Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2011

Family Day 2011: Trip Kenyir

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, trip Kenyir telah dijayakan oleh Bakarians pada 29-30 Mei 2011.
Terima kasih kepada yang hadir termasuk AyahDe & family yang sanggup pulang segera dari Kulim.
We really appreciate it!

Untuk makluman Bakarians, berikut dipaparkan pecahan perbelanjaan yang telah digunakan hasil kutipan sebelum ini.

Jumlah kutipan: RM550

Perbelanjaannya adalah:
T-shirt : RM17/dewasa, RM16/kanak2 = RM351
(mohon maaf jika saiz t-shirt tidak sesuai kerana keputusan dibuat pada saat akhir)

Penginapan: MakLong (-)

Makan/Minum: RM200 (dibayar kepada To'Wan)

Hadiah: MakTeh

Kayak: AyahLong

Bot Ke Air Terjun Saok: AyahNgah + MakLong

Late Lunch: To'Ki + AyahLong + AyahChik

Namun, apabila melihat gambar2 di bawah:










It's priceless!!!

Tuesday, May 24, 2011

Update 4: Bayaran Trip Kenyir

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sehingga 24 Mei 2011, status pembayaran yang telah diterima daripada Bakarians adalah seperti berikut:

1. To'Ki & MakLong - RM60
2. To'Wan & AyahChik - RM60
3. BaMa & Family - RM225
4. BaAn & Family - RM90
5. BaHa & Family - RM90

Kepada yang masih belum membuat bayaran, harap dapat sempurnakannya pada minggu ini juga. Terima kasih.

Wassalam.

Sunday, May 22, 2011

22/05/2011: Bukit Malawati, Kuala Selangor

Bismillahirrahmanirrahim...

Dewasa: RM3/seorang
Kanak-Kanak: RM1/seorang














Hati-hati apabila berada di sana, anda mungkin bertemu dengan...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Toyol Botak 1

Toyol Botak 2 


Saturday, May 21, 2011

Update 3: Bayaran Trip Kenyir

Bismillahirrahmanirrahim...

Berikut adalah status pembayaran daripada Bakarians sehingga 21 Mei 2011:

1. To'Ki & MakLong - RM60
2. To'Wan & AyahChik - RM60
3. BaMa & Family - RM225
4. BaAn & Family - RM90

Wassalam.

Sunday, May 15, 2011

Update: Trip Kuching, Sarawak

Bismillahirrahmanirrahim...

Kepada Bakarians yang akan menyertai trip to Kuching, Sarawak pada 16-18 September 2011, seperti dipersetujui, tempahan tempat penginapan dan pengangkutan telah dibuat baru-baru ini. Untuk penjimatan kos, kita akan menginap di homestay 3 bilik sahaja, (bukan hotel ye) manakala pengangkutan adalah Toyota Unser. Kadar bagi setiap orang adalah seperti yang telah die-mel sebelum ini.

Untuk melihat tempat penginapan dan pengangkutan dimaksudkan, boleh klik link di bawah:

Penginapan & Pengangkutan

Di samping itu, untuk melihat antara tempat-tempat menarik yang akan dilawati di sana, boleh klik link berikut:

Tempat-tempat menarik untuk dilawati

Selamat membuat persiapan!

Thursday, May 12, 2011

Update 2: Bayaran Trip Kenyir

Bismillahirrahmanirrahim...


Berikut adalah status pembayaran daripada Bakarians sehingga 12 Mei 2011:

1. To'Ki & MakLong - RM60
2. To'Wan & AyahChik - RM60
3. BaMa & Family - RM225

Wassalam.

Tuesday, May 10, 2011

Update: Bayaran Trip Kenyir

Bismillahirrahmanirrahim...

Berikut adalah status pembayaran daripada Bakarians sehingga 10 Mei 2011:

1. To'Ki & MakLong - RM60
2. To'Wan & AyahChik - RM60

Wassalam.

