Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 29, 2011

Visit PakSoo Lagi

Bismillahirrahmanirrahim...

26 Jun 2011 ~ Yeah, we did visit PakSoo again but this time around it was more happening. Sebab? Ramai yang join termasuk AyahLong dari Rawang & MakNgah dari Tanjung Malim. So, AyahLong bawa bubur lambuk, MakNgah bawa rambutan, MakLong bawa KFC, MakTeh bawa air dan AyahChik bawa perut ekeke. We were there for about 3 hours for makan-makan, borak-borak and of course photoshooting.

Ada kejadian tak kunjungan kali ni? Surelah ada kan tapi biasa2 je. Kesnya MakLong parking kereta kat tempat tak dibenarkan. Mulanya ok je tapi bila kereta MakTeh pun datang menempek sekali, terus abang polis datang suruh alihkan kereta. Haih, tak sah kalau takde insiden. Hampeh tol.






Masa kami nak balik, hujan turun sangat lebat. MakLong dan MakTeh ada misi yang perlu disempurnakan di Carrefour Wangsa Maju. Jeng2 hehe misi mencari baju untuk kenduri AyahChik nanti lah. Takkan nak pakai baju gi kerja kan. Dah puas melilau-lilau, hajat di hati nak try satu restoran kat situ. Nampak macam best je. Jombali namanya. Menarik juga menunya tapi disebabkan kami ni dah kenyang (lapar mata je huhu), akhirnya kami tapau je.



Air ni namanya I Luv U tapi rasanya macam jus biasa je. Nama je konon2 gempak.

Saturday, June 18, 2011

Bowling a.k.a Bola Selipar

Bismillahirrahmanirrahim...

Lokasi: The Mines






MakTeh tunjuk skill

Saturday, June 11, 2011

Visiting PakSoo

Bismillahirrahmanirrahim...

11 Jun 2011 - MakLong ke PULAPOL Jalan Semarak untuk melawat PakSoo. Tiba agak lewat kerana singgah ke farmasi untuk membeli ubat yang dipesan PakSoo. Demam katanya. Tiba di sana, terkejut den. Mak ai ramainya manusia macam pesta la plak. Rupanya memang hari ni dapat jumpa dengan family. Maka berduyun2lah yang datang termasuk datuk dan nenek pun ada. Masa berjumpa pula dari jam 2 hingga 5 petang sahaja tapi MakLong tiba di sana pukul 4.40 petang.

Mula2 kena isi borang kat meja pendaftaran dulu. Lepas tu pegawai bertugas akan panggil pelatih di asrama tapi cara petugas meja tu boleh membangkitkan kemarahan pelawat kerana macam acuh tak acuh sahaja. Bayangkan ada pelawat yang menunggu hampir 1 jam tapi pelatih tak muncul-muncul. Bila pelawat bertanya pada petugas, jawapannya "kami dah panggil tadi, mungkin dia ke mana-mana dalam pusat latihan ni kot." Aduhai, tolonglah bagi jawapan yang membantu dan bukan menyakitkan hati. Mujur MakLong dah SMS PakSoo awal2 dan hanya menunggu 15 minit sahaja. Itupun sebab PakSoo tidur kerana demam masih belum kebah.

Berbekalkan sekeping alas dan 2 set McDonalds, kami bercamping di atas rumput di tepi padang kawat. Dah macam taman rekreasi pula lagaknya. Layankan ajelah.





Laki @ perempuan, di mana-mana berkawad. Kau mampu?



Jam 6 petang, MakLong beredar dari situ. Itupun selepas membubuh sedas kepada jurulatih yang agak biadap lagaknya. Kalau iyepun nak menegur, biarlah bertempat dan kena caranya. Ini kalau main cakap je, memang kenalah jawabnya. Nasiblah labu. Oklah PakSoo, semoga cepat sembuh dari demam. Nanti MakLong melawat lagi.

Monday, June 6, 2011

Stesen Minyak Bergerak di Kuala Berang

Bismillahirrahmanirrahim...

Berita gembira jika anda berkunjung ke Kuala Berang kerana jangan tidak tahu, kemudahan stesen minyak bergerak telah disediakan di kawasan tersebut. Anda tidak percaya? Kami telah melaluinya sendiri baru-baru ini apabila petrol kami kehabisan sewaktu dalam perjalanan pulang dari Pusat Santuari Hidupan Liar Negeri Terengganu. Tujuan kami ke sana adalah semata-mata untuk menjenguk seekor gajah yang hidup keseorangan. Atas dasar prihatin dan simpati tahap dewata raya, kami tetap berkonvoi ke sana juga meskipun kami tahu petrol kereta To'Ki sudah berada di paras minima. Kaedahnya, kalau habis, apa nak buat. Redah saja lah. Dah takdir...

