Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 4, 2008

Amal Jariah...

Sekalung doa dipanjatkan agar kita semua (Bakarianz) sentiasa berada dalam kesihatan dan kerahmatan Allah hendaknya, Aamiin.

Sila rujuk link di bawah untuk makluman awal:-

http://dermamasjid.blogspot.com/2008/07/derma-untuk-masjid-di-bosnia.html

Dimaklumkan bahawa satu usaha untuk membantu ummat Islam di Bosnia melalui pembinaan masjid yang dianjurkan oleh Y.Bhg Ustaz Wan Shohor Bani Leman dengan kerjasama sahabat KLFM melalui siaran radio pagi Suria Pagi KLFM bagi slot Az-Zikraa yang bersiaran setiap Isnin-Jumaat jam 6.45-7.00 pagi.

Marilah kita sama-sama menderma sepertimana sabda Rasul Allah SAW yang bermaksud:

“ Bila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara:

1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang dimanfaatkan dengannya
3. Anak yang soleh yang mendoakannya”


Makluman: Sehingga semalam iaitu 25 Ogos 2008 jumlah kutipan telah menjangkau sebanyak RM300, 000.00 lebih.

Anggaran awal pembinaan adalah RM300, 000.00 tetapi anggaran setelah mengambil kira peningkatan kos, jumlah diperlukan mungkin boleh mencecah ke RM400,000.00 lebih.

Masih ada peluang untuk kita menderma dengan memasukkannya ke akaun MAYBANK Ustaz Wan Shohor Bani Leman (5140 6605 4194) yang berurusan terus dengan pengurus masjid di sana dengan bantuan keluarga beliau.

Oleh itu, semoga derma ikhlas kita akan dikira sebagai salah satu saham yang tidak dapat dinilai jumlahnya di akhirat kelak... amin..

"Maka berilah peringatan, dan sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman".

Wassalam.

No comments:

Post a Comment