Monday, May 9, 2011

Update: Trip Kenyir (29 - 30 Mei 2011)

Bismillahirrahmanirrahim...

Berikut adalah status penyertaan untuk trip ke Kenyir yang telah disahkan sehingga 9 Mei 2011 iaitu:

1. To'Ki & To'Wan
2. BaMa & Family
3. BaAn & Family
4. BaHa & Family
5. MakLong
6. MakTeh
7. AyahChik

Sehubungan itu, tindakan seterusnya adalah menyusunatur pergerakan pergi-balik ke sana dan urusan makan/minum sewaktu di sana.

Bagi pergerakan pergi-balik, Bakarians dikehendaki untuk berkumpul di jeti Tasik Kenyir pada waktu tengahari untuk menaiki bot ke tempat penginapan. Dari segi pergerakan ke situ, mungkin ada yang akan bergerak terus dari rumah masing-masing atau berkumpul di rumah To'Ki terlebih dahulu. Pandai-pandailah menyusun sendiri jadual ye, yang penting semua ada di jeti pada hari Ahad, jam 12 tengahari. Kita akan dibawa menaiki bot ke tempat penginapan dan terus check-in jam 1 petang. Dari situ, aktiviti pada waktu petang adalah bebas iaitu sama ada untuk menaiki bot, berkayak, memancing, mandi air terjun atau kuak lentang di atas katil (yang ni paling best!). Malamnya pula kita akan adakan BBQ untuk makan malam dan seterusnya dicadangkan aktiviti jimba-jimba seperti musical chair atau apa-apa yang dirasakan boleh menghiburkan Bakarians. Jangan suruh bernasyid sudah...

Pada keesokan harinya, kita akan melawat sangkar ikan kelah, taman herba, air terjun dan tempat-tempat menarik di sekitarnya sebelum check-out. Sebenarnya dari segi susunatur nak melawat tempat-tempat menarik ni, MakLong dimaklumkan boleh dibincangkan semula dengan pengurusan sama ada nak diadakan pada hari pertama atau kedua atau dibahagikan kepada 2 hari. Yang ni MakLong open for any suggestions and discussions from Bakarians.

Ok, untuk urusan makan/minum pula, kadar bayaran adalah RM30/dewasa dan RM15/kanak2 (3 - 12 tahun) iaitu melibatkan makan t/hari dan BBQ untuk hari pertama serta sarapan pada hari kedua.

Untuk bayaran pakej makan/minum ni, Bakarians kena bayar kepada MakLong selewat2nya pada 20 Mei 2011 untuk melancarkan penyediaannya. Harap dapat kerjasama dalam soal ni sebab aktiviti ini untuk manfaat dan kebaikan bersama juga. Bayaran boleh dibuat sama ada secara tunai atau transfer ke dalam akaun Maybank MakLong (164212290406). Siapa-siapa yang dah bayar akan MakLong warwarkan dalam blog ini untuk makluman bersama.

Kalau dilihat kepada status penyertaan, kadar bayaran untuk setiap keluarga adalah seperti berikut:

1. To'Ki & To'Wan - RM60 (MakLong bayarkan @ any volunteer???)
2. BaMa & Family - Dewasa (RM210) + Kanak2 (RM15) = RM225
3. BaAn & Family - Dewasa (RM60) + Kanak2 (RM30) = RM90
4. BaHa & Family - Dewasa (RM60) + Kanak2 (RM30) + Baby (FOC) = RM90
5. MakLong - RM30
6. MakTeh - RM30
7. AyahChik - RM30

Sila ambil maklum, bayaran untuk bot perlu dijelaskan sendiri oleh Bakarians pada hari kejadian nanti kepada pengendali bot untuk aktiviti bersiar-siar keliling tasik atau berkayak. Kadar bayaran bot untuk pergi-balik ke tempat penginapan sahaja telah MakLong jelaskan bersama bayaran tempat penginapan sebelum ini.

