Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, August 20, 2013

Bila 3 Stooges Turun KL

Bismillahirrahmanirrahim...

15 Ogos 2013 - Selamba. MakLong minta EL untuk spend time with them. 
Mula2 kami ke Paya Indah Wetland, Dengkil.
Objektif utama adalah nak tengok buaya makan tapi rupa2nya buaya diberi makan sekali seminggu je iaitu hari Ahad.
Jadi kalau nak tengok buaya makan, kenalah datang hari Ahad jam 11 pagi.







Selain buaya, nak tengok badak air tapi badak tu malu2 la plak. 
Dapat tengok seekor je atas darat lepas tu semua masuk dalam air. 
Nampak badan je skit kat permukaan air.

Lepas tu, tengok landak raya dan kura2. 
Ingatkan ada seekor 2 je, rupa2nya berekor2 juga.
Daripada mak kura2, bapak kura2 hinggalah ke anak kura2.


Selesai sesi alam & manusia di situ, kami ke Kelab Ekuestrian Putrajaya untuk makan tengahari.
Sebelum ni MakLong dah pernah bawa To'Ki, To'Wan, AyahChik & keluarga ke sini. 
Sekarang giliran AyahDe & keluarga plak.
Tapi sebab lepas raya, agak kecewa sebab menu tak lengkap.
Contohnya pizza, takde sebab doh tak ade huhu.
Agaknya pembuat doh cuti raya lagi.




Bila perut dah kenyang, singgah plak di Putrajaya Wetland, jenguk kaum kerabat MakTeh yang bersepah2 kat situ.
Leher panjang, pendek, warna hitam, putih, semua ada.


Lepas solat Asar kat surau di tapak perkhemahan dalam tu juga, kami ke Taman Pertanian Warisan.
Kat situ, PakSoo & keluarga pun join sekali.
Hajatnya nak melawat dusun buah2an tapi pemandu buggy plak cuti.
Kena menapak. 
Agak luas jugakla.
So sebab sayangkan lemak2 kat badan kami ni daripada terbakar, kami batalkan hasrat nak tengok dusun.
Kemudian, PakSoo plak teringin nak makan cendol tapi sebab dah lewat, kedai dah tutup.
Akhirnya, melepak di rumah MakLong sekejap sebelum dinner.

Untuk dinner, kami ke restoran Chop n Steak Serdang.
MakLong memang selalu datang sini sebab servis cepat, portion makanan ngam2 & harga berpatutan.
So lepas Maghrib terus gerak sebab kalau lambat memang susah dapat meja.
Kat sini, memang serve Western food tapi Adam? 
OMG! diordernya nasi goreng cina dan air sirap.
Padahnya, itu hidangan paling lambat dapat. Hihi.




Ini yee mee ketam yang diorder oleh AyahDe.
Dapat ketam busuk katanya tapi yang bagusnya, bila dikomen kepada cashier, terus dibatalkan harga order tu. 
Kira makan free je walaupun sepatutnya cashier tu kata boleh minta tukar.
Macamana nak tukar sebab ketam tu dimakan last sekali.
Konon nak save the best for the last, sekali dapat yang busuk hihi
Tapi kira okla sebab last2 tak dikira harga order tu.
Kalau cashier tu kurang asam, memang ini bakal kunjungan terakhir ke situ tapi nampaknya diaorang pandai jaga pelanggan.






Lepas dinner, MakLong ikut AyahDe & keluarga beraya ke Taman Samudera, Gombak. 
PakSoo plak nak isi minyak & balik terus katanya.
Balik beraya, sampai rumah dekat kul 1 pagi.
Ya ampun, MakLong tak banyak cerita terus tidur sebab esok pagi2 buta nak gerak gi opis huhu.

Begitulah kisah sehari bersama 3 stooges.

Air Terjun Chemerung

Bismillahirrahmanirrahim...

Aktiviti kami di hari raya ke3, mandi manda & makan2 di air terjun Chemerung, Hulu Terengganu. 
Perjalanan daripada rumah kami sekitar 1 jam dan kami bertolak seawal jam 8 pagi untuk mengelakkan kesesakan bersama pengunjung2 lain.
Telahan kami benar.
Pengunjung2 sudah mula semakin ramai memasuki kawasan air terjun saat kami meninggalkan tempat itu pada waktu tengahari.









Monday, January 14, 2013

Ana Oh Ana!

Bismillahirrahmanirrahim...

Tarikh: 13 Januari 2013.
Lokasi: Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi.











Licin!

Monday, December 17, 2012

Planetarium Negara

Bismillahirrahmanirrahim...
 
14 Disember 2012 - MakLong dan Geng Chenderiang ke Planetarium Negara.
 
 
 
 
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk melihat pameran.
Bayaran hanya untuk menonton persembahan pada waktu yang telah dijadualkan sahaja.
 
 
Keseluruhannya, selain Pusat Sains Negara, ia juga memang tempat yang sesuai untuk memberi pendedahan kepada anak-anak kecil tentang sains.
 
 
 
Adeef bisik kat telinga MakLong, dia nak datang lagi ke sini. Haha.
 

Saturday, November 3, 2012

Jelajah Utara 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Tarikh: 29 Oktober - 1 November 2012 (2 bulan tu hehe)
Lokasi: Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang
Ahli: To'Ki, To'Wan, MakLong, Haziq, Hazim, Adeef
Penginapan:
1) The Leverage Business Hotel, Mergong
2) Naza Talya Business Hotel, Tanjung Bungah
 
Nota: Gambar penuh di FB Group TB.