Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 28, 2011

Wajah Baru

Bismillahirrahmanirrahim...

Selepas 2 bulan lebih berulang-alik ke bengkel, akhirnya To'Ki boleh tersenyum lebar. SA9813W sudah berwajah baru. Sukanya dia...



Wednesday, March 23, 2011

Kembara 2011: Kuching, Sarawak

Bismillahirrahmanirrahim...

Dear warga Bakarians,

Pelawaan menyertai kembara ke Kuching, Sarawak pada 16 - 18 September 2011 ini. Tempahan tiket adalah melalui AirAsia dengan kadar bayaran antara RM150-RM200 seorang bagi perjalanan pergi balik. Kadar sebenar tiket adalah bergantung kepada tempoh promosi yang boleh berubah bergantung kepada kekosongan. Setakat ini, status penyertaan yang telah disahkan adalah seperti berikut:

1. To'Ki & To'Wan - Ticket Confirmed (Automatik!)
2. BaAn & Family - Ticket Confirmed
3. MakLong - Ticket Confirmed
4. MakTeh - Ticket Confirmed
5. BaMa & Family - Will be confirmed on 25th March 2011

Kepada yang masih berminat, boleh cuba menyemak kadar tiket di laman AA. Setakat hari ini, tiket yang sama dengan tarikh dan waktu yang ditempah masih ada cuma ada sedikit perbezaan dalam RM10-RM20 sahaja.

As for the travel itinerary, as usual, it is not finalized yet and will be discussed later based on the surveys done either through Internet or words or mouth.

Jom kembara!

Tuesday, March 22, 2011

Masjid Besi @ Masjid Sultan Mizan, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim...

Semasa tengah data cleaning notebook, terjumpa gambar2 ni. Lupa bila keluar dengan 2 orang budak ini (Akid & Akif) tapi rasanya tahun lepas. Berhenti sekejap di Masjid Besi untuk solat.








Monday, March 21, 2011

Percung Perlu, Angin Katak Puru, Tahi Kera

Bismillahirrahmanirrahim...

20 Mac 2011 - To'Ki, To'Wan, MakLong & MakTeh 'percung perlu' ke Chendering menjenguk The 3 Stooges. Kebetulan Adam baru balik dari sekolah. Kami singgah sekejap je sebab ML & MT perlu balik ke KL pula. Di sana, ada seorang budak bam-bam yang 'angin katak puru' nak berjalan. Akhirnya, bergayut pada To'Ki.





Mulanya, ML nak bergambar dengan bam-bam je, tapi si abang-abangnya nak 'menyeper' jua.



Sebelum balik pula, To'Wan telah dihadiahkan tahi kera oleh Adeef. Busuk kohong kereta MT. Kui2. 

Sunday, March 20, 2011

Ikan Bakar Kuala Dungun

Bismillahirrahmanirrahim...

Kami tidak pernah tahu yang sebuah kawasan ikan bakar telah dibangunkan berdekatan jeti Kuala Dungun. Jadi bila abah ajak ke sana, kami terus setuju. Tak lupa, SuYah turut serta diajak.

salah sebuah kedai di situ

pilih sendiri ikan/udang


ikan siakap masak stim

ikan barat bakar






Secara keseluruhannya, rasa masakan biasa saja dan masih boleh ditambahbaik tapi peluang perlu diberi kerana ini tempat baru dan sekurang-kurangnya ada tarikan baru di bandar Dungun.