Bismillahirrahmanirrahim...
Memperkenalkan
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Kenduri cukur jambul telah diadakan pada hari Sabtu, 5 Jun 2010 di rumah To’Ki dan To’ Wan secara kecil-kecilan dan buat pertama kalinya diadakan secara buffet. Pecah rekod menghidang selama ini haha. Kuranglah peluh Bakarianz menghidang apabila selesai bacaan doa. Untuk kenduri kali ini, 2 orang Bakarianz takde iaitu AyahLong dan PakSoo.
Sepeti biasa, setiap kali kenduri, ruang tamu perlu dikosongkan. Nampaknya, kali kali alternatif lain perlu difikirkan, mungkin sewa kerusi dan diletakkan di laman luar rumah. Maklumlah, zaman dah berubah kan.
Untuk kenduri kali ni juga, 2 ekor kambing telah dikorbankan. Upacara penyembelihan diadakan pada pagi Sabtu dan penyembelihnya sudah tentulah To’Ki sendiri. Antara lauk lain yang disediakan adalah telur itik masak lemak, kerabu mangga, gulai lemak ikan merah. Untuk pencuci mulut adalah koktel dan buah tembikai.
No comments:
Post a Comment