Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 29, 2011

Update: Percutian Ke Tasik Kenyir

Bismillahirrahmanirrahim...

Tarikh: 29 - 30 Mei 2011
Tempat: Rumah Penginapan Persekutuan Tasik Kenyir

Terkini, status penyertaan adalah seperti berikut:

1. To'Ki & To'Wan
2. AyahLong & Family
3. AyahNgah & Family
4. MakLong
5. MakTeh
6. AyahChik

Tidak hadir dengan maaf:

AyahDe & Family - it's ok, next time boleh join.

Kepada yang akan join, sila standby bayaran untuk:

1. Tambang bot - RM5/seorang
2. BBQ - akan dibincangkan dengan pengurus penginapan

Any further updates regarding this trip will be updated from time to time through this blog. So, please do drop by as frequent as you can on your leisure time.

Monday, April 25, 2011

Percutian Ke Tasik Kenyir

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warga Bakarians,

Sukacita dimaklumkan bahawa percutian ke Tasik Kenyir selama 2 hari 1 malam akan diadakan pada 29 hingga 30 Mei 2011 (cuti persekolahan bermula pada 28 Mei 2011). Tempat penginapan yang dipilih adalah Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir kerana layak mendapat harga istimewa untuk kakitangan Kerajaan. Setakat ini, penyertaan kepada Bakarians masih dibuka dengan kadar penginapan akan ditanggung sepenuhnya oleh MakLong. Walau bagaimanapun, Bakarians yang ingin menyertai percutian ini perlu menyediakan bayaran bagi tambang bot (anggaran RM5/seorang) dan BBQ pada malam tersebut serta aktiviti sampingan lain yang diminati.






Secara kasarnya, antara Bakarians yang telah menunjukkan minat untuk hadir adalah:

1. To'Ki & To'Wan (wajib!)
2. AyahNgah & Family
3. MakLong
4. MakTeh
5. AyahChik

Kepada yang ingin turut serta, sila maklumkan kepada MakLong dengan kadar segera kerana tempat penginapan adalah terhad dan setiap keluarga hanya diperuntukkan 1 unit bilik sahaja. Untuk percutian kali ini, 1 unit banglo 3 bilik dan 1 unit banglo 2 bilik telah ditempah.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat sewaktu di sana adalah:
  1. Berkayak
  2. Mandi Air Terjun
  3. Melawat Taman Herba
  4. Melawat Santari Kelah
  5. Memancing - amat sesuai untuk kaki pancing seperti AyahNgah. Sila bawa joran sendiri ye.
  6. Jungle Tracking
  7. Hari Keluarga
  8. BBQ
Selamat bercuti!

16042011: From Chendering Wif Luv

Bismillahirrahmanirrahim...

Lokasi:
Gerai bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Aktiviti:
Makan pelbagai makanan celup tepung sambil melihat kapal terbang turun dan naik.

ikan celup tepung

pilih dulu apa nak makan, asyraaf menjeling tajam

pari celup tepung

MT wif the 2A

penuh meja

jom makan keropok



adeef: ML, ni kaki keropok kan?
ML: (malas nak fikir) a'a kaki keropok
adeef: mana muka keropok?
ML: (pitam)


ML, ambil gambar Adam!


cak!
masjid wakaf tembesu ~ solat asar

pantai teluk ketapang ~ tak nampak adeef

alamak, adam plak tak nampak

asyraaf juga sedap tidur

lepas bebas

Monday, April 11, 2011

Lupa Lak Nak Cite...Ce Citer

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam ML & PS menemani AyahLong, Athirah & Akif mengambil kereta baru mereka di Kajang.
ML tak nak cerita pasal kereta. Bab tu serahkan kepada tuan punya kereta.
Selesai urusan, kami dibawa ke Restoran Sate Haji Samuri Kajang.
Gambar adalah dicilok dari laman web lain kerana terlupa menye'nap' gambar sewaktu hari kejadian.
Kesimpulannya, perut adalah tersangat penuh kerana memakan semua jenis sate kecuali rusa kerana tiada dalam stok kata mereka.
Pasrah makan apa yang ada sahaja.








