Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 21, 2010

Horas – Siri 1 (13-02-2010)

Bismillahirrahmanirrahim…

Presint 4, Putrajaya

Naza Ria menuju ke KLIA

Tiba di KLIA

Polonia Airport yang serba sederhana

Bas Pariwisata (Bas Persiaran)

Hotel Garuda Citra

Selamat Datang

Makan Tengah hari di Restoran Minang

Jam 10.00 pagi, Kami (To’Ki, To’Wan, AyahDe&Keluarga, MakLong dan MakTeh) bergerak dari Keramat ke Carrefour Wangsa Maju untuk membuat pertukaran wang kepada matawang Indonesian Rupiah (IDR). Selesai urusan, kami terus menuju ke Putrajaya untuk mengambil MakNgah&Keluarga di Presint 11. Manakala AyahNgah&Keluarga serta PakSoo telah sedia menunggu di pejabat MakLong kerana kami bercadang untuk memarkir kenderaan di situ. AyahChik pula menyusul terus dari tempat kerja ke Putrajaya. Alhamdulillah kami berjaya tiba di Presint 4, Putrajaya untuk menaiki 2 buah teksi NazaRia yang telah ditempah lebih awal dan bergerak menuju KLIA pada jam 12.30 tengah hari.

Kami tiba di KLIA pada jam 1.30 petang dan terus menuju ke kaunter L16 untuk mendaftar masuk. Walaupun suasana agak kelam kabut dengan kerenah kanak-kanak tetapi semua berjalan lancar.

Semasa urusan pendaftaran masuk, kami berdepan dengan 2 situasi yang cukup mendebarkan sehingga hampir melemahkan semangat dan percutian kami mungkin terbatal.

Situasi 1: Nama AyahNgah pada tiket penerbangan didapati tidak sama dengan nama tercatat di dalam Kad Pengenalan dan paspot. Rupan-rupanya selama ini nama AyahNgah memang tidak sama dengan nama Bakarianz, iaitu nama bapa AyahNgah tidak lengkap mencatatkan Abdullah@Abu Bakar sebaliknya hanya setakat Abdullah sahaja. MakLong terpaksa sedikit bertegang urat dengan kakitangan MAS mengatakan bahawa kedua-dua nama tersebut adalah bagi orang yang sama.

Situasi 2: Nama bagi anak MakNgah iaitu Nur Hazirah Aminah telah salah didaftarkan semasa tempahan iaitu dibintikan kepada nama To’Ki dan bukan nama abahnya. Kali ini situasi agak mencemaskan kerana tiket tersebut dianggap terbatal dan tiada pindaan boleh dibuat kerana kesalahan dianggap kritikal. Kesilapan tersebut tidak disengajakan oleh MakLong semasa membuat tempahan dahulu.

Proses untuk menyelesaikan kedua-dua situasi tersebut menyebabkan masa mendaftar masuk memakan masa selama 3 jam. Bagi situasi 1, tiada sebarang tindakan tambahan lain yang perlu diambil cuma diberi peringatan agar memastikan ejaan yang sama dibuat bagi semua dokumen pada masa akan datang. Namun bagi situasi kedua, tiket baru terpaksa dibeli dengan kadar diskaun berjumlah RM748. Mulanya kami bertegas untuk tidak membeli tiket baru berikutan jumlah yang agak tinggi tetapi apabila masa untuk berlepas semakin mendekat dan tidak mahu merosakkan percutian yang telah dirancang, kami sepakat mengumpulkan sejumlah wang untuk pembelian tiket baru tersebut.

Memandangkan masa penerbangan semakin hampir, ahli rombongan lain yang tidak menghadapi sebarang masalah bergerak dahulu ke balai pelepasan manakala MakLong dan PakSoo dibawa oleh kakitangan MAS untuk membuat pembelian tiket baru. Saat itu kami merasakan seolah-olahsetiap detik yang berlalu adalah sungguh berharga dan pergerakan pun seperti lipas kudung. AyahChik dan MakNgah&Keluarga pula menunggu kami di pintu masuk balai pelepasan dengan tiket baru. Mujurlah pergerakan kami diiringi oleh kakitangan MAS sehingga ke pintu masuk kapal terbang malah kami tidak perlu melalui pemeriksaan di pintu masuk. Terasa macam VIP pun ada juga apabila diiring menuju ke pintu masuk tetapi pada masa yang sama malu pun ada juga kerana banyak mata memandang kami yang berlari-lari anak secara berjemaah.

Sesungguhnya kedua-dua situasi tersebut menjadi titik rujukan kepada kami agar lebih berhati-hati pada masa hadapan dan mengajar kami agar mengutamakan silaturrahim berbanding wang. Hikmahnya, mujurlah kedua-dua masalah tersebut dapat dikesan sewaktu berada di Malaysia lagi. Kami tidak dapat membayangkan sekiranya masalah tersebut hanya disedari sewaktu tiba di sana dan berdepan dengan pelbagai kerenah imigresen di sana pula.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Polonia Airport selepas melalui penerbangan selama 30 minit. Memang pantas. Bayangkan masa daftar masuk selama 3 jam tetapi penerbangan hanya memakan masa 30 minit. Apapun, kami syukur kerana akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Medan. Tiba di sana, keadaan airport memang sangat sederhana dan jauh berbeza dengan di Malaysia. Selepas menempuh pemeriksaan imigresen, kami berkumpul untuk mengangkat beg masing-masing dan mengelakkan di’pow’ oleh pekerja-pekerja yang menawarkan penggunaan troli.

