Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 29, 2009

Renungan

Bismillahirrahmanirrahim...

Pesan Imam Shafie Rahmatullahi'alaih:

"Bermusafirlah kamu, kamu akan bertemu ganti dengan orang yang kamu tinggalkan. Hendaklah kamu berpenat-penat kerana sesungguhnya kelazatan hidup itu adalah di dalam berpenat-penat."

Jom ke Medan 2010! :)

Sunday, September 27, 2009

Beraya di Rumah Negarawan

Bismillahirrahmanirrahim...

Impian jadi kenyataan. Kepenatan berjalan kaki selama 20 minit tidak dirasai kerana keinginan yang kuat untuk bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan isteri. Puas hati dapat bersalaman dan bertemu wajah dengan mereka.










Raya Ke-2

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebatang pokom mempelam yang selama ini memenuhi halaman rumah telah selamat ditumbangkan untuk memberikan ruang yang lebih luas kepada kawasan rumah.






Monday, September 21, 2009

Aidilfitri 1430H

Bismillahirrahmanirrahim...

Sunday, September 20, 2009

Jom Shopping 2

Bismillahirrahmanirrahim...

13 September 2009: Misi membeli-belah diteruskan pada hari ini dengan sasaran kawasan adalah di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Untuk mengelakkan kesesakan, kami memilih LRT sebagai pengangkutan ke sana. Dengan tiket pergi-balik, kami turun di stesen Masjid Jamek dan pulang dari stesen Bandaraya.



Sasaran pertama adalah sekitar Jalan Masjid India. Di situ kami mengunjungi Kamdar dan Semua House. Dari situ, kami bergerak ke SOGO.

Seperti dijangka, lautan manusia membanjiri SOGO yang mengadakan jualan murah sempena Hari Raya.






Selesai membeli barangan yang diperlukan, kami meninggalkan SOGO menuju ke stesen Bandaraya pada jam 2.00 petang dan turun di stesen Sentul Timur untuk menaiki kereta yang diletakkan di situ sebelum ini.