Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 27, 2011

Pengumuman: Graduasi Tamat Latihan PakSoo

Bismillahirrahmanirrahim...




Graduasi tamat latihan PakSoo pada 7 Januari 2012, di padang kawad PULAPOL Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Majlis dijadual bermula jam 7.30 pagi.
Semua Bakarians dijemput hadir.
Mami Dadi (To'wan To'Ki) dijangka tiba di LCCT pada 6 Januari 2012 dengan penerbangan jam 9.20 malam dari K.Trg.

Shukumvit Kembali Lagi

Bismillahirrahmanirrahim...

26 Dis 2011 - Perjalanan pulang MakLong, MakTeh, Athirah ke KL melalui jalan dalam memakan masa hampir 7 jam :)
Tiba di KL sekitar jam 9 malam, ada orang lapar.
Terus ke Shukumvit sebab orang tu nak makan tomyam katanya, tapi bagi dia tomyam Shukumvit kurang sedap. Huhu.



Restoran Sri Molek, Hotel UiTM Dungun

Bismillahirrahmanirrahim...

25 Disember 2011 - Thank you Dadi @ To'Ki sebab belanja breakfast di Restoran Sri Molek, Hotel UiTM Dungun.
Hanya RM14/pax dan percuma bagi kanak-kanak 6 tahun ke bawah.
Akhirnya, tercapai juga hasrat nak merasa makan di sini :)



Lepas makan-makan, konvoi & lepak di Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bukit Besi pula sambil mandi manda.
Gambar penuh dalam kamera MakTeh. Cepat, sila upload di FB.

Saturday, December 24, 2011

D'Kundang

Bismillahirrahmanirrahim...

Lokasi: D'Kundang, Tasik Biru

Dek kerana abang polisi (PakSoo) kelaparan, maka kami singgah untuk santap di sebuah restoran bernama D'Kundang.
Sekali pandang memang nampak hebat tempat ni.
Ada 3 tingkat semuanya.
Tingkat G adalah ruang restoran manakala tingkat 1&2 pula disediakan servis permainan snuker, karaoke dan surau.


Siakap Stim Asam Limau ~ bolehla makan

Athirah kata sedap. Kuat makan sungguh semek ni.

Untuk servis, poin 3/5 kerana lambat dan untuk makanan pula, poin 4/5.
Tapi semek Athirah, sedap ke tak dibelasah aje makan.
Secara keseluruhan, skala kepuasan adalah per 3.5/5 poin.



Tuesday, December 20, 2011

Perubahan Tarikh KB2012

Bismillahirrahmanirrahim...

Manusia merancang namun perancanganNya jauh lebih hebat.

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Kembara Bandung 2012 yang sepatutnya diadakan pada 4 - 7 Februari 2012 akhirnya terpaksa diAWALkan kepada 21 - 24 Januari 2012.

Kelam kelibut membuat pindaan, akhirnya berjaya juga mendapatkan khidmat supir dan penginapan pada harga yang berpatutan sewaktu di sana. Jika tiada aral melintang, berikut penginapan yang akan diduduki:

21 - 22 Januari 2012 : Hotel Cihampelas 2, Bandung
22 - 23 Januari 2012 : Permata Hati Resort, Puncak
23 - 24 Januari 2012 : Malaka Hotel, Bandung

Kepada MakTeh, tarikh akhir pembayaran pakej adalah pada 12 Januari 2012 ya.

Wassalam.

Monday, December 12, 2011

Tercapailah Sudah Hajat Di Hati

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya, tercapai jugalah hajat kak nani untuk membeli coklat di kilang Beryl's di Seri Kembangan.
Makanlah puas2.
Kalau tak cukup, boleh borong lagi :)
Bukan apa, sebelum ni beria ke kilang Beryl's di Jalan Imbi, KL tapi harga sampai 2 kali ganda sebab situ tempat pelancong luar datang.




Maka pagi ini gigih ke kilang Beryl's Seri Kembangan yang terletak tidak jauh dari rumah MakLong.  


Misteri nusantaranya pula, sebekas coklat tiramisu dalam peti MakLong 'ghaib' tanpa dapat dikesan.

Monday, December 5, 2011

Sungguh Tinggi Tanah Itu, Kata Cameron

Bismillahirrahmanirrahim...

