Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 24, 2008

InFo: Trip to Kota Kinabalu, Sabah

InsyaAllah untuk trip ke Sabah pada bulan Disember nanti, Bakarianz terlibat akan menginap di Promenade Hotel Apartments. Saja Mak Long booking awal2 takut nanti takde kekosongan. Maklumlah masa kita pergi tu cuti sekolah.

JaLaN-JaLaN di PorT DicKSoN…FinaL

Alhamdulillah...Walaupun kurang berpuas hati dengan KopiCat, kami tetap bersyukur. Selesai berbuka puasa, kami terus ke Masjid Al-Hasanah Bangi @ Mak Long suka panggil Masjid Hijau (sebab kubah dia warna hijau) untuk solat Maghrib, Isyak dan seterusnya tarawih di situ. Bukan apa, kalau kami tak solat siap2, balik rumah confirm kami tak larat nak buat dan terus syahid. Nasib baik kami dah beli lauk bersahur siap2. Balik rumah tinggal nak masak nasi je.

Dalam perjalanan balik, Mak Long yang jadi pemandu. Di sinilah berlaku 1 insiden yang Mak Long rasa nak luku je Mak Teh dengan Ayah Chik ni. Sungguh tak patut membuat lawak Ramadhan kategori ngok ngek tahap gaban. Kami balik lalu lebuhraya Besraya dan tiba di kawasan tol, oleh kerana barisan laluan tunai sangat panjang dan Mak Long lupa membawa kad Touch n Go sendiri, Mak Long tanya Mak Teh,”Mak Teh, Touch n Go ada tak?”.

“I belum top up la. Ada baki RM 0.20 je.”
Hampeh. Mak Long tanya Ayah Chik plak,“u ada?”
Dengan yakin Ayah Chik cakap,”I rasa ada kot. Cukup bakinya.”
Mak Long pun ambillah kad Touch n Go yang Ayah Chik bagi dan masuk laluan Touch n Go walau dalam hati berdebar2 juga. Bukan boleh kira budak2 ni.
Teet! “Baki kurang”, hampehla budak2 ni. Patutla Mak Long rasa tak yakin tadi. Dengan muka malu bercampur bengang, terpaksalah guna khidmat pengawal keselamatan yang ada kat situ untuk undur keluar dari laluan Touch n Go dan masuk laluan tunai. Bayangkanlah kalau tiba2 waktu tu tak ada pengawal di situ. Confirm kena hon atau marah dengan pemandu2 lain. Isk2…

Maka Mak Long dengan muka yang amat lalu undur dan membuat bayaran di laluan tunai. Itu kira ok lagi, yang lagi hampehnya, ade ke patut masa insiden tu Mak Teh menyorokkan diri di tempat duduk belakang. Jaga maruah katanya. Nak je Mak Long toooot tapi mengenangkan bulan puasa, cover jela. Yang Ayah Chik plak konon2 nak test macamana pengawal handle situasi macam tu. Kengtorak (bak kata Adam) tul. Tak patut betul.

Apapun, kami selamat sampai di rumah Ayah Chik lebih kurang jam 09.45 malam dan tiba di rumah Mak Long jam 10.30 malam…Lepas masak nasi kami terus Z…Z…zzzz….
Walaupun perjalanan tersebut dipenuhi dengan kepenatan dan pelbagai insiden tetapi hari ini akan menjadi salah satu daripada kenangan manis di dalam lipatan memori kami…

JaLaN-JaLaN di PorT DicKSoN…Siri 3

Selepas mengucapkan terima kasih kepada En. Azmir atas kesudian beliau membawa kami melawat Eagle Ranch Resort, kami meneruskan perjalanan untuk melawat hotel-hotel lain yang ada di sekitar PD. Hajat di hati kami sebenarnya nak berbuka puasa di salah satu hotel-hotel tu tetapi memandangkan kami datang tanpa temujanji, dalam erti kata lain bidan terjun @ suke-suki, maka hasrat tersebut tidak kesampaian. Tak kisah sangat sebenarnya tapi kalau orang nak bagi best jugak kan...kan kan Mak Teh?

