Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 27, 2011

Pengumuman: Graduasi Tamat Latihan PakSoo

Bismillahirrahmanirrahim...




Graduasi tamat latihan PakSoo pada 7 Januari 2012, di padang kawad PULAPOL Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Majlis dijadual bermula jam 7.30 pagi.
Semua Bakarians dijemput hadir.
Mami Dadi (To'wan To'Ki) dijangka tiba di LCCT pada 6 Januari 2012 dengan penerbangan jam 9.20 malam dari K.Trg.

Shukumvit Kembali Lagi

Bismillahirrahmanirrahim...

26 Dis 2011 - Perjalanan pulang MakLong, MakTeh, Athirah ke KL melalui jalan dalam memakan masa hampir 7 jam :)
Tiba di KL sekitar jam 9 malam, ada orang lapar.
Terus ke Shukumvit sebab orang tu nak makan tomyam katanya, tapi bagi dia tomyam Shukumvit kurang sedap. Huhu.



Restoran Sri Molek, Hotel UiTM Dungun

Bismillahirrahmanirrahim...

25 Disember 2011 - Thank you Dadi @ To'Ki sebab belanja breakfast di Restoran Sri Molek, Hotel UiTM Dungun.
Hanya RM14/pax dan percuma bagi kanak-kanak 6 tahun ke bawah.
Akhirnya, tercapai juga hasrat nak merasa makan di sini :)



Lepas makan-makan, konvoi & lepak di Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bukit Besi pula sambil mandi manda.
Gambar penuh dalam kamera MakTeh. Cepat, sila upload di FB.

Saturday, December 24, 2011

D'Kundang

Bismillahirrahmanirrahim...

Lokasi: D'Kundang, Tasik Biru

Dek kerana abang polisi (PakSoo) kelaparan, maka kami singgah untuk santap di sebuah restoran bernama D'Kundang.
Sekali pandang memang nampak hebat tempat ni.
Ada 3 tingkat semuanya.
Tingkat G adalah ruang restoran manakala tingkat 1&2 pula disediakan servis permainan snuker, karaoke dan surau.


Siakap Stim Asam Limau ~ bolehla makan

Athirah kata sedap. Kuat makan sungguh semek ni.

Untuk servis, poin 3/5 kerana lambat dan untuk makanan pula, poin 4/5.
Tapi semek Athirah, sedap ke tak dibelasah aje makan.
Secara keseluruhan, skala kepuasan adalah per 3.5/5 poin.



Tuesday, December 20, 2011

Perubahan Tarikh KB2012

Bismillahirrahmanirrahim...

Manusia merancang namun perancanganNya jauh lebih hebat.

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Kembara Bandung 2012 yang sepatutnya diadakan pada 4 - 7 Februari 2012 akhirnya terpaksa diAWALkan kepada 21 - 24 Januari 2012.

Kelam kelibut membuat pindaan, akhirnya berjaya juga mendapatkan khidmat supir dan penginapan pada harga yang berpatutan sewaktu di sana. Jika tiada aral melintang, berikut penginapan yang akan diduduki:

21 - 22 Januari 2012 : Hotel Cihampelas 2, Bandung
22 - 23 Januari 2012 : Permata Hati Resort, Puncak
23 - 24 Januari 2012 : Malaka Hotel, Bandung

Kepada MakTeh, tarikh akhir pembayaran pakej adalah pada 12 Januari 2012 ya.

Wassalam.

Monday, December 12, 2011

Tercapailah Sudah Hajat Di Hati

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya, tercapai jugalah hajat kak nani untuk membeli coklat di kilang Beryl's di Seri Kembangan.
Makanlah puas2.
Kalau tak cukup, boleh borong lagi :)
Bukan apa, sebelum ni beria ke kilang Beryl's di Jalan Imbi, KL tapi harga sampai 2 kali ganda sebab situ tempat pelancong luar datang.




Maka pagi ini gigih ke kilang Beryl's Seri Kembangan yang terletak tidak jauh dari rumah MakLong.  


Misteri nusantaranya pula, sebekas coklat tiramisu dalam peti MakLong 'ghaib' tanpa dapat dikesan.

Monday, December 5, 2011

Sungguh Tinggi Tanah Itu, Kata Cameron

Bismillahirrahmanirrahim...

3 Disember 2011 (Sabtu) ~ Seperti dipersetujui, kami bergerak ke Cameron Highlands namun perjalanan yang sepatutnya bermula pada jam 6.30 pagi akhirnya menjadi pukul 9 pagi. Huhu.
Alhamdulillah, perjalanan kami lancar sehingga ke puncaknya walaupun ada juga kedengaran suara-suara loya dan pening tapi diabaikan sahaja.

