Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 25, 2011

Percutian Ke Tasik Kenyir

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warga Bakarians,

Sukacita dimaklumkan bahawa percutian ke Tasik Kenyir selama 2 hari 1 malam akan diadakan pada 29 hingga 30 Mei 2011 (cuti persekolahan bermula pada 28 Mei 2011). Tempat penginapan yang dipilih adalah Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir kerana layak mendapat harga istimewa untuk kakitangan Kerajaan. Setakat ini, penyertaan kepada Bakarians masih dibuka dengan kadar penginapan akan ditanggung sepenuhnya oleh MakLong. Walau bagaimanapun, Bakarians yang ingin menyertai percutian ini perlu menyediakan bayaran bagi tambang bot (anggaran RM5/seorang) dan BBQ pada malam tersebut serta aktiviti sampingan lain yang diminati.






Secara kasarnya, antara Bakarians yang telah menunjukkan minat untuk hadir adalah:

1. To'Ki & To'Wan (wajib!)
2. AyahNgah & Family
3. MakLong
4. MakTeh
5. AyahChik

Kepada yang ingin turut serta, sila maklumkan kepada MakLong dengan kadar segera kerana tempat penginapan adalah terhad dan setiap keluarga hanya diperuntukkan 1 unit bilik sahaja. Untuk percutian kali ini, 1 unit banglo 3 bilik dan 1 unit banglo 2 bilik telah ditempah.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat sewaktu di sana adalah:
  1. Berkayak
  2. Mandi Air Terjun
  3. Melawat Taman Herba
  4. Melawat Santari Kelah
  5. Memancing - amat sesuai untuk kaki pancing seperti AyahNgah. Sila bawa joran sendiri ye.
  6. Jungle Tracking
  7. Hari Keluarga
  8. BBQ
Selamat bercuti!

No comments:

Post a Comment