Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 24, 2008

JaLaN-JaLaN di PorT DicKSoN…FinaL

Alhamdulillah...Walaupun kurang berpuas hati dengan KopiCat, kami tetap bersyukur. Selesai berbuka puasa, kami terus ke Masjid Al-Hasanah Bangi @ Mak Long suka panggil Masjid Hijau (sebab kubah dia warna hijau) untuk solat Maghrib, Isyak dan seterusnya tarawih di situ. Bukan apa, kalau kami tak solat siap2, balik rumah confirm kami tak larat nak buat dan terus syahid. Nasib baik kami dah beli lauk bersahur siap2. Balik rumah tinggal nak masak nasi je.

Dalam perjalanan balik, Mak Long yang jadi pemandu. Di sinilah berlaku 1 insiden yang Mak Long rasa nak luku je Mak Teh dengan Ayah Chik ni. Sungguh tak patut membuat lawak Ramadhan kategori ngok ngek tahap gaban. Kami balik lalu lebuhraya Besraya dan tiba di kawasan tol, oleh kerana barisan laluan tunai sangat panjang dan Mak Long lupa membawa kad Touch n Go sendiri, Mak Long tanya Mak Teh,”Mak Teh, Touch n Go ada tak?”.

“I belum top up la. Ada baki RM 0.20 je.”
Hampeh. Mak Long tanya Ayah Chik plak,“u ada?”
Dengan yakin Ayah Chik cakap,”I rasa ada kot. Cukup bakinya.”
Mak Long pun ambillah kad Touch n Go yang Ayah Chik bagi dan masuk laluan Touch n Go walau dalam hati berdebar2 juga. Bukan boleh kira budak2 ni.
Teet! “Baki kurang”, hampehla budak2 ni. Patutla Mak Long rasa tak yakin tadi. Dengan muka malu bercampur bengang, terpaksalah guna khidmat pengawal keselamatan yang ada kat situ untuk undur keluar dari laluan Touch n Go dan masuk laluan tunai. Bayangkanlah kalau tiba2 waktu tu tak ada pengawal di situ. Confirm kena hon atau marah dengan pemandu2 lain. Isk2…

Maka Mak Long dengan muka yang amat lalu undur dan membuat bayaran di laluan tunai. Itu kira ok lagi, yang lagi hampehnya, ade ke patut masa insiden tu Mak Teh menyorokkan diri di tempat duduk belakang. Jaga maruah katanya. Nak je Mak Long toooot tapi mengenangkan bulan puasa, cover jela. Yang Ayah Chik plak konon2 nak test macamana pengawal handle situasi macam tu. Kengtorak (bak kata Adam) tul. Tak patut betul.

Apapun, kami selamat sampai di rumah Ayah Chik lebih kurang jam 09.45 malam dan tiba di rumah Mak Long jam 10.30 malam…Lepas masak nasi kami terus Z…Z…zzzz….
Walaupun perjalanan tersebut dipenuhi dengan kepenatan dan pelbagai insiden tetapi hari ini akan menjadi salah satu daripada kenangan manis di dalam lipatan memori kami…

No comments:

Post a Comment