Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 30, 2011

Lat Kg Boy The Musical (LKBTM)

Bismillahirrahmanirrahim...

ML dapat 2 keping tiket percuma tajaan Sapura untuk menonton LKBTM di Istana Budaya. Maka MT dipelawa turut serta. Tepat jam 7.45 malam kami sudah siap sedia di sana. Sempatlah makan malam sebelum memasuki dewan. Seat kami betul2 mengadap stage, seat VIP :D







Hans Isaac, pengarah yang kacak

Seriously, it was fun and we really enjoy watching the show. Awie a.k.a Usin sangat best & kelakar, Jalil Hamid a.k.a Apak yang sangat sporting, Omar Abdullah a.k.a Pak Samad yang sangat selamba dan kanak-kanak yang sangat comel. Paling best, Hans Isaac yang sangat hensem :)

Pesan Apak, kerja siang jangan sampai berlarut sehingga malam...

Monday, March 28, 2011

Wajah Baru

Bismillahirrahmanirrahim...

Selepas 2 bulan lebih berulang-alik ke bengkel, akhirnya To'Ki boleh tersenyum lebar. SA9813W sudah berwajah baru. Sukanya dia...



Wednesday, March 23, 2011

Kembara 2011: Kuching, Sarawak

Bismillahirrahmanirrahim...

Dear warga Bakarians,

Pelawaan menyertai kembara ke Kuching, Sarawak pada 16 - 18 September 2011 ini. Tempahan tiket adalah melalui AirAsia dengan kadar bayaran antara RM150-RM200 seorang bagi perjalanan pergi balik. Kadar sebenar tiket adalah bergantung kepada tempoh promosi yang boleh berubah bergantung kepada kekosongan. Setakat ini, status penyertaan yang telah disahkan adalah seperti berikut:

1. To'Ki & To'Wan - Ticket Confirmed (Automatik!)
2. BaAn & Family - Ticket Confirmed
3. MakLong - Ticket Confirmed
4. MakTeh - Ticket Confirmed
5. BaMa & Family - Will be confirmed on 25th March 2011

Kepada yang masih berminat, boleh cuba menyemak kadar tiket di laman AA. Setakat hari ini, tiket yang sama dengan tarikh dan waktu yang ditempah masih ada cuma ada sedikit perbezaan dalam RM10-RM20 sahaja.

As for the travel itinerary, as usual, it is not finalized yet and will be discussed later based on the surveys done either through Internet or words or mouth.

Jom kembara!

Tuesday, March 22, 2011

Masjid Besi @ Masjid Sultan Mizan, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim...

Semasa tengah data cleaning notebook, terjumpa gambar2 ni. Lupa bila keluar dengan 2 orang budak ini (Akid & Akif) tapi rasanya tahun lepas. Berhenti sekejap di Masjid Besi untuk solat.








Monday, March 21, 2011

Percung Perlu, Angin Katak Puru, Tahi Kera

Bismillahirrahmanirrahim...

20 Mac 2011 - To'Ki, To'Wan, MakLong & MakTeh 'percung perlu' ke Chendering menjenguk The 3 Stooges. Kebetulan Adam baru balik dari sekolah. Kami singgah sekejap je sebab ML & MT perlu balik ke KL pula. Di sana, ada seorang budak bam-bam yang 'angin katak puru' nak berjalan. Akhirnya, bergayut pada To'Ki.





Mulanya, ML nak bergambar dengan bam-bam je, tapi si abang-abangnya nak 'menyeper' jua.



Sebelum balik pula, To'Wan telah dihadiahkan tahi kera oleh Adeef. Busuk kohong kereta MT. Kui2. 

Sunday, March 20, 2011

Ikan Bakar Kuala Dungun

Bismillahirrahmanirrahim...

Kami tidak pernah tahu yang sebuah kawasan ikan bakar telah dibangunkan berdekatan jeti Kuala Dungun. Jadi bila abah ajak ke sana, kami terus setuju. Tak lupa, SuYah turut serta diajak.

salah sebuah kedai di situ

pilih sendiri ikan/udang


ikan siakap masak stim

ikan barat bakar






Secara keseluruhannya, rasa masakan biasa saja dan masih boleh ditambahbaik tapi peluang perlu diberi kerana ini tempat baru dan sekurang-kurangnya ada tarikan baru di bandar Dungun.

Saturday, March 19, 2011

Kota Singa (11-13 Mac 2011)

Bismillahirrahmanirrahim...

We had a short trip to Singapore on 11-13th March 2011. We went by train from KL Sentral and fly back by Tiger Airways to KL. It was such a good experience and hoping to go again with To'Ki and To'Wan.

in the train

waiting for imigration clearance

railway station tanjung pagar










Wednesday, March 16, 2011

Khabar PakSoo

Bismillahirrahmanirrahim...

MakLong terima SMS daripada PakSoo memaklumkan yang dia sihat daripada virus yang riuh diperkatakan melanda PULAPOL sekarang. Malah sudah dikeluarkan daripada tempoh kuarantin. Sebelum ini MakLong dah hadir sendiri ke PULAPOL dan memang dah diberitahu yang PS tidak tersenarai dalam nama pelatih yang dimasukkan ke HKL.

Alhamdulillah.

Wednesday, March 2, 2011

Visit to KL Tower

Bismillahirrahmanirrahim...

Usai urusan menghantar PakSoo untuk lapor diri di PULAPOL, Jalan Semarak, kami menuju ke KL Tower. Ini merupakan kunjungan kami yang pertama ke sini. Kadar tiket bagi dewasa adalah RM38/seorang dan bagi Kanak-Kanak/Warga emas adalah RM28/seorang. Bagi kadar tersebut, kami boleh menikmati pemandangan bandaraya KL dari ketinggian 421 meter, F1 simulator, pony ride (berat 65kg ke bawah sahaja boleh naik kuda) dan memasuki Animal Zone @ Mini Zoo.

Tiket - sangat penting disimpan sehingga akhir lawatan

Sayup nun di atas

Dalam lif - dalam masa 58 saat, kami tiba di puncak

Untuk penerangan, sila dengar sendiri alat visual audio yang dibekalkan. Dengarlah sampai lebam pun, tak ada orang nak marah

Siapakah gadis gedik ini? Looks familiar

Vroom2 - F1 simulator, try juga seround tapi seat terlalu jauh dari pedal

Cowboy Girl

Cowboy Man with His Mem

Sama kan muka mereka berdua - auww cak! reunion saudara jauh

Kura-kura gergasi - MakTeh sedang menyerap aura kura2 itu supaya kura2 peliharaan dia pun akan jadi besar macam tu juga

Tikus Belanda - beranak di Malaysia, rupa macam anak b*b* huhu
Overall, it's a good visit for a first-timer like us. We enjoyed it!