3 Disember 2011 (Sabtu) ~ Seperti dipersetujui, kami bergerak ke Cameron Highlands namun perjalanan yang sepatutnya bermula pada jam 6.30 pagi akhirnya menjadi pukul 9 pagi. Huhu.
Alhamdulillah, perjalanan kami lancar sehingga ke puncaknya walaupun ada juga kedengaran suara-suara loya dan pening tapi diabaikan sahaja.

Khusyuk baca buku Ben 10
    
Tak jauh dah
Destinasi pertama adalah kilang teh Boh di Sungai Palas.
Perjalanan agak mencabar tetapi berbaloi kerana dapat melihat pemandangan yang sangat indah.
Beberapa tahun yang lalu, kami pernah cuba datang ke sini tetapi sesat sehingga ke puncak Gunung Brinchang

Sila telefon Teledera segera - mangsa dera berterusan oleh AyahNgah

Tamat sesi lawatan di kilang teh, kami ke Kea Farm kerana AyahNgah ingin membeli sayur dan jagung.
Di situ juga, kami berpecah menuju haluan masing-masing.
AyahDe dan keluarga menuruni Simpang Pulai untuk meneruskan perjalanan ke Kulim dan kami pula menuruni laluan Tapah.
Dalam perjalanan, sempat juga singgah di Pasar Tani Brinchang, Masjid Abu Bakar, Kafe Bharat Plantations dan nurseri bunga.
Merempit dengan Exora AyahNgah, kami akhirnya tiba sekitar jam 10 malam.

Sunday, December 4, 2011

i-City, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim...

2 Disember 2011 (Jumaat) ~ Dek kerana mati kutu tak tau nak ke mana, akhirnya kami ke i-City Shah Alam.
Gigih MakLong ye, habis kelas terus merempit ke sana.
Sebelum ni memang dah pernah datang dengan To'Wan dan AyahDe tapi kali ni ada AyahNgah dan keluarga sekali.
Oleh kerana nak feeling2 main salji kat oversea, merasalah bayar RM25 (dewasa) dan RM20 (kanak2).
Semua sekali RM205 tak termasuk baby Asyraaf.
Kalau ikutkan baby umur 3 tahun ke bawah tak dibenarkan masuk kerana suhunya yang sejuk melampau tapi takkan nak tinggal kat luar plak.
Maka diangkutlah masuk ke dalam juga.
Ok, lepas bayar, kena gi kat kaunter jaket.
Bau macam2 ada huhu tapi pakai jelah, apa nak dikata.
Zip pun banyak dah rosak.

Ready untuk masuk peti sejuk huhu

Ok, setel bab jaket, kasut but plak nak kena sewa.
Gila sejuk tapi untuk kanak2, kenalah sewa jugak.
Kami yang dah berusia sikit ni, redah jela.
Sejuknya toksah cerita la, tahap gaban.
Bak kata AyahNgah, 'agaknya macam ni la rasanya b*b* duk dalam peti sejuk ye' hahaha gila takde insurans stetmen.


Berlagak siot tak pakai kasut letak kaki atas air batu

Budak yang hampir2 mengalami kereputan jari huhu tapi tetaplah nak main juga ke sana ke mari berlari2an

Cuba teka kenapa KakNani/MakNgah letak tangan kat kepala? Bukan sebab nak azan ye huhu

Sebab tak tahan dengan kesejukan tahap gaban dalam 'peti sejuk besar' tu, kami cabut dari situ.
Lagipun takde aktiviti yang menarik pun kat dalam tu selain tempat gelungsur yang kena beratur panjang untuk naik.
Tak kuasa nak beratur sebab tak tahan sejuk bangat.
Keluar peti sejuk, kami ke Geng's Corner untuk makan malam.
Budak2 posing dengan Upin dan Ipin masa makan.


Dah habis makan, apa lagi? Baliklah woi.
Dah lewat tapi sebelum balik, dan lagi cakap,
'Esok kita gi Cameron Highland.'
Redah jela labu, janji happy.

Kenduri Time!

Bismillahirrahmanirrahim...

Hidangan dah sedia. Nasi dagang dan laksa. Namun seperti dijangka, tetamu yang datang melebihi perkiraan. Huhu.







Tamat kenduri, Bakarians Junior dibawa ke taman oleh AyahNgah, MakLong dan MakTeh. Bukan main aktif lagi bebudak ni.