Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 11, 2011

Visiting PakSoo

Bismillahirrahmanirrahim...

11 Jun 2011 - MakLong ke PULAPOL Jalan Semarak untuk melawat PakSoo. Tiba agak lewat kerana singgah ke farmasi untuk membeli ubat yang dipesan PakSoo. Demam katanya. Tiba di sana, terkejut den. Mak ai ramainya manusia macam pesta la plak. Rupanya memang hari ni dapat jumpa dengan family. Maka berduyun2lah yang datang termasuk datuk dan nenek pun ada. Masa berjumpa pula dari jam 2 hingga 5 petang sahaja tapi MakLong tiba di sana pukul 4.40 petang.

Mula2 kena isi borang kat meja pendaftaran dulu. Lepas tu pegawai bertugas akan panggil pelatih di asrama tapi cara petugas meja tu boleh membangkitkan kemarahan pelawat kerana macam acuh tak acuh sahaja. Bayangkan ada pelawat yang menunggu hampir 1 jam tapi pelatih tak muncul-muncul. Bila pelawat bertanya pada petugas, jawapannya "kami dah panggil tadi, mungkin dia ke mana-mana dalam pusat latihan ni kot." Aduhai, tolonglah bagi jawapan yang membantu dan bukan menyakitkan hati. Mujur MakLong dah SMS PakSoo awal2 dan hanya menunggu 15 minit sahaja. Itupun sebab PakSoo tidur kerana demam masih belum kebah.

Berbekalkan sekeping alas dan 2 set McDonalds, kami bercamping di atas rumput di tepi padang kawat. Dah macam taman rekreasi pula lagaknya. Layankan ajelah.





Laki @ perempuan, di mana-mana berkawad. Kau mampu?



Jam 6 petang, MakLong beredar dari situ. Itupun selepas membubuh sedas kepada jurulatih yang agak biadap lagaknya. Kalau iyepun nak menegur, biarlah bertempat dan kena caranya. Ini kalau main cakap je, memang kenalah jawabnya. Nasiblah labu. Oklah PakSoo, semoga cepat sembuh dari demam. Nanti MakLong melawat lagi.

3 comments:

  1. SEDAP NGOH ORG JABATAN PERDANA MENTERI CAKAP.. NGEH..NGEHH.. KALU DIA MARAH LAGI KATA AMBER KEJE NGAN HISHAMUDDIN NIH.. WAK PLAWOK JER LAA..

    ReplyDelete
  2. hihihi doh dok reti base ngat gitulah balasannya.tau la tp nak tgur biarlah beradap. ssuai dgn uniform yg dipakai. ni x, main sedap mulut je.

    ReplyDelete
  3. ce kate ke die...klu nk mdc royat je lah.doksoh maroh2.dia nok mcd etek tu

    ReplyDelete