan kita semua memastikan kejayaan program kekeluargaan ini. Nawaitunya hanya satu, demi keluarga!
Jika ada Bakarians yang terpaksa menarik diri (harap tidak ada) pada saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, harap sangat-sangat dimaklumkan kepada MakLong lebih awal agar tidak mengganggu urusan tempahan makan/minum, jumlah penginapan dan pergerakan bot pergi-balik jeti-tempat penginapan kerana segala bayaran yang dijelaskan adalah melibatkan perkara-perkara tersebut.
Semoga segala perancangan akan berjalan lancar dan menjadi titik tolak kepada penganjuran program kekeluargaan yang lebih besar pada masa akan datang, insyaAllah!
Dari 'B' Untuk 'B' jua!
Thursday, May 5, 2011
Kembara Langkawi - Hari 3
Bismillahirrahmanirrahim...
02 Mei 2011 - Masa untuk pulang. ML dan Adeef akan menaiki feri dari jeti Kuah ke jeti Kuala Kedah dan dengan pertolongan seorang kawan, dibawa ke lapangan terbang Bayan Lepas untuk ke KLIA. Yang lain-lain pula akan pula terus ke KL dari lapangan terbang Langkawi. Selesai memasukkan semua barang ke dalam kereta, kami singgah sebentar di kawasan Beras Terbakar yang terletak tidak jauh dari rumah penginapan kami. Kemudian kami singgah untuk sarapan di restoran Pak Hassan sebelum ke pekan Kuah sekali lagi.
| Ini ultraman adik! Adei, terpaksalah bayar juga. |
| Pagi petang siang malam, air wajib Adeef |
| Begini ye tuan-tuan dan puan-puan cara untuk memakan roti canai |
Selepas bersarapan, kami singgah di pekan Kuah sebentar kerana To'Soo ingin membeli coklat. Ralit sangat membeli belah pinggan mangkuk semalam sehingga terlupa nak beli coklat.
Sebelum ke jeti, tempat wajib untuk bergambar adalah Dataran Lang, ikon pulau Lagenda. Dari situ, ML dan Adeef bergegas meredah lautan manusia untuk menaiki feri sementara yang lain-lain pula bergegas ke lapangan terbang.
| Feri Sea Jet 2, jam 11.30 pagi |
| Adeef bersama 2 dozen kacang yang berjaya di'pow' daripada pramugari di dalam kapal terbang |
| Dalam tren ke stesen Putrajaya, kecapekan |
Sudah tentulah To'Ki, To'Wan, To'Soo dan MT tiba di KLIA lebih awal daripada ML dan Adeef yang menaiki penerbangan dari Penang jam 5.25 petang. Nyaris-nyaris juga kami terlepas penerbangan kerana terperangkap dalam kesesakan di atas jambatan Pulau Pinang. Mujur dengan muka menagih simpati Adeef, petugas membenarkan kami untuk mendaftar masuk juga walaupun kaunter telah ditutup huhu. Dari KLIA, kami naik tren ke Putrajaya Sentral dan dijemput oleh MT untuk pulang ke rumah ML.
Overall, we really enjoyed the journeys. Alhamdulillah!
Subscribe to:
Posts (Atom)

