Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 21, 2010

K4B: NDBB - Fasa 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Malam tadi kami makan malam di restoran tempat kami menginap. Menyeronokkan apabila hidangan adalah secara ala carte. Apa lagi, kami belasah cukup-cukup sehingga kelihatan seperti lebih 4 orang yang makan. Menunya, steamboat, nasi goreng, bihun goreng dan ikan masam manis. Memang berbaloi. Mungkin kerana lapar dan hidangan yang disediakan menepati selera, To'Ki berjaya menghabiskan sepinggan nasi goreng yang sepinggan 'dadang' kuantitinya. Bahagian paling best sudah tentulah steamboat. Kami belasah hingga hampir licin sayur mayur dan makanan laut yang amat segar. Penyudahnya, perut kami 'see'h' yang amat. Pengalaman kembara kami ke Medan sebelum ini, makanan sudah sedia dihidangkan mungkin kerana bilangan yang ramai tetapi kali ini kami hanya berempat, kami bebas membuat pilihan makanan. Ini sudah bagus.

Usai makan malam, kami ke mini kedai membeli sedikit barang keperluan dan To'Ki sempat membeli sehelai baju sejuk sebagai kenangan. Kesejukan memang jelas terasa dan mencengkam tulang temulang. Jauh lebih sejuk dari Cameron Highlands. Tiada aktiviti pada waktu malam kerana kami sudah keletihan melalui perjalanan sepanjang hari. Tidur malam memang cukup selesa. Tanpa penghawa dingin, kesejukan semulajadi dikelilingi pokok-pokok Pines sungguh menyamankan.

Di sini, waktu Subuh masuk pada jam 4.45 pagi dan Syuruk pada jam 6.05 pagi. Memang menggigil untuk bangun solat Subuh. Mujur ada bekalan air panas di dalam bilik air. Pagi ini kami akan bersarapan pada jam 7.00 pagi dan kembara jelajah Kundasang akan dimulakan. Tidak sabar rasanya mengunjungi tempat-tempat menarik yang dijanjikan oleh ejen.

Semoga kembara kami pada hari ini dipermudahkan-Nya jua.

No comments:

Post a Comment