Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 28, 2008

Oktober 2008: Trip to Bukit Fraser - Day 1

Bakarianz:
Mi (Tok Wan), BaAn (Ayah Ngah), Kak Nani (Mak Ngah), BaHa (Ayah De), Kak Syima (Mak De), Kak Imah (Mak Long), Kak Ya (Mak Teh), BaYu (Ayah Chik), Adik Chah (Pak Su), Aqilah (Kakak), Afifah (Adik), Adam, Adeef

Jemputan Istimewa:
Su Yah (Wan Noriah bt Wan Sulaiman)

25 Oktober 2008 (Sabtu):

Kami berkumpul di rumah BaHa sebelum bertolak ke Bukit Fraser. Perjalanan yang sepatutnya dijangka bermula pada awal pagi terpaksa dianjak ke waktu tengah hari berikutan kelewatan ketibaan BaAn@En. Johan dan keluarganya daripada Felda Chini, Pahang. Tok Wan dan Su pula telah tiba daripada kampung pada hari Jumaat dengan menaiki bas.

Kami bertolak lebih kurang jam 12.00 tengah hari sebaik sahaja BaAn dan keluarga tiba di rumah BaHa. Nampaknya hasrat BaHa untuk menaiki kereta baru ke Bukit Fraser telah tercapai. Sebanyak 3 buah kenderaan sahaja terlibat untuk perjalanan kali ini iaitu kereta BaAn, BaHa dan Kak Ya.

Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar sehinggalah tiba pada kaki Bukit Fraser. Tok Wan dan Su telah menunjukkan tanda-tanda pening dan loya. Yang lain-lain masih dapat bertahan walaupun sebenarnya ada juga rasa kurang selesa dengan keadaan jalan yang terlalu bengkang-bengkok. Kalah jalan ke Cameron Highlands. Sekurang-kurangnya jalan ke Cameron Highlands ada alternatif selain jalan asal iaitu jalan Tapah.

Selepas kira-kira suku perjalanan mendaki Bukit Fraser, kami berhenti sebentar untuk merehatkan diri di samping member peluang kepada Bakarianz meredakan tanda-tanda pening, loya dan yang sewaktu dengannya. Mujurlah kami ada membawa bekal baki sarapan tadi. Apa lagi, sapu bersihlah. BaAn pula macam biasa, membuka ‘gudang’ makanannya. Hehehe…Hampir 1 jam juga kami berhenti rehat dan sempat jugalah BaAn dan BaHa mencemarkan alam sekitar dengan kepulan-kepulan awan terlarang yang menyesakkan dada.







Makan jajan je ke?








Kelihatan Kak Syima sedang enak menikmati laksa...







Eiii...tak laratnya nak tengok Ayah Chik posing, teknik apa ntah...


Kami kemudiannya meneruskan perjalanan memandangkan tempat yang dituju masih agak jauh dan tempat penginapan yang ingin dituju pun masih belum diketahui lokasinya. Walau bagaimanapun, perjalanan kami terhenti seketika kerana kebetulan pada waktu kami tiba di persimpangan pintu masuk Bukit Fraser adalah giliran untuk kenderaan turun. Kami terpaksa menunggu giliran untuk naik lebih kurang dalam setengah jam.

Kami meneruskan perjalanan ke destinasi dituju sebaik sahaja giliran untuk naik tiba. Walau bagaimanapun, benarlah kata pepatah, malang tidak berbau. Sewaktu kami sedang asyik menaiki Bukit Fraser, dahan pokok yang telah reput menimpa kereta BaHa yang kebetulan berada di hadapan kereta Kak Ya dan BaAn.

Sangka kami tiada apa-apa yang rosak atau teruk mengenai kejadian tersebut tetapi sebaik kami tiba di puncak Bukit Fraser, didapati sebatang kayu telah terperosok masuk ke lampu hadapan kereta BaHa dan menyebabkan ia pecah. Terkejut besar kami tetapi apakan daya, semuanya di luar bidang kuasa kami. Telah ditakdirkan yang hal itu akan berlaku. Bak kata BaAn kepada BaHa sewaktu kami sama-sama turun melihat keadaan lampu yang pecah itu,”Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.”