Diharap kepada Bakarians yang telah mengesahkan penyertaan agar dapat mengambil tindakan sewajarnya terutama urusan bayaran makan/minum supaya proses pengesahan dengan pengurusan tempat penginapan dapat diselesaikan segera. Kesegeraan menjelaskan bayaran akan menentukan tahap keseriusan kita semua memastikan kejayaan program kekeluargaan ini. Nawaitunya hanya satu, demi keluarga!

Jika ada Bakarians yang terpaksa menarik diri (harap tidak ada) pada saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, harap sangat-sangat dimaklumkan kepada MakLong lebih awal agar tidak mengganggu urusan tempahan makan/minum, jumlah penginapan dan pergerakan bot pergi-balik jeti-tempat penginapan kerana segala bayaran yang dijelaskan adalah melibatkan perkara-perkara tersebut. 

Semoga segala perancangan akan berjalan lancar dan menjadi titik tolak kepada penganjuran program kekeluargaan yang lebih besar pada masa akan datang, insyaAllah!

Dari 'B' Untuk 'B' jua!

Thursday, May 5, 2011

Kembara Langkawi - Hari 3

Bismillahirrahmanirrahim...

02 Mei 2011 - Masa untuk pulang. ML dan Adeef akan menaiki feri dari jeti Kuah ke jeti Kuala Kedah dan dengan pertolongan seorang kawan, dibawa ke lapangan terbang Bayan Lepas untuk ke KLIA. Yang lain-lain pula akan pula terus ke KL dari lapangan terbang Langkawi. Selesai memasukkan semua barang ke dalam kereta, kami singgah sebentar di kawasan Beras Terbakar yang terletak tidak jauh dari rumah penginapan kami. Kemudian kami singgah untuk sarapan di restoran Pak Hassan sebelum ke pekan Kuah sekali lagi.




Ini ultraman adik! Adei, terpaksalah bayar juga.

Pagi petang siang malam, air wajib Adeef

Begini ye tuan-tuan dan puan-puan cara untuk memakan roti canai

Selepas bersarapan, kami singgah di pekan Kuah sebentar kerana To'Soo ingin membeli coklat. Ralit sangat membeli belah pinggan mangkuk semalam sehingga terlupa nak beli coklat.

Sebelum ke jeti, tempat wajib untuk bergambar adalah Dataran Lang, ikon pulau Lagenda. Dari situ, ML dan Adeef bergegas meredah lautan manusia untuk menaiki feri sementara yang lain-lain pula bergegas ke lapangan terbang.


Feri Sea Jet 2, jam 11.30 pagi

Adeef bersama 2 dozen kacang yang berjaya di'pow' daripada pramugari di dalam kapal terbang

Dalam tren ke stesen Putrajaya, kecapekan
Sudah tentulah To'Ki, To'Wan, To'Soo dan MT tiba di KLIA lebih awal daripada ML dan Adeef yang menaiki penerbangan dari Penang jam 5.25 petang. Nyaris-nyaris juga kami terlepas penerbangan kerana terperangkap dalam kesesakan di atas jambatan Pulau Pinang. Mujur dengan muka menagih simpati Adeef, petugas membenarkan kami untuk mendaftar masuk juga walaupun kaunter telah ditutup huhu. Dari KLIA, kami naik tren ke Putrajaya Sentral dan dijemput oleh MT untuk pulang ke rumah ML.

Overall, we really enjoyed the journeys. Alhamdulillah!

Kembara Langkawi - Hari 2

Bismillahirrahmanirrahim...

