Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 29, 2010

our dinner

Bismillahirrahmanirrahim...

Pizza Hut Taman Permata, Keramat.






Monday, June 21, 2010

mandi laut terlampau

Bismillahirrahmanirrahim...

Apa yang melampaunya? Hehe. Memang melampau, mandi laut 2 kali sehari, pagi dan petang. Gigih jalan kaki berjemaah lalu tepi rumah Ayah Ngah Husin. Apa-apa pun, memang seronok mandi laut time macam ni. Laut beting, air pun tohor.









BBQ katenye...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dalam suasana serba sederhana, berjaya juga dilaksanakan BBQ pada 19 Jun 2010. Panik sekejap apabila tiba-tiba black out pada jam 8 malam. Maka bergegas lah AyahNgah ke kedai mendapatkan bekalan lilin. Akhirnya keadaan pulih seperti biasa tidak lama selepas itu dan kami berjaya meneruskan perancangan berBBQ.

(acara membarakan arang)

(hanya berjaya apabila supervisor Su Yah turun padang)

(bakarianz juniors dah mulakan majlis lebih awal)

(manager merangkap pembancuh air tetap dan berpencen)

(ubat gatal - udang & sotong)

(nyam2)

(kerja elok-elok, nanti potong gaji, kata supervisor)

(melantak time)

(ada yang makan)

(ada yang main congkak)

(ada yang dah selamat tidur, mana-mana pun boleh)

(separuh perjalanan)

(manager senyum tengok hasil jualan laku)

(dessert with cocktail)

Tuesday, June 15, 2010

Pembukaan Peluang Pelaburan Ladang Itik Kepada Warga Bakarianz

Kini, ladang itik telah berkembang maju dan mula meraih keuntungan. Pihak syarikat ingin mengembangkan lagi penternakan itik dengan menambah bilangan itik yang ada kepada 1500 ekor. Pihak syarikat berbesar hati untuk membuka peluang ini kepada warga Bakarianz jika ada yang berminat samaada ingin menjadi "sleeping partner" atau "active partner". Jika berminat boleh lah memaklumkan nya kepada Ayah Chik untuk tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih.

Monday, June 14, 2010

Cadangan Lokasi Pelancongan

Tempat akan di update selepas cadangan dikemukakan.

1. Hong Kong - dicadangkan oleh Mak Long (13-06-2010)
2. Korea - dicadangkan oleh Mak Long (13-06-2010)
2. Chiang Mai  -  dicadangkan oleh Ayah De (14-06-2010)
3. Bandung  - dicadangkan oelah Ayah Chik (14-06-2010)

Sunday, June 13, 2010

Pengumuman Kepada Semua Warga Bakarianz

Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua warga Bakarianz sekalian,
Untuk pengetahuan semua, pihak Jawatankuasa Kelab Bakarianz telah bersetuju untuk mengadakan aktiviti melancong bersama-sama atau pun secara berjemaah buat kali yang ke 2 selepas aktiviti pertama nya yang telah diadakan di Medan, Indonesia tempoh hari. Pihak jawatankuasa juga telah bersetuju untuk memberikan tempoh selama SATU bulan iaitu sehingga hujung bulan ini untuk mengemukakan seberapa banyak cadangan destinasi pelancongan kepada pihak kami.
Cadangan mestilah bersesuaian dengan kemampuan dan waktu kelapangan ahli-ahli warga Kelab Bakarianz.

Syarat-syarat adalah seperti di bawah:-
1. Destinasi mestilah merangkumi kawasan Asia Tenggara sahaja.
2. Maksimum Harga Pakej Satu Kepala ialah RM1000
3. Aktiviti akan dijalankan pada cuti perayaan Tahun Baru Cina 2011

Sekian, adalah dimaklumkan.


Tuesday, June 8, 2010

generasi baru: kenduri cukur jambul

Bismillahirrahmanirrahim...

Memperkenalkan

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

(muhammad asyraaf amin bin md hanafiah amin)

Kenduri cukur jambul telah diadakan pada hari Sabtu, 5 Jun 2010 di rumah To’Ki dan To’ Wan secara kecil-kecilan dan buat pertama kalinya diadakan secara buffet. Pecah rekod menghidang selama ini haha. Kuranglah peluh Bakarianz menghidang apabila selesai bacaan doa. Untuk kenduri kali ini, 2 orang Bakarianz takde iaitu AyahLong dan PakSoo.

