Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 4, 2008

Misi Shopping Baju Raya...

2 September 2008...

12.00 t/hari : Mak Long, Ayah Chik dan Mak Teh ke rumah ibu dengan menaiki PUTRAJAYA 3217 untuk mengambil Adam dan terus menuju ke Stesen LRT Gombak/Terminal Putra. Park dengan bayaran RM3 per entry. Perjalanan diteruskan ke Stesen Masjid Jamek.

1.30 petang : Tiba di Stesen Masjid Jamek, perjalanan diteruskan dengan menyusuri Jalan Masjid India. Memandangkan waktu Zuhur sudah masuk, kami sepakat untuk menunaikan solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid India. Selesai solat Zuhur, kami menuju ke Wisma Jakel untuk meneruskan misi. Di sana, kami borong kain seperti yang dirancang. Warna tema bagi tahun ini adalah kuning keemasan. Kami memborong lebih kurang 8 pasang kain untuk dijahit oleh tukang jahit peribadi kami, Nor. (Chewah! perasaan ada tukang jahit peribadi la plak...:))

Sudah agak lama sebenarnya kami tidak berkunjung ke Jalan Masjid India. Kira-kira hampir setahun yang lalu. Selesai memborong kain pasang, misi diteruskan dengan mengunjungi Kamdar, Semua House dan Mydin untuk membeli baju melayu. Akhirnya pencarian berakhir di Mydin. Di situ kami borong baju melayu warna kuning keemasan untuk Abah, Ayah Chik, Pak Su, Adam dan Adeef. Alhamdulillah warna yang kami inginkan berjaya juga dijumpai. Sebelum ni warna ada tapi saiz pula tak ada. Saiz ada, bilangan pula tak ada. Macam-macam...Tapi betullah kata pesanan bijak pandai, usaha tangga kejayaan. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...

Adam pun dah keletihan kerana berjalan jauh. Apa lagi, Mak Long dan Ayah Chik yang jadi mangsa. Bergilir-gilir mendukung Adam. Mujurlah Adam OK je, tak banyak kerenah sangat. Mudah perjalanan kami...

04.30 petang: Kami bergegas menuju ke Stesen LRT Masjid Jamek untuk pulang ke Gombak kerana khuatir akan bertembung dengan warga kota yang akan pulang dari bekerja. Alhamdulillah walaupun penumpang agak ramai di dalam LRT, perjalanan kami lancar.

05.00 petang: Kami tiba di Terminal Putra Gombak dan menuju ke tempat letak kereta untuk menaiki PUTRAJAYA 3217. Kami tiba di rumah Ayah De (Abah Adam) lebih kurang jam 05.30 petang.

06.00 petang: Selesai solat Asar, Mak Long, Mak teh dan Ayah Chik ke bazar Ramadhan berdekatan untuk membeli juadah berbuka puasa. Banyak jugalah yang kami borong walaupun manusia ramai yang amat...

07.19 malam: Azan Maghrib berkumandang dan kami menikmati juadah berbuka puasa...Alhamdulillah...

Yang penting, misi kami untuk membeli baju raya pada hari itu tercapai. Tak perlulah kami pening-pening untuk memikirkan pasal baju raya lagi lepas ni...mungkin fikir pasal kuih raya plak kot. Tapi tak taula kot tahun ni tak perlu beli kuih raya sebab Mak Teh bawa oven dari kampung...hmmm....

2 comments:

  1. ehem2...sungguh tidak patut maklong menyebut oven tentang yang dibawakan oleh makteh dari kampung kerana itu makteh tidak pernah menyampaikan janji kepada maklong apatah lagi kepada seluruh warga bakarianz bahawa makteh dengan bangganya akan mengsponsor kuih raya dengan jayanya pada tahun ini adapun kerana makteh krisauan yang amat bahawasanya kerjaya makteh yang menuntut kerahan peluh untuk berjuang meng'adab'kan ...itu sangat membutuhkan waktu yang makteh sndiri tidak tahu bila akan ade kelapangan buat makteh..huargh...jikalau makteh berkelebihan kelapangan waktu maka dengan itu sesungguhnya makteh akan menyiapkan segerombolan kuih raya yang sudah amat pasti maklong dan seluruh bakarianz dan konco2nya seluruh kampung tidak terdaya dan berkuasa untuk menghadamnya...jadi dengan ini makteh membuat kesimpulan dan penutup bahawa 'kita sama2 tunggu dan lihat apa yang akan terjadi pada kekuihan kerayaan pada 1429 and 2008 ini'..kesekian kalinya dari makteh untuk bakarianz...wacaulu selamat berpuasa n berterawih dari makteh utk seluruh warga...

    ReplyDelete
  2. tak payah susah2...
    beli jer kt pasaraya..mcm2 jenis ader..
    tak terbeli nnt..
    dunia dh berubah, zaman dh maju...haha

    ReplyDelete