Betul juga. Kadang-kadang Allah sengaja menguji hamba-hambaNya dengan kesukaran sebelum menganugerahkan kegembiraan.

Kepada BaHa, bersabarlah… :) Kami tumpang simpati…
Alhamdulillah kami tiba di tempat penginapan iaitu The Pines Resort tanpa sebarang masalah. Mudah untuk kami mencari tempat tersebut berdasarkan peta yang dibekalkan di pintu masuk tadi. Tanpa membuang masa, kami terus mendaftar masuk di 2 buah apartmen berasingan. Kali ini bilik lebih dari mencukupi dan ruang bilik jauh lebih besar dan selesa berbanding tempat-tempat lain yang pernah kami kunjungi sebelum ini.

Selesai mengemaskan apa yang patut dan merehatkan diri, kami bergerak untuk mencari tempat makan. Memandangkan Bakarianz semua mati kutu di mana tempat makan yang bersesuaian, kami main redah je. Akhirnya kami berhenti di sebuah kedai makan berhampiran masjid. Nampaknya kami pelanggan terawal yang tiba di situ.

Selesai makan malam dan posing-posing di bulatan Bukit Fraser, BaAn dan BaHa bergerak kembali ke apartmen tetapi Mak Long, Mak Teh, Ayah Chik dan Pak Su pusing-pusing di kawasan sekitar dan kami mendapati kawasan tersebut tidaklah terlalu besar dan luas untuk dilawati.










Kita posing dulu ye...








Eiii BaAn, posing gaya apa tu?


Hanya ada beberapa tempat menarik sahaja jika dibandingkan dengan Cameron Highlands yang mempunyai banyak-banyak tempat menarik untuk dilawati. Tambahan pula, banyak tempat-tempat menarik tersebut dalam proses penaiktarafan dan penambahbaikan.

Kami kembali ke apartmen dan merehatkan diri sebelum meneruskan aktiviti pada esok hari.

Tuesday, October 21, 2008

Monday, October 13, 2008

BesDay MaK Long Yang ke …TooT

Bakarianz:- BaHa, K. SyiMa, MaK LoNg, MaK TeH, AyAH CHiK, ADaM, AdeeF

Jam 01.00 petang Mak Long menerima panggilan daripada BaHa @ Abah Adam bertanyakan lokasi kedudukan Mak Long. Kebetulan Mak Long masih ada di rumah kerana mengadakan mini open house buat teman-teman UIA yang sudi bertandang ke pondok kecil kami. Hehehe…Rupa-rupanya BaHa nak menghantar Adam ke rumah Mak Long kerana ada urusan yang perlu diuruskan yang perlu diselesaikan (Urusan apa kena tanya BaHa le, atau mungkin masa cuti2 Bukit Fraser rahsia akan terungkai…) ekeke.

BaHa dan Adam tiba di rumah Mak Long lebih kurang jam 2.00 petang dan Adam terus menaiki kereta Mak Long dan kawan-kawan untuk menghadiri rumah terbuka kawan-kawan Mak Long. Pada mulanya Adam menangis juga dan sedikit sedih kerana ditinggalkan Abah tetapi selepas beberapa ketika, Adam sudah dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan Mak Long. Kami terus menuju ke lokasi pertama rumah terbuka di Kg Dato’ Abu Bakar Baginda, Bangi. Mulanya Adam malu-malu dengan anak-anak buah kawan Mak Long tetapi selepas pekena semangkuk mee, Adam mula naik syeh. Dia main kejar-kejar dan lompat si katak lompat dengan Naufal. Si Naufal pun boleh tahan juga aktifnya. Kebetulan juga di laman rumah kawan Mak Long ada sepohon pokok rambutan yang sedang lebat berbuah. Bukan main kagum lagi Adam. Naufal pun apa lagi, ajak Adam kait rambutan. Mak Long biarkan je, biar dia rasa suasana kampung. Adam pula memang suka buah-buahan tempatan ni. Marah betul dia bila kawan-kawan Mak Long usik nak ambil buah rambutan yang dia kutip. Hahaha…


Adam dan Naufal...


Rambutan yang memukau pandangan Adam...


Entah apa yang dibualkan tu...


Sibuk mengutip buah rambutan...