Sepeti biasa, setiap kali kenduri, ruang tamu perlu dikosongkan. Nampaknya, kali kali alternatif lain perlu difikirkan, mungkin sewa kerusi dan diletakkan di laman luar rumah. Maklumlah, zaman dah berubah kan.

Untuk kenduri kali ni juga, 2 ekor kambing telah dikorbankan. Upacara penyembelihan diadakan pada pagi Sabtu dan penyembelihnya sudah tentulah To’Ki sendiri. Antara lauk lain yang disediakan adalah telur itik masak lemak, kerabu mangga, gulai lemak ikan merah. Untuk pencuci mulut adalah koktel dan buah tembikai.

(bakarianz junior menyaksikan upacara sembelihan)

(lapah)

(rajinnya tolong maklong dan ayahchik kutip mangga)

(tak sia-sia ajak)

(ayahngah berusaha keras memberi cahaya, gigih panjat dinding tukar lampu)

(budak-budak zaman sekarang)

(6 jun 2010 - birthday aqilah ke 10)

(pembaca doa tetap dan berpencen)

(ini bukan abah asyraaf)

Wednesday, June 2, 2010

Mencemar duli: Istana Bambu yang hampeh

Bismillahirrahmanirrahim...

Alkisahnya tadi MakLong ajaklah AyahChik dan MakTeh ke sebuah restoran bernama Istana Bambu yang baru dibuka di tepi MRR2. Yela, tiap-tiap hari lalu kat tepi pagar, tengok landskap macam menarik. Teringin nak jejak kaki ke situ. Lagipun baru dibuka pada 7 Mei 2010. Memang sangat baru.

Balik dari kerja tadi, lepas solat Maghrib dan Isyak kami bertolak ke tempat dihajatkan. Dekat je dari rumah, tak sampai 10 minit. Parking kereta betul-betul tepi pintu masuk. MakLong selamba berseluar trek, bersweater je. AyahChik dengan MakTeh pun pakai ringkas je. First impression memang wow la kan. Siap ada jambatan, kolam segala bagai.

"Wah! Ini betul-betul macam istana ni," puji MakLong.

Jejak je ke ruang utama, semua mata memandang kami. Apa tidaknya, orang lain semua pakai baju casual, kami sempoi je. Ala lantaklah, janji ada duit nak bayar.

Kami pun dibawa ke satu pondok. Menarik juga makan sambil bersila. Kami tengok yang datang tu semua macam hebat-hebat je. Siap ada yang buat birthday party lagi. Layan jela. MakLong siap dah bercita-cita nak ajak Bakarianz terutama TokWan datang sini lain kali sebab nampak macam best sangat.

Kami ditinggalkan di pondok tanpa sebarang layanan. Mula-mula ingat mungkin diaorang nak bagi masa pilih menu kot. Jadi kami pun belek-beleklah menu sepuasnya. Dalam kepala dah rancang nak pilih makanan yang best sebab harga pun memang melampau mahal. Alang-alang biar makan yang hebat terus kan.

15 minit kami menunggu akhirnya datang lah seorang mamat untuk ambil pesanan.

"Yang fried takde, yang ada cuma ini dan ini sahaja. Yang lain-lain siang je," kata budak tu.

Ek elle, MakLong dah rasa macam lain je. Ingatkan semua makanan ada, musnah harapan nak order yang best. Akhirnya kami order air kedondong asam boi, air asam boi, chicken lemon, sup ketam, pulut mangga, aiskrim dan bihun apa ntah (lupa daa).

Ok selesai. Tak lama lepas tu, budak tu datang balik.

"Minta maaf, bihun takde," kata budak tu.

MakTeh dah buat muka menyampah. MakLong dah gelak-gelak sakan sebab rasa macam entah apa-apa je. Tadi cakap macam bagus je tapi bila order, itu takde, ini takde.

Kami tunggu la order siap sambil borak-borak. Lepas 10 minit, kami dapat air suam dan semangkuk kerepek. Oklah, ada makanan ringan sebelum dapat makanan berat.