Khusyuk baca buku Ben 10
    
Tak jauh dah
Destinasi pertama adalah kilang teh Boh di Sungai Palas.
Perjalanan agak mencabar tetapi berbaloi kerana dapat melihat pemandangan yang sangat indah.
Beberapa tahun yang lalu, kami pernah cuba datang ke sini tetapi sesat sehingga ke puncak Gunung Brinchang

Sila telefon Teledera segera - mangsa dera berterusan oleh AyahNgah

Tamat sesi lawatan di kilang teh, kami ke Kea Farm kerana AyahNgah ingin membeli sayur dan jagung.
Di situ juga, kami berpecah menuju haluan masing-masing.
AyahDe dan keluarga menuruni Simpang Pulai untuk meneruskan perjalanan ke Kulim dan kami pula menuruni laluan Tapah.
Dalam perjalanan, sempat juga singgah di Pasar Tani Brinchang, Masjid Abu Bakar, Kafe Bharat Plantations dan nurseri bunga.
Merempit dengan Exora AyahNgah, kami akhirnya tiba sekitar jam 10 malam.

Sunday, December 4, 2011

i-City, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim...

2 Disember 2011 (Jumaat) ~ Dek kerana mati kutu tak tau nak ke mana, akhirnya kami ke i-City Shah Alam.
Gigih MakLong ye, habis kelas terus merempit ke sana.
Sebelum ni memang dah pernah datang dengan To'Wan dan AyahDe tapi kali ni ada AyahNgah dan keluarga sekali.
Oleh kerana nak feeling2 main salji kat oversea, merasalah bayar RM25 (dewasa) dan RM20 (kanak2).
Semua sekali RM205 tak termasuk baby Asyraaf.
Kalau ikutkan baby umur 3 tahun ke bawah tak dibenarkan masuk kerana suhunya yang sejuk melampau tapi takkan nak tinggal kat luar plak.
Maka diangkutlah masuk ke dalam juga.
Ok, lepas bayar, kena gi kat kaunter jaket.
Bau macam2 ada huhu tapi pakai jelah, apa nak dikata.
Zip pun banyak dah rosak.

Ready untuk masuk peti sejuk huhu

Ok, setel bab jaket, kasut but plak nak kena sewa.
Gila sejuk tapi untuk kanak2, kenalah sewa jugak.
Kami yang dah berusia sikit ni, redah jela.
Sejuknya toksah cerita la, tahap gaban.
Bak kata AyahNgah, 'agaknya macam ni la rasanya b*b* duk dalam peti sejuk ye' hahaha gila takde insurans stetmen.


Berlagak siot tak pakai kasut letak kaki atas air batu

Budak yang hampir2 mengalami kereputan jari huhu tapi tetaplah nak main juga ke sana ke mari berlari2an

Cuba teka kenapa KakNani/MakNgah letak tangan kat kepala? Bukan sebab nak azan ye huhu

Sebab tak tahan dengan kesejukan tahap gaban dalam 'peti sejuk besar' tu, kami cabut dari situ.
Lagipun takde aktiviti yang menarik pun kat dalam tu selain tempat gelungsur yang kena beratur panjang untuk naik.
Tak kuasa nak beratur sebab tak tahan sejuk bangat.
Keluar peti sejuk, kami ke Geng's Corner untuk makan malam.
Budak2 posing dengan Upin dan Ipin masa makan.


Dah habis makan, apa lagi? Baliklah woi.
Dah lewat tapi sebelum balik, dan lagi cakap,
'Esok kita gi Cameron Highland.'
Redah jela labu, janji happy.

Kenduri Time!

Bismillahirrahmanirrahim...

Hidangan dah sedia. Nasi dagang dan laksa. Namun seperti dijangka, tetamu yang datang melebihi perkiraan. Huhu.







Tamat kenduri, Bakarians Junior dibawa ke taman oleh AyahNgah, MakLong dan MakTeh. Bukan main aktif lagi bebudak ni.


Sunday, November 27, 2011

Pra-Kenduri Cukur Kepala

Bismillahirrahmanirrahim...

Sempena kenduri cukur kepala new addition of Bakarians Junior, Hazmi Amin, berikut persiapan yang telah dibuat pada malam ini sebelum sesi masak memasak pada esok hari.

Kupasan bawang, halia, kunyit hasil air tangan AyahNgah & kuncu2nya

Rempah untuk masakan daging

Daging yang telah dipotong oleh To'Wan & MakLong

Menu utama adalah laksa dan nasi dagang serta nasi wajik. Semoga majlis berjalan dengan lancar berkat gotong-royong Bakarians sekalian.

Monday, November 21, 2011

Semoga Bam2 Cepat Sembuh

Bismillahirrahmanirrahim...

Kredit to To'Ki, gambar2 adalah hasil kiriman beliau.
Semoga Bam2 Asyraaf segera sembuh & jangan nakal2 lagi.






Untuk kisah lanjut tentang kejadian, sila rujuk mama & abahnya jua.

Monday, November 14, 2011

Sanah Hilwah To'Ki

Bismillahirrahmanirrahim...