Kami sempat singgah di Institut Latihan FAMA, Casa Rachado, Avillion Admiral Cove (AAC)dan Corus Paradise Resort. O ye, AAC memang menarik. Nampak elegant. Memang sesuai sangat untuk kursus yang Mak Long nak buat tu. Dalam hati Mak Long dah berkira-kira nak cadangkan AAC kat bos. Hehe…
Kami singgah di Corus Paradise Resort dan dibawa untuk melihat keadaan dewan dan bilik penginapan. Ok juga tapi suasana macam tak berapa menarik tapi lebih sesuai jika nak dibandingkan dengan Eagle Ranch. Huhu…



Corus Paradise...ok kan...

Jam dah menunjukkan hampir pukul 5.00 petang, kami masih buntu nak buka puasa kat mana. Akhirnya kami memutuskan untuk ke Bandar Baru Bangi dan tengok mana-mana kedai yang sesuai untuk berbuka puasa. Mak Long bercadang nak cuba masakan di KedaiCat, kedai milik Cat Farish. Tak kenal ke? ala artis hip hop tu...betul kan Ayah Chik hip hop? ekekeke...Selepas reserve meja, kami pergi pusing-pusing tengok rumah baru Rosyam Nor dan tapau makanan bersahur di Bazar Ramadhan Bangi.




Posing dulu depan kedai sebelum gi bazar...Ayah Chik perasan artis ke? eii, tak kose...

Naik pening kepala kami pusing 1 bazar. Rambang mata pun ye juga. Lebih kurang pukul 6.45 petang gitu kami bergerak ke KedaiCat. Sampai sana, kami lepak dulu dalam kereta. Sekali budak yang ambil order tu datang, 'Akak, tadi order asam laksa kan? Hari ni asam laksa tak buatlah."
"Cess, kurang asam punya kedai. Patutlah takde asam laksa," ujar Mak Long dalam hati.
"Mak Teh, kita nak makan apa ni?" tanya Mak Long sambil menyelak menu yang dibawa oleh budak tu.
Akhirnya Mak Long order Mihun Sup dan Mak Teh order Fish & Chips. Mengada-ngada betul Mak Teh ni, ade ke buka puasa makan Western Food. Gedik santai tu...hahaha

Lebih kurang jam 7.10 malam kami masuk. Makanan baru hendak dihidangkan. Jangkaan kami tentulah makanan yang dihidangkan menyelerakan sebab dah warwar dalam suratkhabar dan majalah tentang kehebatan kedai Cat ni. Mula-mula datang air, Mak Long dah konpius. Order Kopi Arabica ais tapi yang datang air cero-bero. Takde warna pekat kopi langsung. Air dah fail, tunggu makanan plak. Mula-mula Mak Long punya mihun sup, aiseh, nampak warna pun dah tau, ni bukan dimasak tapi dibancuh asing-asing ala2 pasar malam punya. Silap2 kuah sup tu pakai kiub sup je. Keciwa tul...
Pastu datang Mee kari Ayah Chik lak. Hmm...nampak menarik tapi kena Ayah Chik makan dulu...pastu datang Mak Teh punya, Fish&Chips...Mak Long dah gelak siap2. Keciknya fish dia. hahaha... yang kat Alamanda punya lagi besar dan menarik. Nasib badan, azan berkumandang kami terus Bismillah...


Mihun sup,Mak Long punya


Mee kari, Ayah Chik punya


Fish & Chips kecik, haha Mak Teh punya...

JaLaN-JaLaN di PorT DicKSoN…Siri 2

Sesi pemeriksaan memakan masa hampir 1 jam juga. Pada padangan Mak Long, secara keseluruhan tempat tu memang menarik tapi bagi program yang banyak melibatkan aktiviti outdoor ataupun untuk Family Day. Memang sesuai sangat tapi untuk program Mak Long, rasanya kurang sesuai sebab hanya melibatkan aktiviti indoor sahaja. Konsep tempat tu memang menarik, ala-ala pekan Koboi. Kalau bawa family, memang budak-budak seronoklah sebab ada ladang kuda, kolam, go-kart, memanah, paintball dan pendek kata memang menariklah. Paling kami suka konsep bilik Bandwagon yang ala-ala kereta kuda tu. Nampak menarik sangat…


Ladang Kuda...