Lepas hampir 1 jam di situ, kami meneruskan perjalanan ke destinasi kedua di Putrajaya walaupun Mak Long terpaksa mendukung Adam yang masih mahu bermain dengan Naufal. Budak-budak macam tula. Sebelum kenal bukan main malu, bila dah start main, tak nak balik pulak. Adei…

Tiba di rumah kedua, Adam dah dapat membiasakan diri. Kebetulan ramai kanak-kanak yang ada di situ. Mak Long hanya membiarkan Adam bergaul dengan kawan-kawan baru dia. Adam makan pun boleh tahan juga. Banyak betul lemang yang dimakannya. Kalau ikutkan dia nak makan nasi himpit tapi takde rezeki. Dua-dua rumah yang kami pergi tak buat nasi himpit. Lain kali la ye Adam…


Adam selamba bersembang dengan kawan Mak Long...


Adam dan kawan-kawan baru...

Lepas puas main-main dan makan-makan (Mak Long bersembang le…), kami bergerak balik lebih kurang jam 6.30 petang. Sampai di rumah lebih kurang jam 7.30 malam. Oleh kerana kepenatan, Adam tertidur sepanjang perjalanan balik. Mak Long risau juga Adam tidur, maknanya dia dah cas bateri. Huhu…
Tiba di rumah Mak Long, Adam bangun. Mak Long biarkan dia dengan kawan-kawan Mak Long sementara Mak Long mandi dan menunaikan solat kerana Abah Adam, Mama Adam, Adeef dan Mak The berjanji nak datang kejap lagi. Lepas siapkan diri Mak Long, giliran Adam pula. Nasib baik Adam tak buat perangai bila diajak mandi Cuma baju tidur Adam tak ada. Sementara Abah datang bawa baju, Mak Long pakaikan seluar je dulu. Baju dah masam dah, main macam-macam. Seperti dijangka, Adam dah cas bateri lepas tidur tadi. Habis disepah-sepahkan katil Mak Long sambil melompat-lompat. Nasib baik Mak Long dah beli tilam baru. Huah2…Mak Teh, bila nak beli tilam baru? Ekekeke…



Oleh kerana kesesakan jalanraya, Abah tiba lebih kurang jam 09.00 malam. Lepas tukar baju Adam, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Jusco Equine Park, Seri Kembangan. Mak Teh cakap nak belanja makan di Kenny Rogers. Mak Long ikut je. Makan free, siapa yang tak nak kan. Ayah Chik pula memang dah sedia menunggu di sana. Kami sampai jam 09.30 malam lebih. Risau juga kalau-kalau tempat dituju dah tutup. Nasib baik belum tetapi kami merupakan antara pelanggan terakhir. Takpela, janji dapat makan. Kami dapatkan tempat duduk dan Ayah Chik tiba dengan sebiji kek. Cess, rupa-rupanya nak ‘kenakan’ Mak Long. Sabar jela. Baru semalam Mak Long di’kenakan’ oleh rakan-rakan sepejabat. Di simbah air dan dinyanyikan lagu birthday dalam pejabat. Pastu dipaksa potong kek untuk diaorang. Hampess tapi layan jela. Nama pun kawan-kawan. Malam ni di’kenakan’ oleh adik-beradik pula. Huhu…Layan jela. Terima kasih Mak Teh sebab belanja dan terima kasih kepada yang lain-lain sebab datang.





Perhatikan pintu kedai yang sedang ditutup...ekeke

Adam macam biasa, buat kedai tu macam rumah sendiri, ke hulu ke hilir berjalan dan melompat-lompat. Bertuahlah Adam kalau dapat duduk diam walaupun sesaat. Tapi telatah dia kadang-kadang melucukan. Adik Adeef pun tengah perhatikan abang dia, besar nanti boleh buat juga, siap join venture dengan abang. Isk2…bergegarlah isi rumah…
Lepas makan dan potong kek, kami keluar Jusco lebih kurang jam 10.45 malam. Yang kelakarnya, kami memang pelanggan terakhir yang keluar daripada kedai tu. Hahaha…