Selepas puas ber'manja-manja' dengan Sang Suria, kereta To'Ki yang dipandu oleh MakLong Schumacher pantas meninggalkan jemaah yang lain di belakang demi untuk mencari setitik petrol buat bekalan meneruskan perjalanan. 'Debbor perok' (sila rujuk kamus bahasa Terengganu bermaksud debaran yang sangat kuat) toksah cerita la tapi seperti dikata, apa nak buat, redah je. Matlamatnya adalah untuk sampai di stesen minyak di pekan Kuala Berang dengan segera.

Mulut MakLong tak putus-putus baca Ayat Kursi supaya minyak tidak kehabisan dan sempat tiba di pekan Kuala Berang. Namun seperti kata penyanyi pujaan AyahNgah, Jamal Abdillah, takdir penentu segala. Petrol kehabisan betul-betul di hadapan sebuah kedai runcit. Ahli jemaah yang lain belum kenampakan lagi. Dengan gaya macho, To'Ki keluar dari kereta dan meninjau-ninjau keadaan kedai. Dengan masih mengekalkan gaya macho dan sedikit bangga, To'Ki menganggukkan kepala sambil berkata,

"Tu ada jual petrol."

Oh, memang betul. Ada 2 bakul minyak petrol yang telah dimasukkan dalam botol 1.5L. Harganya? RM3 sebotol. Dalam kepala MakLong, sekurang-kurangnya isilah dalam 5 botol ke tapi kata To'Ki, 2 botol sudah memadai.

Ok, jangan dibantah kata orang tua ye. Ikut saje. Maka dengan penuh gaya sambil minum air tin, To'Ki menuangkan 2 botol minyak ke dalam tangki. Jemaah yang lain tumpang gembira kerana mereka tidak perlu menyedekahkan petrol masing-masing kepada kereta To'Ki dan paling penting, tak perlu kerah tenaga tolak kereta To'Ki jika ditakdirkan petrol kehabisan dalam kawasan hutan.


Perjalanan diteruskan selepas 'serangan' bersungguh-sungguh menapau roti dan air botol dibuat daripada kedai runcit tersebut. Lega, kereta boleh bergerak. Sasaran seterusnya adalah makan tengahari. Ingatkan semua orang dah kenyang tengok gajah, rupanya tidak juga.

Sedang elok MakLong memecut, tiba-tiba kereta To'Ki terbatuk-batuk lagi. Aduhai seperti dijangka. Petrol dituang tidak mencukupi untuk sampai ke pekan Kuala Berang walaupun papan tandanya sudah kelihatan tidak jauh dari situ. To'Ki cuba berlagak relaks walhal dalam hati hanya Tuhan saja yang tau. Haha. Makanya dicari botol untuk mendapatkan bekalan tambahan. Mujur AyahDe ada standby botol dalam kereta dia.

AyahNgah temankan To'Ki ke stesen minyak dan jemaah yang lain pula ke restoran berdekatan untuk mengisi perut. MakLong sempat berpesan pada AyahNgah,

"Jangan beli banyak2 ye. RM5 cukuplah," sambil menjeling pada To'Ki.

"Doksoh cerita banyok2 lah. Jom derah gi beli minyok," kata To'Ki tak puas hati sambil To'Wan ketawa terbahak-bahak dan sempat membubuh sebutir,

"Dia kaloh la tu kate gitu tu," kata To'Wan. Haha.

Untuk pengisian kali kedua, To'Ki memberi penghormatan kepada AyahChik untuk menuangnya sambil AyahDe dan Akid men'yeper' (sila rujuk kamus bahasa Terengganu bermaksud interframe) konon-konon membantu dengan sangat gigihnya.



Selepas itu, kami singgah di stesen minyak terdekat dan To'Ki terus suruh isi penuh ye. Hihi. Kesimpulannya, antara sebab To'Ki sengaja isi 2 botol je petrol sebelum ini adalah sebab barangkali To'Ki sangka ada stesen minyak bergerak di Kuala Berang. Memang bergerak sungguhlah jawabnya. Yang pertama, kat kedai runcit. Yang kedua pula, kereta AyahNgah jadi ejennya. Haha.