Tq to AyahLong for the treat.

Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi :)

Sunday, April 10, 2011

Restoran Shukumvit, Kg Baru, KL

Bismillahirrahmanirrahim...

Alkisah tetiba di petang Ahad rasa mengidam nak makan tomyam.
Roger MakTeh.
Jom ah, balas MakTeh.
6.30 petang tayar bergolek.
7.00 petang, kami tercongok di meja.
Watak jemputan, MokNik.
Kurang 10 minit, hidangan sudah tersedia di depan mata.
Pantas!

Sukhumvit, Kg Baru - Thumbs up!

Jus Mangga Pure ~ my favourite drink

Bihun Goreng ~ up to my standard, full of taugeh

Tomyam Sukhumvit ~ U will never find it in other place

Sos cili + mayonis ~ Happy Deepavali

Alhamdulillah. Se'eh ok.
Bihun goreng, tomyam sukhumvit, french fries, roti bakar, sotong celup tepung, udang celup tepung, jus mangga.
Azan berkumandang ~ terus ke masjid Kg Baru.

Deretan periuk ~ diguna untuk masak bubur lambuk di bulan puasa

Nice view ~ from Masjid Kg Baru

Ok. Itu je. Esok dah keje. Huhu. Titik.

Saturday, April 9, 2011

Persona Untuk Dijual

Bismillahirrahmanirrahim...

Gempar! Gempar! Persona untuk dijual. Full Spec, Lady owner :)




April Fool!

Sunday, April 3, 2011

Ronda2

Bismillahirrahmanirrahim...

Lepas riadah, kami sarapan di medan selera di Presint 8, Putrajaya. Kemudian balik rumah untuk bersihkan diri dan bersiap sebab TW berhajat nak ke IKEA pula. Sebelum ni ML pernah bawa TW sekali ke sini, sebab tu TW nak datang lagi. TK pun tak banyak cerita, ikut je.




Dah dapat barang yang dicari, perut pula berkeroncong minta diisi. Hajatnya nak bawa TK & TW makan di restoran Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail tapi tutup pula. Masjid Al-Ghufran ni selalu masuk TV kerana keunikkan fungsinya. Tingkat atas adalah penginapan yang disewakan, tingkat tengah adalah ruang solat dan tingkat bawah adalah restoran. Masjid ni selalu juga masuk TV3. Dari situ, terpaksalah kami melencong ke kawasan sekitar TTDI juga untuk mencari tempat makan. Akhirnya kami singgah di sebuah restoran yang menyediakan masakan dari seberang. Sesi mengimbau kenangan makan di Medan dulu nampaknya.


Sebelum

Selepas...Alhamdulillah

Es jeruk ~ biasa je, macam air limau

Tersandar kekenyangan

Licin nasi sepinggan + bahagian TW yang tak habis

Masa ni, AyahChik tak ikut sekali sebab ada tournament paintball di Gombak dengan kawan-kawannya. Kami jumpa di rumah ML je. Lepas rehat-rehat kejap, kami berempat keluar ke Kajang pula sebab TK nak beli baju di KAMDAR. Alkisahnya sebelum ni dah pernah beli baju tu (yang TK pakai dalam gambar atas tu) kat situ juga, jadi sebab selesa dipakai, TK nak beli lagi. Selagi terdaya, kami ikutkan saja. Maka ke Kajang lah kami untuk beli baju TK. Sudahnya TW pun sambar juga sehelai. TK pula sambar 4 helai alang-alang datang. Dari Kajang, masuk Bangi pula. TK sempat beli charger HP dia lagi. Destinasi seterusnya adalah The Mines sebab ML nak ke kedai alatulis dalam tu. Apa lagi, TW ambil peluang beli baju kat Reject Shop pula. Haha. Dalam pukul 8.20 malam, kami meninggalkan The Mines dan sempat singgah di restoran berhampiran ML untuk makan malam. Pagi esok, TK & TW akan bertolak pulang ke kampung. Sob2. Nasib baik AyahChik cuti esok. Bolehlah tolong tunjukkan jalan pada TK sehingga ke Tol Gombak sebab esok ML kena kerja.