10 minit, 20 minit, 30 minit berlalu. Kami dah ubah posisi duduk. Dari bersimpuh ayu, lutut dah naik depan muka. Sebelah kaki lagi berlunjur bawah meja. Apa kes ni, jangan kata makanan, air pun tak nampak bayang. Kurang-kurang bagilah air dulu. MakLong siap set stopwatch sebab nak tengok tempoh masa menunggu.

Mungkin sebab nampak kami dah buat macam-macam aksi gaya duduk, datanglah seorang perempuan yang mula-mula kami jumpa masa jejak kaki dalam 'istana' tadi.

"Nak tanya, dah order ke belum?"

"Hah! Biar betul. Kami dah order setengah jam yang lalu. Ni stopwatch saya set nak tengok berapa lama kami tunggu," kami dah mula berangin.

Memang tak masuk akal betul. Beria-ia catit order kami tadi lepas tu cakap borang order takde. Mula nak cari salah orang lain. Oleh kerana perut dah lapar, kepala dah bengang, nada suara pun dah tinggi, kami order sekali lagi benda yang sama. Dapat semangkuk lagi kerepek. Hati makin panas, stopwatch masih berjalan.

40 minit, 50 minit...

Seorang mamat datang tanya,"Ada apa-apa masalah ke kat sini?"

Memang kena betullah, "We have been waiting for 40 minutes and we got nothing,"

Ambik ko! AyahChik dah speaking. MakLong rasa macam kelakar je bila mamat tu tanya macam tu, terus MakLong ketawa berdekah-dekah sampai tergolek-golek.

Please la, MakLong tak boleh terima kenyataan dengar soalan mamat tu. Tak nampak ke kami dah buat macam-macam gaya duduk ni.

(Istana Bambu yang hampeh)


(katalog order yang nampak menarik dengan macam2 nama makanan tapi semua takde)

(tekun baca menu yang akhirnya semua takde, haha)

Setelah kami kira, ada 6 orang yang datang tanya kami dah dapat order ke belum. Ok lepas sejam datang lah order yang dinanti-nantikan. MakTeh order chicken omellete ape ntah. Yang datang, telur dadar. Mau MakLong tak gelak tergolek-golek. Dahla cara goreng memang tak setaraf dengan tempat. Yela, kalau harga mahal, biarlah berpadanan dengan cara masak dan persembahan hidangan. Ini tak, makan kat tepi jalan lagi elok cara masaknya. Dek kerana tak tahan gelak campur bengang, kami lupa nak ambil gambar makanan tu. Yang peliknya, kami tak order pun telur dadar tadi.

Masa order tu kami dah cakap tak nak nasi putih, alih-alih datang seorang mamat bawa nasi putih. Ape kes plak ni?

"Kami mana ada order nasi putih?" kata MakTeh dengan nada bengang campur gelak sebab tengok MakLong dah gelak-gelak sampai keluar air mata.

Tolonglah, seumur hidup makan kat kedai/restoran, inilah kali pertama MakLong berdepan dengan suasana yang entah apa-apa ni. Memang gagal langsung. Nampaknya ini kali pertama dan terakhir jejak kaki ke sini.

Akhirnya, selepas sejam lebih, makanan diorder pun tak dapat-dapat, kami angkat kaki. Kecewa yang amat. Perut kembung dengan air dan kerepek je. Tiba saat nak bayar, gila mahal ayam lemon yang 2,3 ketul tu. Memang tak patut dengan hidangan. RM22 untuk beberapa ketulan kecil ayam yang dihidangkan dengan ringkas. Tak padan langsung dengan harga dan tempat yang konon-konon ekslusif. Memang sangat tak puas hati.

Untuk mengubat kekecewaan, kami ke restoran di Kampung Datuk Keramat, pekena char kuey teow sepinggan dengan air buah. Jumlah baru RM12. Sabar jela. Malam ni pulang dengan hati yang bengang kat Istana Bambu dan memang akan ban dari ke situ selamanya.

Kepada AyahDe, tak rugi pun kita tak situ sebelum ni. Memang hampeh rupanya.


majlis cukur kepala dan kesyukuran...

Assalamualaikum.. dan salam 1 malaysia...

satu majlis akan diadakan pada 5/6/2010 sebelah malam... justeru itu, dijemput semua bakarianz menghadirkan diri menyambut majlis tersebut. Rasa nya ini kali pertama dalam tahun ini bakarianz membuat kenduri..