Di luar airport, ejen berkenaan (Pak Dian) telah sedia menunggu bersama pemandu pelancong (Pak Untung) dan sebuah coaster bus untuk membawa kami ke destinasi seterusnya.

Memandangkan kami masih keletihan, Pak Dian membawa kami sekeluarga ke sebuah restoran untuk makan tengah hari. Alhamdulillah servis yang diberikan sangat memuaskan hati walaupun masakan minang kurang menepati citarasa kami. Namun inilah masa untuk mengenali masakan di Negara orang.

Usai makan tengah hari, kami dibawa untuk mendaftar masuk ke hotel (Garuda Citra International Hotel) bertaraf 2 bintang. Meskipun begitu, keadaan bilik sangat luas dan sesuai untuk keluarga. Kami tempah 6 bilik sepanjang tempoh percutian.

Waktu di Medan lewat 1 jam berbanding Malaysia dan kami solat Jama’ Taakhir (Zuhur + Asar) di hotel. Pada waktu malam, kami (kecuali AyahNgah&AyahDe) berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel dan sempat pusing-pusing di sebuah kompleks beli-belah (Yuki Simpang Raya) yang terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari hotel.

Saturday, February 13, 2010

Terkini: Kembara Medan2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warga Bakarianz,

Jam 11.20 pagi sebentar tadi, ejen di Medan (Pak Dian) telah menghubungi MakLong memaklumkan bahawa semua tempahan telah dibuat sebagaimana dipersetujui sebelum ini. InsyaAllah dan sama-sama kita berdoa semoga kembara kita ini dipermudahkan-Nya jua. Semoga kita mendapat ibrah yang baik dari kembara kita kelak.

Sebelum ini, Pak Dian telah memberikan nombor pemandu pelancong kita semasa di sana iaitu Mr Untung (+628126567749). Semoga kita mendapat keuntungan sebagaimana nama pemandu pelancong tersebut.

Sekian melaporkan dari Presint 4, Putrajaya.

- MakLong -

Thursday, February 11, 2010

Update: Kembara Medan2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setakat hari ini, berikut adalah bayaran yang telah diterima:

1. PakSoo - Tunai
2. AyahDe - Pindah Akaun
3. MakTeh - Tunai
4. AyahChik - Tunai
5. To'Ki & To'Wan - AyahNgah + AyahDe
6. MakNgah - MakLong

Deposit RM500 telah dijelaskan kepada ejen sebelum ini dan baki akan dijelaskan sepenuhnya pada hari ketibaan.

Jumpa di Putrajaya, jam 12.00 t/hari...

Sunday, February 7, 2010

perhatian! pergerakan geng

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, geng Keramat dah beli sikit-sikit persiapan seperti kasut, beg, ubat-ubatan dan minuman 3 in 1. Yang lain-lain tu kira redha jela, harap-harap boleh cari kat Medan.

Malah kami dah tukar duit ke matawang Indonesian Rupiah dan sekarang kami adalah jutawan. Tukar terus di Malaysia sebab kalau tukar di sana, akan rugi beberapa puluh ringgit berdasarkan pesanan kawan-kawan yang dah pernah sampai ke sana.

Ok, untuk pergerakan pula, cadangannya lebih kurang begini:

Jumaat (12/2/2010)
- ketibaan geng dari luar KL (to'wan & to'ki, ayah de & family, idah & family)
- solat sunat hajat + musafir
- bermalam di keramat

Sabtu (13/2/2010)
- 12.00 t/hari: berkumpul di pejabat MakLong, Presint 4
- ayah ngah & family terus ke situ dari JB
- parking kereta di basement pejabat (lebih selamat sebab nak tinggal lama, pesan kat kawan tolong tengok-tengokkan)
- 12.30 t/hari: bertolak ke KLIA menaiki 2 buah teksi eksekutif (Naza Ria)
- 1.00 ptg: daftar masuk
- 3.10 ptg: insyaAllah sudah berada dalam perut kapal terbang...

- MakLong -

geng.. pengembaraan bermula....

salam 1 malaysia...

esok ayah de akan bertolak ke KL dahulu. nak camner.. keje punyer pasal.. kene pegi awal. kursus...kursus..kursus.. tapi pitih takdok doh.. korek celeng persona la nampaknya. Selepas itu akan diikuti oleh tokki, tokwan, makde, adam n adeef. mungkin pada jumaat nyer.. selepas itu pengembaraan geng akan bermula.. kita saksikan.. tapi ayah ngah passport wat dok lagi.. dengor citer dok wat lagi. wat la bangat2 sket. kita tengok la ayah ngah mai dengan berdecung dengan kete exora kebanggaan malaysia..