Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 12, 2009

Kepulangan Yang Dinanti (Kenduri Doa Selamat) - Episod 1

Bismillahirrahmanirrahim...

10 April 2009:
Ayah De & keluarga, MakLong bertolak pulang menaiki SX4 Sedan milik MakLong lebih kurang pada jam 11.00 malam. Perjalanan lancar dan kami tiba di kampung lebih kurang jam 3.30 pagi. Sesampai di kampung, aktiviti pertama yang dibuat sudah tentulah menyambung tidur. Hehe...
Kenduri pada kali ini sebenarnya boleh dikatakan agak tergesa-gesa (adhoc). Ini kerana kambing peliharaan To'Ki yang bersaiz besar telah sakit dan perlu disembelih dengan segera. Maka kesemua Bakarianz yang ada dikerah pulang untuk menyumbangkan keringat dan tenaga menjayakan kenduri doa selamat dan arwah untuk nenek moyang yang telah kembali kepadaNya.

Sebaik disembelih...

Usahasama Ayah De dan Che De menggantung kambing untuk dilapah kulit...Adam jadi mandur

Mandur semakin memberanikan diri

"Adam, marilah pegang kambing ni," kata Mama
Dalam kesibukan membersihkan kambing yang telah disembelih untuk dilapah, MakTeh dan PakSu tiba dengan menaiki motosikal milik AyahLong. Konon-konon perasan Awie dan Erra Fazira la tuh...eiii tak kose!

'Erra' yang sakit buntut naik motosikal dan 'Awie' yang kurus kering

Sesi melapah daging kambing...Adam tetap pegang takhta jadi mandur
Sesi menyiat kulit kambing dilakukan oleh kawan To'Ki yang lebih dikenali sebagai Datuk Ngah (polis pencen) dan jiran kami, Pak Usop.

Para wanita menyediakan ramuan masakan
Lebih kurang jam 7.00 malam, AyahNgah dan keluarga tiba dari Chini, Pahang dan AyahCheek pula tiba jam 8.00 malam. Tanpa membuang masa, segala tenaga yang ada dikerah untuk menyempurnakan majlis tersebut. Para tetamu dijangka akan membanjiri rumah kami selepas selesai menunaikan solat Isyak di masjid berdekatan di mana To'Ki bertugas sebagai imam.

Adeef dalam rangkulan Aqilah dan Afifah

Yeah, Adeef dah pandai naik basikal

Adam dan Adeef ngada-ngada dengan PakSu

Dengan AyahCheek pulak
Majlis dimulakan dengan solat hajat oleh para tetamu lelaki yang hadir dan diteruskan dengan bacaan selawat serta doa memohon kesejahteraan dunia dan akhirat, Aaamiin.

Solat Hajat
Selesai solat hajat dan bacaan doa, hidangan terus disediakan kepada para jemputan yang hadir. Kebanyakan yang hadir adalah para jemaah di masjid berdekatan yang sering hadir menunaikan solat yang diimamkan oleh To'Ki. Kami sudah menjangkakan kehadiran akan sentiasa melebihi jumlah yang dianggarkan. Entah kenapa setiap kali kami mengadakan kenduri, itulah situasi yang perlu dihadapi. Mungkin ada Bakarianz yang boleh memberikan pendapat tentang perkara ini, hehe...
Kepenatan memang jelas tergambar pada wajah-wajah Bakarianz kesan perjalanan jauh dan keterbatasan waktu yang ada, ditambah pula kenduri diadakan berkonsep hidangan. Kalau diikutkan hampir semua kenduri yang kami hadiri di rumah orang lain telah menggunakan konsep buffet untuk mengurangkan kepenatan membersihkan peralatan dan perkakas yang telah digunakan serta pada masa yang sama perlu melayan tetamu.
Pada masa-masa akan datang, konsep buffet akan digunakan sekiranya mengadakan kenduri demi keselesaan bersama. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban menyediakan hidangan dan membersihkan perkakasan yang digunakan.

Hidangan utama: Gulai kambing, sayur kacang, kerabu mangga dan paceri nenas

Lauk pauk untuk dihidangkan

Menyelerakan

Adeef lapar ke?

Silakan menjamu selera, terima kasih kerana datang

MakNgah dan MakLong berusaha keras membasuh pinggan, meski kepenatan hati tetap puas

Melayan sanak-saudara yang hadir

Alhamdulillah kesemua lauk pauk yang disediakan berjaya dihabiskan oleh jemputan yang datang. Yang tinggal cuma saki-baki untuk dijadikan sarapan kami pada pagi esoknya.
Aktiviti pembersihan dan pengemasan terus dijalankan oleh Bakarianz sebaik selesai majlis memandangkan kami tidak mempunyai masa yang banyak kerana kami akan bertolak pulang ke destinasi masing-masing pada keesokkan harinya. Bakarianz memang kepenatan dan terbongkang dengan jayanya selepas selesai aktiviti-aktiviti tersebut.

Esok? PakSu perlu menghadiri temuduga di Kuala Terengganu pada jam 4.00 petang. Jadi kami masih belum merancang jadual perjalanan pulang ke destinasi masing-masing. Tunggu!

Thursday, April 9, 2009

Safarul Iman - Fasa 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, Bakarianz (MakLong, MakTeh, AyahCheek, PakSu) telah berjaya mengikuti kelas umrah pada 5 April 2009 bertempat di Masjid Tengku Kelana Putra, Petaling Jaya. Walaupun pada awalnya kami menghadapi kesukaran untuk menemui lokasi masjid tersebut tetapi berkat usaha mencari dengan bersungguh-sungguh, kami telah berjaya menemuinya.
Bagi sesi pada kali ini, tajuk yang disampaikan adalah berkisar mengenai soal kesihatan sebelum berkunjung dan sewaktu berada di Tanah Suci kelak. Kelas berjalan selama dua (2) jam dan tamat lebih kurang jam 11.15 pagi.