14 November 2011 ~ Lelaki tua yang kita panggil Abah @ To'Ki ini genap berusia 65 tahun. Jika diiukur dengan usia Rasulullah, beliau sudah diberi subsidi usia sebanyak 2 tahun. Renunglah kedutan di wajahnya dan tanyalah hati kita sama ada mampukah kita membalas jasanya membesarkan kita selama ini dan tanya lagi, sudahkah kita berbuat baik selayaknya kepada beliau? (Air mata bercucuran saat menitipkan kata-kata ini kerana sedar tidak akan mampu membalasnya). Semoga kita diberi ruang dan peluang untuk menggembirakannya sebelum tiba saat beliau menutup mata selamanya.

Sanah hilwah ya abi, kullu a'min wa anta bikhoir wa fi ridhotillah.

Wednesday, October 26, 2011

Kembara 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

Tarikh: 4 - 7 Februari 2012
Destinasi: Bandung-Jakarta (2 malam di Bandung, 1 malam di Jakarta)
Kos Ground: RM300/seorang (pengangkutan+pemandu+hotel+makan/minum+tiket masuk)
Travel Agent/Itinerari: Boleh rujuk laman web www.jacktour.com

Kepada yang berminat untuk turut serta, boleh beli tiket AirAsia seperti berikut:

4 Feb 2012 (KL-Bandung): Depart at 3.30pm
7 Feb 2012 (Bandung-KL): Depart at 12.00pm

Wassalam.

Friday, October 14, 2011

Semalam di Ulu Tiram, Johor

Bismillahirrahmanirrahim...

Kunjung tanpa dirancang ke kediaman AyahNgah di Ulu Tiram pada 10 Oktober 2011 yang lalu. Ahli rombongan terdiri daripada To'Ki, To'Wan, MakLong dan AyahChik dan kuda tunggangan adalah Suzuki SX4 Sedan.

Kami dibawa bersiar-siar oleh AyahNgah dan keluarga ke Pandan City - sebuah lokasi yang menempatkan pelbagai gerai jualan ala-ala uptown.

Gambar diambil atas permintaan AyahChik buat yang jauh di mata tapi dekat di hati

Berposing itu aktiviti wajib, beli atau tak soal no. 2

To'Ki sambar sepasang kasut kulit, nak pakai ke pejabat agama katanya

Pengumpul koleksi pelbagai jenis dan model kamera

Kemudian, kami dibawa ke sebuah restoran makanan laut yang terletak di Kampung Pasir Putih (kalau tak silap). Alhamdulillah, kenyang menikmati 2 ekor ikan siakap, udang celup tepung dan macam-macam lagi.








Lokasi kunjungan terakhir adalah bandaraya JB. Hajatnya nak cari baju untuk To'Wan tetapi kerana kesilapan teknikal, kami gagal menemui tempat dimaksudkan sebaliknya termasuk lorong jualan barangan orang India. Pelik je diaorang tengok 4 orang makhluk termasuk 2 orang bertudung melalui lorong tu. Tak ada rezeki To'Wan untuk beli baju sebagai tanda pada kali ini. Maybe next time, who knows...


Pagi esoknya, seawal jam 8 pagi kami bertolak pulang ke KL untuk mengejar penerbangan To'Ki dan To'Wan ke Kuala Terengganu pada jam 12.45 tengahari.

Terima kasih AyahNgah dan keluarga kerana bawa kami makan-makan dan jalan-jalan walau seketika cuma.  

Sunday, October 2, 2011

Visiting Hazmi Amin & Jalan2 Cari Pasal

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam MakLong, MakTeh & AyahChik meluangkan masa untuk melawat Bakarians Junior terbaru iaitu Muhammad Hazmi Amin di Tanjung Malim. Kami bertolak jam 9 pagi daripada rumah MakTeh dan tiba di TM sekitar jam 10 pagi. Tiba di sana, kami singgah di sebuah gerai makan untuk mengisi perut terlebih dahulu.

Di sini, berlaku satu insiden jalan2 cari pasal yang hampir2 membawa kami ke balai polis berdekatan. Puncanya sikap ego manusia yang tidak terkawal. Untuk kisah lanjut, sila rujuk pelakon utama drama tersebut iaitu AyahChik di samping heroinnya, MakTeh. Watak MakLong hanya sebagai pelakon tambahan sahaja pada kali ini tetapi bersedia untuk tampil ke hadapan pada bila-bila masa jika keadaan mendesak.

Hazmi with AyahChik

With MakTeh plak

From MakLong to Hazmi

Sleep well, baby
Kami tinggalkan TM sekitar jam 3 petang usai solat dan meneruskan perjalanan pulang ke KL. Sebelum tiba di Sri Damansara, sempat juga singgah di restoran Beriyani Gam di Bandar Rahman Putra untuk menikmati mee bandung. Kata MakTeh, restoran ini pernah disiarkan dalam rancangan Jalan2 Cari Makan. Oklah, setelah mencubanya sendiri, MakLong bersetuju dengan rasa mee bandung Muar yang tulen kerana MakLong ini memang penggemar tegar mee bandung Muor. Kalau rasanya tak kena, memang MakLong akan cakap itu bukan mee bandung Muor.

Minggu depan pula insyaAllah To'Wan dan To'Ki pula akan datang melawat si cilik baru ini.

Wassalam.