01 Mei 2011 - Selamat Hari Pekerja! Kami bergerak meninggalkan tempat penginapan seawal jam 8.30 pagi menuju ke Langkawi Cable Car. Seperti dijangka, manusia memang melaut tapi kami masih dikira bernasib baik kerana tidak perlu beratur untuk membeli tiket, cuma perlu beratur untuk menaiki cable car sahaja. Itupun jenuh juga beratur hampir setengah jam. Si kenit Adeef apa lagi, tak duduk diamlah dia. Lunyai kami dikerjakan dia. Huhu. Masa kami beratur tu, tiba-tiba tengok deretan manusia beratur untuk membeli tiket dah jadi macam ular kena palu. Aduhai, musim cuti kan. Semua orang nak bercuti bersama keluarga. Alang-alang dah sampai, redah juga lah. Takkan nak patah balik pula. Tiket pun dah bayar. Oh ya, cakap pasal tiket. Seingat ML dulu harganya cuma sekitar RM15 seorang sahaja tapi kali ini RM30 seorang pula. Apabila ML tanya, rupa-rupanya kadar tersebut adalah promosi untuk pemegang MyKad bagi 3 tahun pertama sahaja. Sabar jela.

Pintu masuk

Si Kenit Adeef posing sementara ML beli tiket

Beratur tunggu giliran nak naik cable car. Sangat ramai ok!

Deretan manusia nak beli tiket. Fuh! Mujur kami cepat skit.

Yeah! dah datang

ML & TokSoo

Sesi peluk tiang di stesen pertama

"Nak bergambar peluk tiang jugalah," kata TokWan. Haha

Entah apa diautanya To'Ki tu

Yeay, kami dah sampai di puncak!

Sungguh tak aci, Adeef naik belakang ML masa naik ke atas dengan tangga. Penat sey!

Tahniah kepada To'Wan dan To'Soo kerana berjaya juga sampai ke jambatan segi tiga yang berada di puncak paling atas cable car. Walaupun gayat, To'Wan beranikan diri sambil tangan mencengkam kemas lengan To'Ki. Haha.

Kemudian, kami makan tengahari di salah sebuah restoran di Pantai Cenang iaitu Restoran Haji Ramli dan solat jama' di Masjid Kedawang. Seterusnya, kami teruskan perjalanan ke Mardi Agrotechology Park pula. Kadar tiket adalah RM5 seorang dan kanak-kanak percuma. Menariknya, kami dibawa mengelilingi dusun buah-buahan dengan menaiki lori kecil yang diubahsuai di belakangnya.

Bila berhenti di kawasan pokok-pokok yang sudah berbuah, kami boleh memetik dan memakannya terus secara percuma. To'Ki apa lagi, siap tapau bawa balik untuk dijadikan benih. Kami juga dijamu dengan hidangan buah-buahan yang telah siap dipotong oleh petugas di situ.




Kami tinggalkan tempat itu pada jam 5 petang iaitu waktu tempat tersebut ditutup. Aktiviti seterusnya sudah tentulah ke pekan Kuah untuk melontar riyal. Lokasi pertama adalah Idaman Suri, kemudian ke Haji Ismail Group dan beberapa buah kedai di sekitar kawasan tersebut. Hampir pukul 8 malam juga baru kami balik ke rumah. Itupun sudah hampir penuh Toyota Unser dengan pelbagai barangan yang diborong oleh To'Wan dan To'Soo. Waduh2, agaknya kalau lagi awal ke sana, mesti tak muat kereta tu. Isk2.

Sebelum balik, singgah sekejap untuk makan malam dan selepas itu adalah sesi menyusun barangan untuk dibawa masuk kargo pada keesokan hari.

Wednesday, May 4, 2011

Kembara Langkawi - Hari 1

Bismillahirrahmanirrahim...

30 April 2011 - Kami bertolak ke KLIA dengan menaiki KLIA Transit pada jam 6.20 petang. Turut sama menghantar kami adalah AyahDe & keluarga. Penerbangan adalah pada jam 8.15 malam dan kami tiba di Langkawi pada jam 9 malam. Di sana, Encik Basri dan isteri sudah sedia menunggu ketibaan kami dengan kenderaan yang dijanjikan iaitu Toyota Unser. Kami dibawa ke tempat penginapan yang hanya terletak kira-kira 10 minit daripada lapangan terbang.

3A wif To'Ki menunggu ketibaan tren ke KLIA

Membaca menambah ilmu

Sukanya Tok Soo

MakTeh ni, nak juga menempek


Kita minum dulu!