Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 9, 2011

Persona Untuk Dijual

Bismillahirrahmanirrahim...

Gempar! Gempar! Persona untuk dijual. Full Spec, Lady owner :)




April Fool!

Sunday, April 3, 2011

Ronda2

Bismillahirrahmanirrahim...

Lepas riadah, kami sarapan di medan selera di Presint 8, Putrajaya. Kemudian balik rumah untuk bersihkan diri dan bersiap sebab TW berhajat nak ke IKEA pula. Sebelum ni ML pernah bawa TW sekali ke sini, sebab tu TW nak datang lagi. TK pun tak banyak cerita, ikut je.




Dah dapat barang yang dicari, perut pula berkeroncong minta diisi. Hajatnya nak bawa TK & TW makan di restoran Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail tapi tutup pula. Masjid Al-Ghufran ni selalu masuk TV kerana keunikkan fungsinya. Tingkat atas adalah penginapan yang disewakan, tingkat tengah adalah ruang solat dan tingkat bawah adalah restoran. Masjid ni selalu juga masuk TV3. Dari situ, terpaksalah kami melencong ke kawasan sekitar TTDI juga untuk mencari tempat makan. Akhirnya kami singgah di sebuah restoran yang menyediakan masakan dari seberang. Sesi mengimbau kenangan makan di Medan dulu nampaknya.


Sebelum

Selepas...Alhamdulillah

Es jeruk ~ biasa je, macam air limau

Tersandar kekenyangan

Licin nasi sepinggan + bahagian TW yang tak habis

Masa ni, AyahChik tak ikut sekali sebab ada tournament paintball di Gombak dengan kawan-kawannya. Kami jumpa di rumah ML je. Lepas rehat-rehat kejap, kami berempat keluar ke Kajang pula sebab TK nak beli baju di KAMDAR. Alkisahnya sebelum ni dah pernah beli baju tu (yang TK pakai dalam gambar atas tu) kat situ juga, jadi sebab selesa dipakai, TK nak beli lagi. Selagi terdaya, kami ikutkan saja. Maka ke Kajang lah kami untuk beli baju TK. Sudahnya TW pun sambar juga sehelai. TK pula sambar 4 helai alang-alang datang. Dari Kajang, masuk Bangi pula. TK sempat beli charger HP dia lagi. Destinasi seterusnya adalah The Mines sebab ML nak ke kedai alatulis dalam tu. Apa lagi, TW ambil peluang beli baju kat Reject Shop pula. Haha. Dalam pukul 8.20 malam, kami meninggalkan The Mines dan sempat singgah di restoran berhampiran ML untuk makan malam. Pagi esok, TK & TW akan bertolak pulang ke kampung. Sob2. Nasib baik AyahChik cuti esok. Bolehlah tolong tunjukkan jalan pada TK sehingga ke Tol Gombak sebab esok ML kena kerja.

Jom Riadah!

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi ini ML ajak To'Ki (TK) & To'Wan (TW) untuk aktiviti riadah di Taman Putra Perdana, Putrajaya. Kami sampai di sana jam 8 pagi dan kelihatan masih belum ramai pengunjung yang datang ke situ. Alhamdulillah TK & TW dapat menghabiskan laluan trek tanpa sebarang masalah malah TK bukan main laju lagi meninggalkan kami. ML sebenarnya boleh je nak pecut tapi kena la tunggu TW kan. Haha.

TW yang bersemangat nak jogging

Turun bukit

Nampak tak TK jauh berlari tinggalkan kami?

Posing jap

Amacam geng, tak tercabar ke?

Ok, 1 2 3 mula!

Rehat jap

Amat seronok dapat mengeluarkan peluh. Badan pun terasa lebih sihat. Bersemangat TW nak jogging lagi kat kampung nanti katanya.

Saturday, April 2, 2011

Supper at Nu'in, Little Perak, Bangi

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, we had supper at restaurant Nu'in, Little Perak, Bangi just now.

The Menu

In The Mirror

MakLong

Abah & Ummi @ To'Ki & To'Wan

Coffee Latte Vanilla ~ MakLong punya hehe
With us is also AyahChik but his picture was not captured :)

Wednesday, March 30, 2011

Lat Kg Boy The Musical (LKBTM)

Bismillahirrahmanirrahim...

ML dapat 2 keping tiket percuma tajaan Sapura untuk menonton LKBTM di Istana Budaya. Maka MT dipelawa turut serta. Tepat jam 7.45 malam kami sudah siap sedia di sana. Sempatlah makan malam sebelum memasuki dewan. Seat kami betul2 mengadap stage, seat VIP :D







Hans Isaac, pengarah yang kacak

Seriously, it was fun and we really enjoy watching the show. Awie a.k.a Usin sangat best & kelakar, Jalil Hamid a.k.a Apak yang sangat sporting, Omar Abdullah a.k.a Pak Samad yang sangat selamba dan kanak-kanak yang sangat comel. Paling best, Hans Isaac yang sangat hensem :)

Pesan Apak, kerja siang jangan sampai berlarut sehingga malam...