Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 3, 2011

Jom Riadah!

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi ini ML ajak To'Ki (TK) & To'Wan (TW) untuk aktiviti riadah di Taman Putra Perdana, Putrajaya. Kami sampai di sana jam 8 pagi dan kelihatan masih belum ramai pengunjung yang datang ke situ. Alhamdulillah TK & TW dapat menghabiskan laluan trek tanpa sebarang masalah malah TK bukan main laju lagi meninggalkan kami. ML sebenarnya boleh je nak pecut tapi kena la tunggu TW kan. Haha.

TW yang bersemangat nak jogging

Turun bukit

Nampak tak TK jauh berlari tinggalkan kami?

Posing jap

Amacam geng, tak tercabar ke?

Ok, 1 2 3 mula!

Rehat jap

Amat seronok dapat mengeluarkan peluh. Badan pun terasa lebih sihat. Bersemangat TW nak jogging lagi kat kampung nanti katanya.

No comments:

Post a Comment