Jemaah Wanita...

AyahCheek dan PakSoo khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

Jemaah meninggalkan masjid selepas selesai sesi ceramah

Sebelum bertolak pulang, kami sempat singgah di Giant Kelana Jaya untuk makan tengah hari.
Semoga kunjungan kami diberkatiNya jua dalam meniti hari menghitung waktu menuju ke rumahNya insyaAllah pada 3 Jun 2009 kelak.

Tuesday, March 31, 2009

Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Adeef Amin

Tanggal 29hb Mac 2009 yang lepas telah berlangsungnya majlis hari lahir Muhammad Adeef (anak Ayah De) yang ke-1. Majlis diadakan di rumah Ayah De di Sri Gombak pada sebelah malam. Majlis disertai oleh beberapa Bakarianz (AyahChik, PakSu dan MakTeh) dan juga adik Mak De (Kak Syima) serta kawannya. Mak Long tidak dapat menyertai majlis pada kali ini kerana berada di Taiping dan masih dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Ayah Chik dan Pak Su sampai di rumah Ayah De pada pukul 6.00 petang. Rancangannya ialah untuk datang bersama-sama dengan Mak Teh, tetapi disebabkan Mak Teh meng'inform'kan terlalu lambat, jadi Ayah Chik dan Pak Su telah bertolak terlebih dahulu dan disusuli oleh Mak Teh yang tiba pada pukul 8.00 malam. Sebelum ketibaan Mak Teh, Mak Lang (adik Mak De) kepada Adeef telah sampai ditemani kawannya. Setelah kesemua jemputan tiba, maka bermulalah majlis ini dengan bersederhana sahaja tetapi meriah. Berikut ialah aksi-aksi sewaktu kejadian yang berjaya diambil.


Adam pun ada kek, tp kek kecik jer, adeef punya lg besar.

Abah, Mama, Adam, dan Adeef

Adam dan Adeef tiup kek, tapi nampaknya Adam je yang tiup.

Pak Su dan Adeef sebelum bermula acara majlis.

Antara hidangan yang disediakan.

Ayam KFC dan Kek Secret Recipe.

Setelah selesai majlis, Ayah Chik dan Pak Su pun telah me"napau" makanan yang banyak itu. Haha, Mak Teh pun sama. Mesti nak bagi kat kawan dia yang kedekut tu. kui3

Akhir sekali,
SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA FOR MUHAMMAD ADEEF AMIN.

Eng version:
HAPPY BIRTHDAY TO ADEEF AMIN FOR THE 1ST ANNIVERSARY.
MAY GOD BLESS YOU. :)

Ulang Tahun Kelahiran - Muhammad Adeef Amin

Bismillahirrahmanirrahim...

"Tanggal 29 Mac 2009

Genap setahun usia

MUHAMMAD ADEEF AMIN BIN MD HANAFIAH AMIN

Semoga membesar menjadi anak soleh,

senantiasa berada dalam rahmatNya jua..."

Entah Apa-apa...

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila dikenang dan difikir-fikirkan, terasa kelakar pun ada. Al-kisahnya pagi Selasa (24 Mac 2009), MakLong mengambil cuti semata-mata untuk menyelesaikan urusan suntikan Meningitis di Klinik Kesihatan Petaling Jaya. Malangnya, hasrat tidak kesampaian berikutan kehabisan stok bekalan ubat. Memandangkan cuti sudah dipohon, malas pula nak ke pejabat. Tambahan pula pakaian yang dikenakan memang tidak sesuai untuk ke pejabat. Maka MakLong menyelesaikan beberapa urusan yang perlu diselesaikan dengan segera iaitu di pejabat pos dan pejabat KWSP Setapak.

Akhirnya semua urusan berjaya diselesaikan pada jam 2.30 petang. Memikirkan masih terlalu awal untuk pulang ke rumah, MakLong bercadang untuk membawa Adam berjalan-jalan ke Zoo Negara. Dengar cerita sudah banyak perubahan dibuat di situ. Selesai solat Zohor di Masjid Gombak, MakLong menuju ke rumah Ibu, pengasuh Adam. Didapati Adam sudah berpakaian baju tidur sedangkan jam baru menunjukkan pukul 3.00 petang. Nak tergelak pun ada.

Baru 5 minit MakLong memulakan perjalanan, Adam sudah menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Penat agaknya belajar di sekolah. Jangkaan MakLong biarlah Adam tidur dahulu dan bangun apabila tiba di Zoo Negara. Ternyata jangkaan MakLong meleset. Adam tidur dengan lenanya dan tidak mahu membuka mata apabila dikejutkan. Nampaknya Adam beul-betul penat. Akhirnya MakLong pun turut sama terlena. Kebetulan kenderaan diletakkan betul-betul di hadapan pintu masuk zoo. Agaknya kerana keletihan, MakLong turut sama terlena dan bangun pada jam 4.30 petang. Pintu pagar zoo pun sudah dirapatkan menandakan zoo akan ditutup pada jam 5.00 petang. Hanya menunggu pelawat sedia ada untuk mengosongkan zoo. Musnah harapan untuk melawat zoo sebaliknya menjadi sesi membuta. Huhu...

Bila difikir-fikirkan balik, entah apa-apa jela MakLong ni.

Pintu masuk Zoo Negara...dah banyak berubah

Lena betul Adam tidur

Kadar Bayaran Masuk: RM 16.00 (gulp!)