Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 21, 2012

Kopi MakTeh

Bismillahirrahmanirrahim...

Wah hebatnya! MakTeh telah meluaskan empayarnya. Kini boleh didapati di Bandar Maharani Muar. Kalah kopi cap Kapal Api tapi sedap lagi kopi Vietnam.

Tuesday, June 19, 2012

Kembara Saigon - Coffee Table Book

Bismillahirrahmanirrahim...

Percubaan membuat coffee table book berjaya. Very nice!

Sotong Busuk Di Penarik

Bismillahirrahmanirrahim...

9 Jun 2012 - Singgah minum petang di Pantai Penarik, Setiu untuk makan seafood celup tepung. Aduhai terkena sotong busuk plak. Mujur makcik tu tak melenting bila diberitahu. Maknanya lama lagilah dia meniaga tu.

Sunday, June 10, 2012

Peladang Agro Resort Setiu

Bismillahirrahmanirrahim...

8 & 9 Jun 2012 - Selepas setahun lebih BaHa propose tempat ni, hari Jumaat lepas trylah gi sana. 
Jauh gok posen tempat tu dari Dungun, dalam 2 jam lebih jugaklah.
Tengok dalam website macam bijok je tapi bila sampai sana, sedikit mengecewakan. 
Yang happy adalah Adam dan Adeef sebab dapat mandi kolam puas2.
Yang dewasa? Membuta jela haha.

Kami ambil 2 unit garden chalet view. 
Setiap unit ada 1 katil queen dan 1 katil single. 
Mula2 book 3 unit tapi sebab To'Ki dok join, ambil 2 jelah.
Mujur ambil yang tu, kalau ambil new chalet link, jenuhlah nak jalan kaki. 
Kesian To'Wan dan ibu mengandung nanti. 


Unit kami, 203 & 204














Kesimpulannya, tempat ni ok tapi disebabkan poor maintenance, maka agak mengecewakan jugalah. 
Apapun, Adam dan Adeef happy dapat mandi puas2 dalam kolam. 
Tanya Adam nak datang lagi tak situ? Dia kata nak isk2



Thursday, May 31, 2012

Hari Terakhir di HCMC

Bismillahirrahmanirrahim...

30 Mei 2012 - Hari ke4 iaitu hari terakhir kami di bumi Saigon. Usai sarapan masakan sendiri, kami menaiki teksi menuju ke Benh Tanh Market. Ia lanjutan misi semalam yang belum selesai. Puaslah hati To'Wan dapat memborong kain telekung dan kain sutera. Kami kembali ke hotel untuk mengemas barang sekitar jam 11 pagi dan check out pada jam 12 t/hari. Kemudian kami dibawa oleh ejen untuk makan t/hari di restoran Halal@Saigon. Kadar harga makanan di restoran halal di sini memang agak tinggi berikutan jumlahnya yang tidak banyak.

Usai makan t/hari, kami dibawa ke sebuah masjid untuk solat jama' sebelum dihantar ke lapangan terbang untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Terima kasih kepada AyahLong dan PakSoo serta Izzah yang datang menjemput kami di LCCT. Sebelum pulang ke rumah MakLong, kami menjamu selera di restoran Saba' Cyberjaya.