Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 9, 2011

Jom Naik Bukit Broga, Semenyih

Bismillahirrahmanirrahim...

Kembara Bukit Broga (BB) akan diadakan pada 29 Januari 2011 (Sabtu). Pendakian akan bermula jam 7.00 pagi, bermakna perlu tiba lebih awal dari itu ke kaki BB.

Dengan ketinggian 390 meter, 1279 kaki atas aras laut, pemandangan cantik ini dapat kita daki dgn hanya 45 minit daripada Kuala Lumpur. Ianya terletak 5 minit drpd University of Nottingham kampus Semenyih. Pendakian mengambil masa 30 minit hingga satu jam. It's an easy hiking.



Setakat ini, yang mungkin akan join adalah:
 
1. PakSoo
2. MakLong
3. MakTeh
 
Kalau ada yang nak join lagi, ayuh!

saya nak melaporkan accident kemalangan...









buat semua warga bakarianz.. ni la antara gambar yang sempat diambil seleps kejadian accident di jalan pantai dekat ngan sura jati...

Thursday, January 6, 2011

bahsa programmer

Abang Jamal

Bismillahirrahmanirrahim...

Jamal mana ni? Opppsss bukan Jamal Mok Su Lipoh ye. Nehi kabhi nehi. Jamal yang dimaksudkan adalah Jamal Abdillah. Takkan tak kenal kot, penyanyi pujaan AyahNgah ni. Penyanyi bersuara jantan, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. MakLong masih ingat lagi zaman AyahNgah muda remaja dulu, segala mak nenek tentang Jamal disimpannya. MakLong juga masih ingat temankan AyahNgah pergi kedai kaset dekat Bandar Dungun tu semta-mata nak beli kaset original Jamal. Masa tu, harga murah lagi dalam belas-belas juga tapi tak lah mahal macam sekarang. Lepas tu, kat dalam bilik tu siap AyahNgah tampal poster 'Sepi Seorang Perindu'. Haha. Jiwang karat sey.

Jadi, sempena konsert Jamal Abdillah di Istana Budaya yang akan bermula pada 7 Januari ini hingga 10 Januari 2011, MakLong teringin nak ajak AyahNgah tengok persembahan Abang Jamal ni. MakLong pun minat juga dengan Abang Jamal ni tapi tak sefanatik AyahNgah kot. MakLong tetap setia pada SRK jua. Haha.

Maka, tiket 7/1/2011 jam 8.30 malam telah dalam genggaman. Jumpa di sana (MakTeh, AyahNgah & Family)! 

Wednesday, January 5, 2011

pra sekolah

3/1/2011 adam menjejakkkan ke sekolah kebangsaan kg. bukit. Kelas bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 12.45 t/hari. Nasib baik makanan masih disediakan. Adam berada di kelas 1 yang mana menempatkan pelajar yang berumur 6 tahun. Banyak juga subjek yang akan dipelajari. Antaranya pengajian al-quran, matematik BM, B.Inggeris, IT... dihari pertama Adam ok jer. tak menangis. cuma agak malu-malu kucing. hari ke 2 dah ok masuk kelas. tak malu2 kucing lagi. so far, ok la. Bali sekolah Adam asyik bertanya bila nak hantar adik adeef masuk PERMATA plak. Abahnya pulak dilantik AJK pewaris bagi mewakili ibubapa kelas Pra bagi merancang program dan aktiviti luar yang berkaitan. Nampaknya kena la consent dengan perkembangan program yang dianjurkan oleh jabatan pelajaran atau kerajaan negeri. diharapkan generasi ke 3 bakarianz ini mampu untuk berdikari dan menempuh hari yang akan datang. SUCCESS..