Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 31, 2009

Entah Apa-apa...

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila dikenang dan difikir-fikirkan, terasa kelakar pun ada. Al-kisahnya pagi Selasa (24 Mac 2009), MakLong mengambil cuti semata-mata untuk menyelesaikan urusan suntikan Meningitis di Klinik Kesihatan Petaling Jaya. Malangnya, hasrat tidak kesampaian berikutan kehabisan stok bekalan ubat. Memandangkan cuti sudah dipohon, malas pula nak ke pejabat. Tambahan pula pakaian yang dikenakan memang tidak sesuai untuk ke pejabat. Maka MakLong menyelesaikan beberapa urusan yang perlu diselesaikan dengan segera iaitu di pejabat pos dan pejabat KWSP Setapak.

Akhirnya semua urusan berjaya diselesaikan pada jam 2.30 petang. Memikirkan masih terlalu awal untuk pulang ke rumah, MakLong bercadang untuk membawa Adam berjalan-jalan ke Zoo Negara. Dengar cerita sudah banyak perubahan dibuat di situ. Selesai solat Zohor di Masjid Gombak, MakLong menuju ke rumah Ibu, pengasuh Adam. Didapati Adam sudah berpakaian baju tidur sedangkan jam baru menunjukkan pukul 3.00 petang. Nak tergelak pun ada.

Baru 5 minit MakLong memulakan perjalanan, Adam sudah menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Penat agaknya belajar di sekolah. Jangkaan MakLong biarlah Adam tidur dahulu dan bangun apabila tiba di Zoo Negara. Ternyata jangkaan MakLong meleset. Adam tidur dengan lenanya dan tidak mahu membuka mata apabila dikejutkan. Nampaknya Adam beul-betul penat. Akhirnya MakLong pun turut sama terlena. Kebetulan kenderaan diletakkan betul-betul di hadapan pintu masuk zoo. Agaknya kerana keletihan, MakLong turut sama terlena dan bangun pada jam 4.30 petang. Pintu pagar zoo pun sudah dirapatkan menandakan zoo akan ditutup pada jam 5.00 petang. Hanya menunggu pelawat sedia ada untuk mengosongkan zoo. Musnah harapan untuk melawat zoo sebaliknya menjadi sesi membuta. Huhu...

Bila difikir-fikirkan balik, entah apa-apa jela MakLong ni.

Pintu masuk Zoo Negara...dah banyak berubah

Lena betul Adam tidur

Kadar Bayaran Masuk: RM 16.00 (gulp!)

No comments:

Post a Comment