Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label paksoo. Show all posts
Showing posts with label paksoo. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Pengumuman: Graduasi Tamat Latihan PakSoo

Bismillahirrahmanirrahim...




Graduasi tamat latihan PakSoo pada 7 Januari 2012, di padang kawad PULAPOL Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Majlis dijadual bermula jam 7.30 pagi.
Semua Bakarians dijemput hadir.
Mami Dadi (To'wan To'Ki) dijangka tiba di LCCT pada 6 Januari 2012 dengan penerbangan jam 9.20 malam dari K.Trg.

Tuesday, July 26, 2011

Teknik-Teknik 'Penyeludupan' Halal

Bismillahirrahmanirrahim...

Ok adik2, mari To'Ki ajar macamana cara untuk menyeludup barangan makanan ke dalam asrama tanpa pengetahuan pengawal ye. Mula2 pastikan anda membawa karpet bersaiz sederhana sebagai alasan dijadikan alas tempat duduk. Kemudian, sebelum anda balik, susun atur barangan makanan yang ingin diseludup masuk di atas karpet tersebut. Seterusnya, lipat karpet tersebut satu-persatu.

Mulakan lipat karpet

Tutup bahagian atas, pastikan makanan tak terkeluar dari karpet


Akhir sekali, masukkan karpet tersebut ke dalam sebuah beg. Senang kan? Fikir2kan & selamat beramal!

Wednesday, June 29, 2011

Visit PakSoo Lagi

Bismillahirrahmanirrahim...

26 Jun 2011 ~ Yeah, we did visit PakSoo again but this time around it was more happening. Sebab? Ramai yang join termasuk AyahLong dari Rawang & MakNgah dari Tanjung Malim. So, AyahLong bawa bubur lambuk, MakNgah bawa rambutan, MakLong bawa KFC, MakTeh bawa air dan AyahChik bawa perut ekeke. We were there for about 3 hours for makan-makan, borak-borak and of course photoshooting.

Ada kejadian tak kunjungan kali ni? Surelah ada kan tapi biasa2 je. Kesnya MakLong parking kereta kat tempat tak dibenarkan. Mulanya ok je tapi bila kereta MakTeh pun datang menempek sekali, terus abang polis datang suruh alihkan kereta. Haih, tak sah kalau takde insiden. Hampeh tol.






Masa kami nak balik, hujan turun sangat lebat. MakLong dan MakTeh ada misi yang perlu disempurnakan di Carrefour Wangsa Maju. Jeng2 hehe misi mencari baju untuk kenduri AyahChik nanti lah. Takkan nak pakai baju gi kerja kan. Dah puas melilau-lilau, hajat di hati nak try satu restoran kat situ. Nampak macam best je. Jombali namanya. Menarik juga menunya tapi disebabkan kami ni dah kenyang (lapar mata je huhu), akhirnya kami tapau je.



Air ni namanya I Luv U tapi rasanya macam jus biasa je. Nama je konon2 gempak.

Saturday, June 11, 2011

Visiting PakSoo

Bismillahirrahmanirrahim...

11 Jun 2011 - MakLong ke PULAPOL Jalan Semarak untuk melawat PakSoo. Tiba agak lewat kerana singgah ke farmasi untuk membeli ubat yang dipesan PakSoo. Demam katanya. Tiba di sana, terkejut den. Mak ai ramainya manusia macam pesta la plak. Rupanya memang hari ni dapat jumpa dengan family. Maka berduyun2lah yang datang termasuk datuk dan nenek pun ada. Masa berjumpa pula dari jam 2 hingga 5 petang sahaja tapi MakLong tiba di sana pukul 4.40 petang.

Mula2 kena isi borang kat meja pendaftaran dulu. Lepas tu pegawai bertugas akan panggil pelatih di asrama tapi cara petugas meja tu boleh membangkitkan kemarahan pelawat kerana macam acuh tak acuh sahaja. Bayangkan ada pelawat yang menunggu hampir 1 jam tapi pelatih tak muncul-muncul. Bila pelawat bertanya pada petugas, jawapannya "kami dah panggil tadi, mungkin dia ke mana-mana dalam pusat latihan ni kot." Aduhai, tolonglah bagi jawapan yang membantu dan bukan menyakitkan hati. Mujur MakLong dah SMS PakSoo awal2 dan hanya menunggu 15 minit sahaja. Itupun sebab PakSoo tidur kerana demam masih belum kebah.

Berbekalkan sekeping alas dan 2 set McDonalds, kami bercamping di atas rumput di tepi padang kawat. Dah macam taman rekreasi pula lagaknya. Layankan ajelah.





Laki @ perempuan, di mana-mana berkawad. Kau mampu?



Jam 6 petang, MakLong beredar dari situ. Itupun selepas membubuh sedas kepada jurulatih yang agak biadap lagaknya. Kalau iyepun nak menegur, biarlah bertempat dan kena caranya. Ini kalau main cakap je, memang kenalah jawabnya. Nasiblah labu. Oklah PakSoo, semoga cepat sembuh dari demam. Nanti MakLong melawat lagi.

Wednesday, March 16, 2011

Khabar PakSoo

Bismillahirrahmanirrahim...

MakLong terima SMS daripada PakSoo memaklumkan yang dia sihat daripada virus yang riuh diperkatakan melanda PULAPOL sekarang. Malah sudah dikeluarkan daripada tempoh kuarantin. Sebelum ini MakLong dah hadir sendiri ke PULAPOL dan memang dah diberitahu yang PS tidak tersenarai dalam nama pelatih yang dimasukkan ke HKL.

Alhamdulillah.

Saturday, February 19, 2011

Tahniah PakSoo!

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya, penantian PS berakhir jua. InsyaAllah PS akan melaporkan diri pada 1 Mac 2011 di PULAPOL, Jalan Semarak, KL. Jika direnung, banyak pula kaitan dengan Jalan Semarak ni.

1. AyahDe melanjutkan Masters di UTM Jalan Semarak;
2. MakLong melaporkan diri sebagai PTD di Wisma Tanah, Jalan Semarak;
3. Kami pernah tinggal di AU3, tidak jauh dari Jalan Semarak.

Sekarang? PS pula akan menjalani kursus di kawasan Jalan Semarak. Semoga cita-cita dan semangat sebagai anggota polis akan terus bersemarak.