Deretan bilik...


Bilik lagi...


Mak Long pun nak posing jugak...


Deretan Bandwagon...memang menarik, semua berhawa dingin...


Ayah Chik & Mak Teh di celah deretan Bandwagon...Ingat Armageddon ker???


Ayah Chik memandang loteng dalam Bandwagon, boleh diletakkan extra bed...


Reception...


Teringin nak naik kuda ke Mak Teh?

Sunday, September 21, 2008

JaLaN-JaLaN di PoRT DiCkSoN...Siri 1

Bakarianz (Mak Long, Mak Teh, Ayah Chik) bertolak ke PD dengan menaiki CCE3217 lebih kurang jam 12.30 t/hari. Perjalanan lancar dan kami terus menuju ke destinasi pertama iaitu Eagle Ranch Resort. Tujuan sebenar kunjungan kami adalah untuk membuat lawatan tapak kerana Mak Long akan melaksanakan 2 program berturut-turut selepas Aidilfitri nanti. Kami tiba di bandar PD lebih kurang jam 1.30 petang dan terus menuju ke Masjid PD untuk menunaikan solat Jama'. Sewaktu di masjid, Mak Long dan Mak Teh telah mengalami satu situasi yang boleh dikatakan kelakar. Sebaik sahaja Mak Long dan Mak Teh memasuki kawasan solat wanita/muslimat, didapati ada 3 orang budak (sorang tu macam dah besar sebenarya) elok terbaring terlentang tidur. Seganlah Mak Long dan Mak Teh tapi buat selamba masuk juga. Bengang pun ada. Yela, menyibuk kat kawasan wanita, apa kes kan. Mak Long malas nak ambil kisah sangat, pakai telekung terus bersiap sedia untuk solat. Mak Teh macam tak puas hati, dia selak kain penghadang luas-luas untuk bagi jemaah lelaki@orang masjid nampak perbuatan ketidaksopanan budak-budak tu. Mak Long gelak je, memang gaya cikgu betul Mak Teh ni. Selamba didajalkan budak 3 orang tu tapi memang patut pun Mak Teh buat macam tu sebab lepas tu ada jemaah lelaki yang datang 'halau' budak-budak tu. Apa lagi, kembang kuncuplah lubang hidung Mak Teh, bangga tindakan dia selak kain penghadang membuahkan hasil. Mesti Mak Teh riak juga sikit-sikit. Haha. Tak baik tau Mak Teh, kan bulan puasa. Selesai solat, kami meneruskan perjalanan seperti dirancang ke Eagle Ranch Resort.

Kami tiba di sana lebih kurang jam 2.30 petang. Agak jauh juga tempat tu dari bandar PD. Dalam hati Mak Long dah rasa agak kurang senang dengan lokasi tempat tu sebab kalau boleh biar dekat dengan kemudahan kedai atau bandar. Ketibaan kami disambut oleh En. Azmir, pembantu puan Suzzy. Beliau bermurah hati membawa kami menunjukkan jenis-jenis bilik yang terdapat di situ. Mak Long sibuk mendapatkan maklumat daripada En. Azmir sedangkan Mak Teh dan Ayah Chik sibuk berposing. Sabar jelah...tak pela, lagipun diaorang menemankan Mak Long sebenarnya.

Tengoklah gaya-gaya Mak Teh dan Ayah Chik posing, tak larat Mak Long nak tengok...:p








Friday, September 19, 2008

Bukit Fraser

25 Oktober 2008, InsyaAllah Bakarianz akan bergerak ke Bukit Fraser untuk pertama kalinya. Kalau dah ada Bakarianz yang pernah pergi, ini mungkin kali ke 2, 3 dan toot bagi yang berkenaan...

2 unit apartmen telah ditempah oleh Mak Long untuk penginapan di sana. Nama apartmen tu The Pines Resort. 1 unit FOC manakala 1 unit lagi perlu dibayar. insyaAllah Bakarianz akan kongsi bayar sama-sama. Antara gambaran tempat tu:-





so, prepare la apa yang patut ya. Pastikan Bakarianz dapat meluangkan masa pada tarikh tersebut...

Monday, September 15, 2008

What's Next???

