Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 13, 2009

Jom Shopping 1

Bismillahirrahmanirrahim...

12 September 2009: AyahDe, CheDe, MakLong, Adam dan Adeef ke Mydin Mall Subang Jaya untuk operasi memborong persiapan hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Malah AyahDe dan keluarga datang ke KL semata-mata untuk tujuan tersebut. Begitu bersemangat nampaknya membantu menjana ekonomi negara. Itulah kehebatan orang Malaysia.

Kami tiba di Mydin lebih kurang jam 1.30 petang dan Alhamdulillah dengan mudah kami berjaya mendapat parking berbumbung yang berdekatan dengan pintu masuk. Oleh kerana AyahDe dan CheDe boleh menunaikan solat Jama', MakLong ambil keputusan untuk solat Zohor terlebih dahulu supaya tidak mengganggu perjalanan aktiviti memborong kelak.

Kami mula memborong di tingkat 1. Rambang mata melihat pelbagai tawaran dengan harga-harga menarik dan mampu beli. Tapi kami cuma borong mana yang perlu sahaja kerana kami ternyata masih waras dalam keghairahan memborong tersebut.

Akhirnya puas berada di tingkat 1, kami turun ke tingkat bawah. Mata kami hampir juling melihat pelbagai barangan yang berlonggokan dan lautan manusia yang asyik memilih pakaian dan peralatan untuk hari raya kelak. Dalam keasyikan tersebut, Adeef terlena di pangkuan MakLong tetapi Adam masih dengan aktif dengan gelagatnya.


Kami meninggalkan Mydin pada jam 5.15 petang dan terus menuju ke Petaling Jaya kerana AyahDe telah berjanji untuk berbuka puasa bersama kawan-kawannya. Maka AyahChik dan PakSoo dihubungi untuk turut serta dalam majlis berbuka puasa tersebut. Selesai solat Asar di Masjid Jamek Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, PJ kami terus menuju ke restoran tersebut yang terletak di dalam bangunan Amcorp Mall.

Tiba di sana, kami memasuki butik FirstLady (promosi kedai ni) sementara menanti ketibaan kawan-kawan AyahDe. Sempat jugalah CheDe membeli pakaian di situ.


Nampak tak kanak-kanak kecil yang berdiri di tepi kaunter tu?

Restoran Sri Melaka. Itu nama restoran yang kami kunjungi dan tempahan telah dibuat oleh kawan AyahDe terlebih awal. Memang restoran tersebut nampak ekslusif dan meja telah habis ditempah. Sementara menunggu dibawa ke bilik yang ditempah, apa lagi kami posing-posing la sekeja depan kedai.

Adam: "MakLong, Adam nampak dewasa kan?" (Perghhh soalan!)

Adeef yang baik di pangkuan PakSoo

Macam biasa, bila budak-budak jumpa kawan-kawan, riuh rendahlah jadinya bilik tersebut. Kalaulah pengurus tu tengok apa yang budak-budak tu buat pada alat-alat dia, mesti lepas ni terus kena ban jangan datang lagi. Mau taknya, habis kerusi bayi dijadikan mesin rumput.

Lepas AyahDe sembang-sembang dan Adam pula sakit perut nak berak, kami beredar dari situ pada jam 9.45 malam. Semasa nak keluar tu, berlaku pula satu insiden yang menyakitkan hati MakLong. Kereta Suzuki digesel oleh sebuah kereta yang datang dari arah tepi dan ingin memotong barisan untuk membayar parking. Mujur tak bergaduh besar, cuma agak bengang juga dengan sikap pemandu tersebut yang pada mulanya tidak mahu mengaku salah memotong barisan. Akhirnya, kami bersetuju dengan sejumlah wang yang dibayar oleh isteri pemandu tersebut kerana tidak mahu memanjangkan lagi hal tersebut. Lagi pun, benda dah jadi, cakap banyak-banyak pun takkan jadi elok balik. Kecuali lepas hantar ke kedai. InsyaAllah ok balik.



Sampai di rumah lebih kurang jam 11.00 malam. Aduhai, kunci rumah pula patah. Terpaksa hubungi AyahChik yang oncall di hospital. Akhirnya, oleh sebab AyahChik ada kes kecemasan dan tak dapat pulang segera, AyahDe telah menggunakan kemahiran Mcguyver yang ada pada beliau dan Alhamdulillah kami dapat masuk ke dalam rumah.

"Penatnya shopping. Duit pun dah banyak habis. Esok sambung lagi. Pening-pening."


Hari ini? Rancangannya kami akan ke Jalan TAR pula dengan menaiki LRT.

No comments:

Post a Comment