Saturday, October 4, 2008

ragam sebelum dan selepas raya 1



















AiDiLFiTRi 1429H (2008): iFTar d SHaH ALaM

28 September 2008 – Sabtu: Jam 12 t/hari, BaHa & keluarga, Mak Long bertolak ke Mydin untuk last minute shopping sebelum bertolak balik kampung pada esoknya. Kami naik persona hehehe…Mak Teh dengar cerita duk sibuk susun soalan katanya dan sebelum tu diserang demam angau kerana tak sabar nak balik raya. Ekeke…sabar Mak Teh, penghapus dosa tu.
Lebih kurang jam 12.30 t/hari kami tiba di Mydin Subang Jaya. Seperti dijangka, manusia ramai yang amat tapi kami bernasib baik kerana dapat parking berbumbung. Taklah jauh sangat dari pintu masuk. Tak lama lepas tu Ayah Chik pun datang join shopping juga. Punyalah khusyuk shopping sampai kami tak perasan dah hampir 3 jam lebih kami sibuk membelek2 barang. Alamak! Kami belum solat zohor lagi. Ayah Chik takpela dah solat. Apa lagi, menggagau la kami beratur untuk bayar dan bergegas ke masjid berdekatan, Masjid Al-Falah. Dahsyat betul kami shopping, dalam RM500 jugakla melayang. Tapi yang tak bagusnya kami nyaris2 terlepas waktu Zuhur. Sungguh kurang sopan…kami janji lain kali kami tak akan buat lagi.
Oleh kerana waktu Asar juga sudah hampir tiba, maka kami ambil keputusan untuk tunggu sebentar dan terus solat Asar. Selesai solat Asar, kami ambil keputusan untuk berbuka puasa di Restoran Zul Yahya di Shah Alam. Mak Teh dan Pak Su akan menyusul kemudian dengan menaiki kereta Volvo. Nak dijadikan cerita, restoran Zul Yahya yang terletak di seksyen 13 tutup. Maka kami mati kutu tak tau kat mana nak berbuka puasa. Pusing punya pusing akhirnya kami ke seksyen 9, berdekatan plaza masalam.
Akhirnya kami membuat tempahan di sebuah restoran. Restoran Mahligai namanya. Rasanya kami pelanggan pertama yang buat tempahan memandangkan waktu tu tiada pelanggan lain dalam kedai tu. Lagipun jam baru menunjukkan pukul 5.30 ptg. Lepas buat tempahan, kami ke plaza masalam kejap sementara menunggu waktu berbuka. Shopping pun ye juga. Hehehe…
Jam 6.45 petang kami ke restoran untuk berbuka puasa. Sangka kami sudah tentulah tempahan makanan yang dibuat sudah sedia terhidang apabila kami tiba. Malangnya lain pula yang terjadi. Jangan kata makanan, air minuman pun belum ada. Kami masih maintain tapi bila jam dah hampir pukul 7 belum ada tanda2 makanan akan dihidangkan, kami dah gelisah. Sebelum ni kami pernah berbuka puasa di Bangi, takde masalah. Memang teratur dan lancar. Selepas puas kami tanya2 barulah nampak gaya2 makanan akan dihidangkan. Tapi ada cerita lawak plak, ade ke patut nasi putih layan diri. First time kami kena macam ni. Dengan muka bengang, Mak Long dan Pak Su ke kaunter berdekatan dan ceduk nasi putih sebanyak mungkin. Rasakan, padan muka diaorang. Buat lagi kerja ntah hape2. Elok2 je kami ambil nasi putih tu, diaorang hantar 2 pinggan nasi putih. Astaghfirullhala’zim, takde sistem betul buat kerja. Lepas tu, sudu atau garfu dan senduk untuk makan dan ceduk lauk pun takde. Terpaksa minta 2,3x kali. Tu belum pasal mangkuk tomyam lagi. Tak pernah seumur hidup kami order tomyam mangkuk besar, tak diberi mangkuk kecil. Lepas kami minta baru mangkuk kecil diberi. Itu pun macam2 warna dan bentuk. Sabar jela…






Lepas makan ala kadar dan membayar harga makanan (dahla tak sedap, mahal plak tu), kami terus bergegas ke surau berdekatan untuk solat maghrib. Selesai solat maghrib kami terus pulang ke destinasi masing2. InsyaAllah kami akan berkumpul di rumah BaHa di Sri Gombak sebelum bertolak untuk balik kampung.