Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 31, 2009

Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Adeef Amin

Tanggal 29hb Mac 2009 yang lepas telah berlangsungnya majlis hari lahir Muhammad Adeef (anak Ayah De) yang ke-1. Majlis diadakan di rumah Ayah De di Sri Gombak pada sebelah malam. Majlis disertai oleh beberapa Bakarianz (AyahChik, PakSu dan MakTeh) dan juga adik Mak De (Kak Syima) serta kawannya. Mak Long tidak dapat menyertai majlis pada kali ini kerana berada di Taiping dan masih dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Ayah Chik dan Pak Su sampai di rumah Ayah De pada pukul 6.00 petang. Rancangannya ialah untuk datang bersama-sama dengan Mak Teh, tetapi disebabkan Mak Teh meng'inform'kan terlalu lambat, jadi Ayah Chik dan Pak Su telah bertolak terlebih dahulu dan disusuli oleh Mak Teh yang tiba pada pukul 8.00 malam. Sebelum ketibaan Mak Teh, Mak Lang (adik Mak De) kepada Adeef telah sampai ditemani kawannya. Setelah kesemua jemputan tiba, maka bermulalah majlis ini dengan bersederhana sahaja tetapi meriah. Berikut ialah aksi-aksi sewaktu kejadian yang berjaya diambil.


Adam pun ada kek, tp kek kecik jer, adeef punya lg besar.

Abah, Mama, Adam, dan Adeef

Adam dan Adeef tiup kek, tapi nampaknya Adam je yang tiup.

Pak Su dan Adeef sebelum bermula acara majlis.

Antara hidangan yang disediakan.

Ayam KFC dan Kek Secret Recipe.

Setelah selesai majlis, Ayah Chik dan Pak Su pun telah me"napau" makanan yang banyak itu. Haha, Mak Teh pun sama. Mesti nak bagi kat kawan dia yang kedekut tu. kui3

Akhir sekali,
SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA FOR MUHAMMAD ADEEF AMIN.

Eng version:
HAPPY BIRTHDAY TO ADEEF AMIN FOR THE 1ST ANNIVERSARY.
MAY GOD BLESS YOU. :)

Ulang Tahun Kelahiran - Muhammad Adeef Amin

Bismillahirrahmanirrahim...

"Tanggal 29 Mac 2009

Genap setahun usia

MUHAMMAD ADEEF AMIN BIN MD HANAFIAH AMIN

Semoga membesar menjadi anak soleh,

senantiasa berada dalam rahmatNya jua..."

Entah Apa-apa...

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila dikenang dan difikir-fikirkan, terasa kelakar pun ada. Al-kisahnya pagi Selasa (24 Mac 2009), MakLong mengambil cuti semata-mata untuk menyelesaikan urusan suntikan Meningitis di Klinik Kesihatan Petaling Jaya. Malangnya, hasrat tidak kesampaian berikutan kehabisan stok bekalan ubat. Memandangkan cuti sudah dipohon, malas pula nak ke pejabat. Tambahan pula pakaian yang dikenakan memang tidak sesuai untuk ke pejabat. Maka MakLong menyelesaikan beberapa urusan yang perlu diselesaikan dengan segera iaitu di pejabat pos dan pejabat KWSP Setapak.

Akhirnya semua urusan berjaya diselesaikan pada jam 2.30 petang. Memikirkan masih terlalu awal untuk pulang ke rumah, MakLong bercadang untuk membawa Adam berjalan-jalan ke Zoo Negara. Dengar cerita sudah banyak perubahan dibuat di situ. Selesai solat Zohor di Masjid Gombak, MakLong menuju ke rumah Ibu, pengasuh Adam. Didapati Adam sudah berpakaian baju tidur sedangkan jam baru menunjukkan pukul 3.00 petang. Nak tergelak pun ada.

