Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 7, 2009

Dokumen Perjalanan Kumpulan Menggantikan Pasport

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Bakarianz,

Bagi yang TELAH ADA pasport antarabangsa, sila duduk diam-diam dan mula menabung.

Bagi yang BELUM ADA (ketinggalan zaman betul hihi) pasport antarabangsa, cadangan memohon dokumen perjalanan kumpulan yang lebih menjimatkan dan mudah bagi perjalanan secara berkumpulan.

Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia untuk perjalanan secara berkumpulan antara 5 hingga 20 orang ke negara-negara ASEAN sahaja.

Dokumen ini sahlaku sembilan (9) bulan dari tarikh dikeluarkan dan untuk sekali perjalanan sahaja.

Maklumat lanjut mengenai dokumen ini dan perkara-perkara yang perlu bagi permohonan ini boleh diperoleh dengan melayari laman web Jabatan Imigresen Malaysia di http://www.imi.gov.my/ dan klik untuk 'Dokumen Perjalanan Kumpulan'.

Seorang wakil kelompok yang belum mempunyai pasport antarabangsa boleh menjadi wakil untuk membuat permohonan ini.

Harap maklum, sekian.

-MakLong-

No comments:

Post a Comment