Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

To'Wan di PappaRich

Bismillahirrahmanirrahim...

Mencuba Papparich, nampak macam orang kaya tak? Hehe...

Tengah diskas projek juta2
Sila tulis sendiri menu ye

Nak makan apa ye?

Inspektor Sahab to-be

Wajah2 usahawan berjaya

Air orang kaya ekeke

Sunday, February 27, 2011

26 Feb 2011: Kenduri Doa Selamat

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, kenduri doa selamat sempena,

1. PakSoo mendapat pekerjaan diidamkan; dan
2. Tuntutan insuran kereta Abah/To'Ki telah diluluskan

telah berjalan dengan baik. Sudah tentulah dengan kerjasama dari warga Bakarians jua. Untuk kenduri kali ini, seekor kambing telah ditumbangkan oleh Abah dan jurulapah (ada ke perkataan ni?) adalah AyahDe dan PakSoo.

Seperti dijangka, menu kenduri yang pada awalnya dirancang adalah roti dicicah gulai kambing telah diganti kepada nasi minyak. Nampaknya ramai yang memuji dan menggemari hidangan yang disediakan sehingga ada yang tapau untuk dibawa balik.

Di samping itu, juadah lain yang mengiringi hidangan utama iaitu nasi minyak dan gulai kambing, adalah dalca, acar nenas, sambal belacan dan bubur pulut hitam.


Jurulapah, AyahDe sedang mengacau daging kambing bersama rempah

Gulai Kambing

Perkara paling mencabar selepas tamat kenduri

Pasangan sejoli, AyahNgah & MakNgah, bakal bertukar profesion daripada guru kepada penyedia perkhidmatan basuh pinggan secara profesional bagi acara2 keramaian. Dijamin hasilnya memuaskan!


Bakarians Junior...Dari kiri, Aqilah memangku Asyraaf, Adeef, Hazirah, Afifah & Adam (Hazim tiada dalam gambar, tak tahu ke mana menghilang masa ni)
Kreatif, kerusi diterbalikkan menjadi tempat buang sampah. Tak tau idea siapa.

Hazim & Adeef yang kagum dengan hasil inovasi terbaru tempat buang sampah

Hidangan untuk para wanita. Untuk lelaki, di laman luar.

Seperti biasa juga, acara paling mencabar adalah basuh pinggan dan mengemas. Mujur ada khidmat 2 sejoli, AyahNgah & MakNgah. Servisnya tip top di samping turut dibantu oleh Bakarians yang lain. Bagaimanapun, pasangan tersebut hanya menyediakan servis untuk kaum keluarga sahaja. Hasrat untuk melebarkan servis kepada umum masih dalam peringkat perancangan.

Anyway, congrats to all Bakarians yang pulang untuk menjayakan kenduri kali ini. Moga kepulangan kita diberkatiNya dan kehidupan kita lebih dirahmatiNya kerana menggembirakan hati kedua ibu bapa. Amin.

Saturday, February 19, 2011

Tahniah PakSoo!

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya, penantian PS berakhir jua. InsyaAllah PS akan melaporkan diri pada 1 Mac 2011 di PULAPOL, Jalan Semarak, KL. Jika direnung, banyak pula kaitan dengan Jalan Semarak ni.

1. AyahDe melanjutkan Masters di UTM Jalan Semarak;
2. MakLong melaporkan diri sebagai PTD di Wisma Tanah, Jalan Semarak;
3. Kami pernah tinggal di AU3, tidak jauh dari Jalan Semarak.

Sekarang? PS pula akan menjalani kursus di kawasan Jalan Semarak. Semoga cita-cita dan semangat sebagai anggota polis akan terus bersemarak.



Tuesday, February 8, 2011

Cuti Raya Cina - Gotong Rotong di Rumah Su Yah

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini je gambar yang ada dalam simpanan MakLong. Have fun!


AyahNgah tunjuk skill potong daging

ML & Che De Yan

MasterChef...TokWan

Air Tangan AyahNgah & The Gang

Adam tumpang sekaki