Baru 5 minit MakLong memulakan perjalanan, Adam sudah menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Penat agaknya belajar di sekolah. Jangkaan MakLong biarlah Adam tidur dahulu dan bangun apabila tiba di Zoo Negara. Ternyata jangkaan MakLong meleset. Adam tidur dengan lenanya dan tidak mahu membuka mata apabila dikejutkan. Nampaknya Adam beul-betul penat. Akhirnya MakLong pun turut sama terlena. Kebetulan kenderaan diletakkan betul-betul di hadapan pintu masuk zoo. Agaknya kerana keletihan, MakLong turut sama terlena dan bangun pada jam 4.30 petang. Pintu pagar zoo pun sudah dirapatkan menandakan zoo akan ditutup pada jam 5.00 petang. Hanya menunggu pelawat sedia ada untuk mengosongkan zoo. Musnah harapan untuk melawat zoo sebaliknya menjadi sesi membuta. Huhu...

Bila difikir-fikirkan balik, entah apa-apa jela MakLong ni.

Pintu masuk Zoo Negara...dah banyak berubah

Lena betul Adam tidur

Kadar Bayaran Masuk: RM 16.00 (gulp!)

Friday, March 27, 2009

Kembara Iman - Fasa 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan izinNya maka hari ini para Bakarianz (MakLong,MakTeh,AyahChik,PakSu) telah berjaya melengkapkan perkara-perkara asas untuk urusan permohonan visa umrah. Yang tinggal kini cuma dokumen Abah dan Mi sahaja yang masih menunggu proses suntikan selesai, insyaAllah dijangka akan dibuat pada 8.4.2009. Semoga dipermudahkanNya dan semua urusan menuju Kembara Iman kami akan berjalan lancar.

Suntikan berjaya dibuat pada pagi ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) lebih kurang jam 8.00 pagi. Demi mendapatkan suntikan tersebut, MakLong dan MakTeh telah membuat keputusan bermalam di rumah Bandar Baru Sentul (BBS) kerana mengambil kira jarak yang hampir dengan HKL. Kami bertolak dari BBS pada jam 7.10 pagi dan tiba di perkarangan HKL pada jam 7.30 pagi. Alhamdulillah niat kami dipermudahkanNya. Dengan mudah kami mendapat ruang tempat letak kereta dan terus menuju ke Jabatan Pesakit Luar. Mujurlah PakSu telah terlebih dahulu mendapatkan maklumat tentang prosedur mendapatkan suntikan di situ. Malah kunjungan kami ke situ sebenarnya selepas gagal mendapatkan suntikan pada hari Selasa di Klinik Kesihatan Petaling kerana kehabisan stok bekalan ubat.

Kami dikira bernasib baik kerana antara yang paling awal tiba untuk mendapatkan suntikan dan terus menerima layanan baik daripada kakitangan bertugas. Malah tindakan kami bertanya kepada kakitangan bertugas menyebabkan orang ramai yang ingin mendapatkan suntikan yang sama turut mengerumuni kakitangan tersebut. Lucu pun ada juga rasanya kerana sebelum kami bersuara, semua yang ada di situ hanya mendiamkan diri menunggu disapa/dimaklumkan oleh kakitangan bertugas.

Tidak sampai setengah jam, urusan suntik menyuntik selesai dan kami beredar ke kafeteria HKL untuk bersarapan sebelum bertolak menuju ke tempat kerja masing-masing. InsyaAllah pagi esok, urusan menyerahkan salinan paspot, sijil suntikan dan gambar kepada wakil agensi umrah akan dibuat oleh PakSu dan AyahChik. Manakala pada hari Ahad pula, kelas pengajian umrah akan bermula dan kami bercadang untuk mengikutinya bagi memantapkan pengetahuan sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 3.6.2009 (insyaAllah).

Monday, March 16, 2009

Seketika di KLIA

Bismillahirrahmanirrahim...

12.03.2009: Kami ke KLIA untuk mengucapkan selamat jalan kepada BaMa @ Ayah Long yang akan bertolak ke Libya dengan menaiki penerbangan pada jam 2.30 pagi. Kami sempat menge'pow' BaMa untuk belanja kami makan KFC sebelum bertolak. Jam 12.30 malam, BaMa mendaftar masuk dan proses selesai lebih kurang jam 1.30 pagi. Dengan mata yang mengantuk, kami bersalam-salaman dan meninggalkan KLIA dengan doa semoga perjalanannya dirahmati dan diselamatkanNya jua.






Aksi Adam di KLIA yang meringankan beban tugas makcik-makcik cleaner...