PASSENGER ELECTRONIC TICKET
Your itinerary is attached here for your reference.
We look forward to your journey with us.

Passenger(s):
MR MUHAMMADAD MDHANAFIAHAMIN (Child) E-Ticket No: 2322102672609
MR MUHAMMADHAZIQAM MOHDHAFIZ (Child) 2322102672610
MS KAMALIAH ABDULLAHABUBAKAR (Adult) 2322102672611
MR KAMARULA ABDULLAHABUBAKAR (Adult) 2322102672612
MS KARIMAHA ABDULLAHABUBAKAR (Adult) 2322102672613
MR SHAHRULA ABDULLAHABUBAKAR (Adult) 2322102672614
Mrs Wan Meriam Wan Sulaiman (Adult) 2322102672615

Booking Ref (PNR): JF4KGD
Online Booking Ref: ITD01137491
Telephone: 603 88861301 Email: ckbakar@gmail.com

Kuala Lumpur International Airport To: Kota Kinabalu
Flight: Malaysia Airlines MH2638 Aircraft: Boeing 737-400
Depart: Mon, 15 Dec, 04:00 Arrive: Mon, 15 Dec, 06:35

Number of stops: 0 Class: Economy

Remarks:

Kota Kinabalu To: Kuala Lumpur International Airport
Flight: Malaysia Airlines MH2605 Aircraft: Boeing 737-400
Depart: Thu, 18 Dec, 10:50 Arrive: Thu, 18 Dec, 13:15

Number of stops: 0 Class: Economy

Remarks:

Net price: MYR 714.00
TotalTaxesAndSurcharges: MYR 2856.00
Total Flight Price: MYR 3570.00
Total paid: MYR 3570.00
For security reasons, the following may be required upon check-in or ticket reissuance:
1. Photocopy or actual credit card used for the online purchase(s).
2. A photo ID of the credit card holder.

Ready to check-in? Click below to start using our new Web Check-in service.
*Terms & conditions apply
http://www.malaysiaairlines.com/my/en/bkinfo/trvlinfo/bfly/advckin/advance-check-in.aspx
Terms and Conditions apply. Click here to view General Conditions of Carriage
Thank you for choosing Malaysian Hospitality.
For more information please visit www.malaysiaairlines.com,
call us at 1300 88 3000 (within Malaysia) or +603 7843 3000 (outside Malaysia).
*********************************************************************************

So, kepada Bakarianz terlibat silalah buat persiapan yang sepatutnya ye...booking tarikh tu siap2, pastikan tak bertembung dengan aktiviti2 lain...Wallahua'lam...

Tuesday, September 9, 2008

3217...

1. Tokki (Kia Sportage)
2. Mak Long (Flying without wing - Kenari)
3. Mak Teh (Persona - terpersonakah???)
Ok, who's next? Please raise up your hand...

Sekitar Balik Kampung Merdeka & Awal Ramadhan...

Haziq & Hazim...
Baru lepas mandi laut, tak bawak baju spare, duduk dalam bonet kereta tokki...
Pak Su, Mak Long n Jirah...
BaAn, Aqilah, Afifah...
Ye! ye! Nak mandi laut...hakikatnya, takut jua...
Adam ngade2 dengan Pak Su n Mak Teh...
Yeah! Semua sedang berusaha menaiki tebing...Come on Adam, usaha tangga kejayaan!
Ayah De n Adam, Aqilah n Afifah ada kat seat belakang tu sebenarnya...ekeke

Monday, September 8, 2008

Sekitar Trip to Langkawi...

Bakarianz: Mak Long, Mak Teh, Pak Su












Perjalanan bermula....Naik teksi, LRT, bas dan kapal terbang.


Aiseh pak su, belum apa2 dah menguap...



Mak teh, kenapa lubang hidung kembang kuncup tu, tak baik tau!


Tiba di Airport Langkawi jam 12.00 t/malam, flight delay daa...

Tak taula nak guna istilah dinner/supper, tapi makan lebih kurang jam 01.00 pagi...
Posing sakan tapi ehem2, dah mandi ke belum??? ekeke...
Muka orang tak mandi tapi dah makan kenyang2...
Di sinilah kami menginap...murah dan memuaskan...