Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 4, 2009

Kini di AU3

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, akhirnya MakLong, MakTeh, AyahChik dan PakSoo sudah selesai urusan perpindahan buat kali kedua dalam tempoh 4 bulan. InsyaAllaah kali ini kami harap tidak akan berdepan dengan masalah tuan rumah yang berkira dan keadaan rumah yang tidak selesa. Di sini, rumah lebih selesa dan tidak sesak seperti sebelum ini. Malah tiada masalah untuk parking 4 buah kereta kami.

Penat? Sudah tentu tetapi puas hati. Semalam kami telah secara rasmi memulangkan kunci rumah sewa lama kepada tuan rumah. Kini kami sudah selesai 90% mengemaskan rumah sewa baru. Baki tersebut akan dihabiskan dengan secepat mungkin kerana kami bercadang untuk mengadakan sedikit jamuan sebagai tanda kesyukuran dapat berpindah ke rumah yang lebih selesa. Hajatnya ingin menjemput TokWan untuk mengetuai memasak nasi dagang. Kalau nak harapkan MakLong dan MakTeh, kalau untuk makan sendiri boleh juga digagahkan tetapi untuk dijamu rasanya kepakaran TokWan sangat diperlukan. :)