Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 3, 2011

Mari Beramal

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam warga bakarians,

Apa kata anda jika bersempena bulan yang mulia ini, kita menyumbangkan sedikit daripada rezeki yang kita terima dengan menderma untuk menyediakan hidangan berbuka puasa kepada jemaah di tempat Abah bertugas iaitu Masjid Sg Udang. Siapa tahu usaha kecil kita ini memberi erti yang besar kepada kehidupan insan2 lain di samping turut memberi keberkatan kepada kehidupan kita sendiri?

Cadangannya, kita tempah makanan daripada katerer dan minta Abah edarkan di masjid pada tarikh yang bersesuaian. Bagi yang punya kelapangan untuk pulang, mungkin boleh sama2 menjayakannya tetapi yang tidak berkelapangan, sumbangan kewangan sudah memadai.

Sekadar mencadangkan, wassalam.

Tuesday, August 2, 2011

Hari 2 - Trip Cameron

Bismillahirrahmanirrahim...

4. Kea Farm tapi tak sempat ambil gambar huhu

5. Ladang strawberry - semata2 untuk memenuhi keinginan MakTeh makan waffle strawberi





6. Kafe Bharat Plantations - pekena teh tarik 1 teko




Babai CH, we enjoyed the trip!



Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H


Saturday, July 30, 2011

Hari 1 - Trip Cameron

Bismillahirrahmanirrahim...

1. Sungai Palas BOH Tea Plantation







2. MARDI Agrotechology Park




3. Pasar Malam Brinchang

Friday, July 29, 2011

Trip Cameron Highland (30 – 31 Julai 2011)

Bismillahirrahmanirrahim...

Geng yang akan join trip Cameron, the tentative is as the following:

30 Julai 2011 (Sabtu)

7.30 pagi : MakLong, AyahChik & Fizah bertolak dari Balakong

8.00 pagi : Tiba di Sri Damansara, kutip MakTeh

8.30 pagi : Bertemu MakNgah & family di R&R Behrang

11.00 pagi : Exit Simpang Pulai, anggaran perjalanan selama 2 ½ jam - Singgah di kilang coklat Avant

11.00 pagi - 2.00 petang (3 jam) : Makan Tengahari

Terus ke:
  • Ladang teh BOH di Sungai Palas
  • Cameron Bharat Tea Plantation
  • Taman Agro MARDI, Tanah Rata (Dewasa RM3, Kanak2 RM1.50)
  • Kampung Taman Sedia, Brinchang
  • Taman Agro Al-Mashoor, Brinchang

2.30 petang : Mendaftar masuk di Equatorial Hotel, Rehat, solat

4.00 petang – 7.00 malam : Pasar Malam Brinchang, Kea Farm Brinchang, Strawberry Park

7.00 malam ke atas : Makan malam, Bebas


31 Julai 2011 (Ahad)

8.00 pagi : Sarapan, Bebas

10.00 pagi : Geng Suzuki bertolak balik kampung, Geng Tg Malim nak stay sampai tamat waktu menginap atau check out juga (wallahua'lam)

12.00 t/hari : Waktu mendaftar keluar hotel

2.00 petang : Singgah Kuantan hantar Fizah

5.00 petang : Dijangka tiba di Dungun

Wednesday, July 27, 2011

Abah & Ummi

Bismillahirrahmanirrahim...

Abah mendapatkan rawatan

“Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu : Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W),
Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala:
Nabi Bersabda, Solat Pada Waktunya,
Aku Bertanya Lagi: Apa Lagi Wahai Rasulullah?
Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa,
Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah?
Baginda Bersabda: Berjihad Di Jalan Allah,
Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku, Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”

[Hadis riwayat Imam Bukhari & Bukhari]

Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam telah menerangkan bahawa redha Allah adalah pada Redha ibu-bapa,dan murka Allah juga pada marah ibu bapa,sebagaimana sabda Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam:

رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط الوالدين

Maksudnya: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”
[Hadis Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899]