Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 24, 2008

JaLaN-JaLaN di PorT DicKSoN…Siri 3

Selepas mengucapkan terima kasih kepada En. Azmir atas kesudian beliau membawa kami melawat Eagle Ranch Resort, kami meneruskan perjalanan untuk melawat hotel-hotel lain yang ada di sekitar PD. Hajat di hati kami sebenarnya nak berbuka puasa di salah satu hotel-hotel tu tetapi memandangkan kami datang tanpa temujanji, dalam erti kata lain bidan terjun @ suke-suki, maka hasrat tersebut tidak kesampaian. Tak kisah sangat sebenarnya tapi kalau orang nak bagi best jugak kan...kan kan Mak Teh?

Kami sempat singgah di Institut Latihan FAMA, Casa Rachado, Avillion Admiral Cove (AAC)dan Corus Paradise Resort. O ye, AAC memang menarik. Nampak elegant. Memang sesuai sangat untuk kursus yang Mak Long nak buat tu. Dalam hati Mak Long dah berkira-kira nak cadangkan AAC kat bos. Hehe…
Kami singgah di Corus Paradise Resort dan dibawa untuk melihat keadaan dewan dan bilik penginapan. Ok juga tapi suasana macam tak berapa menarik tapi lebih sesuai jika nak dibandingkan dengan Eagle Ranch. Huhu…



Corus Paradise...ok kan...

Jam dah menunjukkan hampir pukul 5.00 petang, kami masih buntu nak buka puasa kat mana. Akhirnya kami memutuskan untuk ke Bandar Baru Bangi dan tengok mana-mana kedai yang sesuai untuk berbuka puasa. Mak Long bercadang nak cuba masakan di KedaiCat, kedai milik Cat Farish. Tak kenal ke? ala artis hip hop tu...betul kan Ayah Chik hip hop? ekekeke...Selepas reserve meja, kami pergi pusing-pusing tengok rumah baru Rosyam Nor dan tapau makanan bersahur di Bazar Ramadhan Bangi.




Posing dulu depan kedai sebelum gi bazar...Ayah Chik perasan artis ke? eii, tak kose...

Naik pening kepala kami pusing 1 bazar. Rambang mata pun ye juga. Lebih kurang pukul 6.45 petang gitu kami bergerak ke KedaiCat. Sampai sana, kami lepak dulu dalam kereta. Sekali budak yang ambil order tu datang, 'Akak, tadi order asam laksa kan? Hari ni asam laksa tak buatlah."
"Cess, kurang asam punya kedai. Patutlah takde asam laksa," ujar Mak Long dalam hati.
"Mak Teh, kita nak makan apa ni?" tanya Mak Long sambil menyelak menu yang dibawa oleh budak tu.
Akhirnya Mak Long order Mihun Sup dan Mak Teh order Fish & Chips. Mengada-ngada betul Mak Teh ni, ade ke buka puasa makan Western Food. Gedik santai tu...hahaha

Lebih kurang jam 7.10 malam kami masuk. Makanan baru hendak dihidangkan. Jangkaan kami tentulah makanan yang dihidangkan menyelerakan sebab dah warwar dalam suratkhabar dan majalah tentang kehebatan kedai Cat ni. Mula-mula datang air, Mak Long dah konpius. Order Kopi Arabica ais tapi yang datang air cero-bero. Takde warna pekat kopi langsung. Air dah fail, tunggu makanan plak. Mula-mula Mak Long punya mihun sup, aiseh, nampak warna pun dah tau, ni bukan dimasak tapi dibancuh asing-asing ala2 pasar malam punya. Silap2 kuah sup tu pakai kiub sup je. Keciwa tul...
Pastu datang Mee kari Ayah Chik lak. Hmm...nampak menarik tapi kena Ayah Chik makan dulu...pastu datang Mak Teh punya, Fish&Chips...Mak Long dah gelak siap2. Keciknya fish dia. hahaha... yang kat Alamanda punya lagi besar dan menarik. Nasib badan, azan berkumandang kami terus Bismillah...


Mihun sup,Mak Long punya


Mee kari, Ayah Chik punya


Fish & Chips kecik, haha Mak Teh punya...

No comments:

Post a Comment