Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 25, 2010

K4B: NDBB - Potret Lagi

Susu segar diproses dan dibungkus

Mana lembunya? Cuba tengok betul2

Di hadapan Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd

Kilang Memproses Susu

Kinabalu Park

Tolong Kami

Pasar Filipino

Sila namakan spesies makanan laut ini

Kampung Nelayan

Mari2 Cultural Village

To'Ki mencuba sumpit

Giliran kami membuat persembahan

Adam, u rock...beria to'wan & to'ki, mula2 mcm takut2 je nak masuk hehe

Monday, November 22, 2010

K4B: NDBB - Mari Belajar Bahasa

Bismillahirrahmanirrahim...

Situasi:
4B dalam perjalanan ke Kundasang. Dalam perjalanan, MakLong ternampak sebuah gerai yang dikerumuni oleh ramai orang. MakLong terperasan ada papan tanda menunjukkan makanan yang dijual tetapi tidak sempat membacanya lalu dirujuk kepada MakTeh.

MakLong: Eh MakTeh, gerai tu jual apa tu ye? U nampak tak signboard tadi?

MakTeh: Pau Panas kot.

MakLong: Yeke? I tengok macam panjang je ejaannya. Takkan pau panas plak.

MakTeh: I nampak perkataan panas. Yela tu.

Tiba-tiba En.Mahadi menyampuk,

En.Mahadi: Itu sinalau bakas. Sinalau tu panggang. Bakas tu babi hutan.

MakLong: Hah, ambik ko MakTeh. Banyakla ko punya pau panas. Sinalau bakas sungguh!


Hahahaha.

p/s: MakTeh, nak amplang? Ke nak pelempang?

K4B: NDBB - Potret

Bismillahirrahmanirrahim...

Jom layan gambar!

Jambatan Tamparuli
Seperti biasa, To'Wan gayat tetapi berjaya juga menyeberanginya

Dinner di Kinabalu Pines Resort...melantak sakan

Lepak2 di beranda...sejuk bangat

Berlatarbelakang Gunung Kinabalu

Geli...fish spa

Ikan yang sangat jinak, makan di tangan To'Ki

MakTeh: Ni kalau kita tuba ikan2 ni ok jugak ni abah
To'Ki: Orait, bijak kepala otak MakTeh ni. Malam ni ON projek

Destinasi wajib, Sabah Tea Garden

Singgah di Poring Hot Spring...gaya seorang To'Ki

MakTeh, kirim salam kat mamat sebelah tu ye. Pemalu betul.

Canopy Walkway, sepanjang 250m

Siapa cakap Mamut tak glemer?

Ladang lembu...susu segar dari ladang

Sunday, November 21, 2010

K4B: NDBB - Fasa 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Malam tadi kami makan malam di restoran tempat kami menginap. Menyeronokkan apabila hidangan adalah secara ala carte. Apa lagi, kami belasah cukup-cukup sehingga kelihatan seperti lebih 4 orang yang makan. Menunya, steamboat, nasi goreng, bihun goreng dan ikan masam manis. Memang berbaloi. Mungkin kerana lapar dan hidangan yang disediakan menepati selera, To'Ki berjaya menghabiskan sepinggan nasi goreng yang sepinggan 'dadang' kuantitinya. Bahagian paling best sudah tentulah steamboat. Kami belasah hingga hampir licin sayur mayur dan makanan laut yang amat segar. Penyudahnya, perut kami 'see'h' yang amat. Pengalaman kembara kami ke Medan sebelum ini, makanan sudah sedia dihidangkan mungkin kerana bilangan yang ramai tetapi kali ini kami hanya berempat, kami bebas membuat pilihan makanan. Ini sudah bagus.

Usai makan malam, kami ke mini kedai membeli sedikit barang keperluan dan To'Ki sempat membeli sehelai baju sejuk sebagai kenangan. Kesejukan memang jelas terasa dan mencengkam tulang temulang. Jauh lebih sejuk dari Cameron Highlands. Tiada aktiviti pada waktu malam kerana kami sudah keletihan melalui perjalanan sepanjang hari. Tidur malam memang cukup selesa. Tanpa penghawa dingin, kesejukan semulajadi dikelilingi pokok-pokok Pines sungguh menyamankan.

Di sini, waktu Subuh masuk pada jam 4.45 pagi dan Syuruk pada jam 6.05 pagi. Memang menggigil untuk bangun solat Subuh. Mujur ada bekalan air panas di dalam bilik air. Pagi ini kami akan bersarapan pada jam 7.00 pagi dan kembara jelajah Kundasang akan dimulakan. Tidak sabar rasanya mengunjungi tempat-tempat menarik yang dijanjikan oleh ejen.

Semoga kembara kami pada hari ini dipermudahkan-Nya jua.

Saturday, November 20, 2010

Kembara 4 Beranak: Negeri Di Bawah Bayu

Bismillahirrahmanirrahim...

(4 beranak: To'Ki, To'Wan, MakLong, MakTeh)

Tepat jam 11.10 pagi, pesawat AK5124 berlepas dari LCCT menuju ke Kota Kinabalu. Perjalanan memakan masa selama lebih 2 jam. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan ketibaan kami disambut oleh En.Mahadi yang akan menemani sepanjang 3 hari berada di bumi Sabah. Kami dibawa dalam sebuah van menuju ke destinasi pertama iaitu Kundasang. Perjalanan sememangnya cukup mencabar berikutan keadaan muka bumi yang berbukit bukau ditambah pula cuaca yang kurang baik selepas kami singgah di Jambatan Tamparuli. Perjalanan ke Kundasang turut memakan masa hampir 2 jam dan kami bertemu dengan kemalangan yang baru sahaja berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu lori menyebabkan 2 buah bas terbabas. Lebih menarik, pemandu lori terbabit telah melarikan diri dengan menumpang lori lain yang turut lalu di laluan berkenaan.  

Kami tiba di Kinabalu Pine Resorts pada jam 5.30 petang dan terus mendaftar masuk kerana belum menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Agak tergesa-gesa juga sebenarnya kerana waktu Maghrib di sini masuk pada jam 6.01 petang. Malah suasana sudah menjadi gelap walaupun jam baru menunjukkan pukul 6.30 petang. Kini kami sedang merehatkan diri sementara menunggu waktu untuk makan malam dan meneruskan aktiviti dengan ditemani oleh En. Mahadi.

Thursday, November 11, 2010

Transformasi

scene 1: Membuka bungkusan plastik sebaik sahaja tiba.

scene 2: Siap disusun.

scene 3: Akhirnya.

scene 4: Kipas baru, sumbangan Ayah Ngah. Tqvm.


scene 5