Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 31, 2010

Ulangtahun Kelahiran - Disember

Bismillahirrahmanirrahim...

Senior:

1. BaAn @ AyahNgah
2. Kak Syima @ Che De
3. Adik Chah @ PakSoo

Junior:

1. Hazirah
2. Hazim

Baarokallahu a'laikum...

Tuesday, December 28, 2010

Sekadar Mengingatkan

Salam warga Bakarians,

2010 bakal melabuhkan tirainya. Sudahkah anda menunaikan kewajipan membayar zakat pendapatan? Jika sudah, Alhamdulillah semoga penat lelah kita diberkatiNya. Namun jika belum, masih belum terlambat, baki waktu masih tersisa.

Bak kata seorang sahabat, 'jika kita mampu mengasingkan sejumlah wang untuk membayar langganan astro, kenapa kita tidak mampu mengasingkan wang setiap bulan untuk membayar zakat pendapatan?'

Ayuh sama-sama sucikan harta!

Sunday, December 19, 2010

Serah Kunci

Bismillahirrahmanirrahim...

Secara rasminya, kunci rumah sewa Keramat telah diserahkan kepada Tuan Haji Abu Bakar pada jam 11.00 pagi tadi.

Wassalam.

Wednesday, December 15, 2010

kalu berminat leh la sama2 kongsi beli tanah ni.. 2 ekar belah 12 x rm 45k se lot = rm 540k pahtu tolak modal 130+pecah lot =rm150k...jumlah bersih untung rm 390k... ada brannnn???


Tanah 2ekar di tepi jalan che lijah dungun

Advertised by Cikguyie 14 Oct 17:38. List-ID: 7407094. Manage

Price: RM 130 000 Size: 7000 sq.ft.
Type: Commercial Properties
Title type: Freehold Tenure: -


SALAM SATU MALAYSIA
TANAH KELUASAN LEBIH KURANG 1.999EKAR
BETUL - BETUL TEPI JALAN CHE LIJAH - BUKIT BESI
BERDEKATAN SEKOLAH,MASJID,PERKAMPUNGAN,BALAI RAYA DAN PRASARANA YANG LAIN
7KM DARI BANDAR DUNGUN
HARGA RM130K..

Tuesday, December 14, 2010

Kereta Volvo V40 2.0T untuk dijual












V40 2001 manufactured,2001 registered.
wagon/estate body

phase 2.0
5 speed auto

-all standard
-colour: light brown
-240 000 km
-regularly serviced by Volvo specialists,mostly in KL
-6 airbags
-ABS,DSA
-original leather
-original sound system:6 speakers+1 subwoofer with 10 disc changer
-original 15 inch alloys with 205/55 Michelin Premacy LC (not original size tyres)

Bought second hand in 2008, with 90 000 km. (state kat meter panel-ori KM tak tau)
Serviced, replaced part whatever needed, new engine, sprayed a new colour(original colour is red maroon).

My comment
+ve
very good high speed stability,
very confortable seat,
good fuel consumption for high speed long distance,
excellent long distance car,
very good sound system,above average even for current generation continental car,
wagon=practical

Car is in K.Terengganu. Also Can view in Dungun

Kereta dah buat major servis. almost 20K for this 2010 year
One VVIP owner

Harga : RM47k
(highly negoosssss)

saman trafik

salam sejahtera buat bloggers semua..

tadi jam 9.30 pagi, ayah de dah pegi melunaskan hutang sama trafik yang berjumlah 220..00 di pejabat pos giant kuala terengganu. senang sungguh nak bayar. tekan ajer no. terus panggil ke kaunter. situasi ni tak sama macam di pejabat-pejabat polis trafik. semua dengan penuh tekun beratur walaupun berada dibawah panas mentari. semata-mata kerna nak dapat diskaun saman. padahal banyak lagi tempat tempat pembayaran yang boleh dibuat cthnya. pejabat pos, kaunter JPJ, My EG. Tapi mereka-mereka ini tidak pergi. tak tahu lah kenape? ayah de pegi bersama rakan pejabat. 3 orang jer. Sorang tu samannya jumlah rm 150.00 jer dan seorg lagi ada 12 saman nak kene bayar.. lembik tekok tengok. last bayar 6 sama ajer dulu. nasib la ayah de pemandu yang berhemat juga. tahun 2006 sekali tahun 2009 sekali. tu pon sbb terlebih sket jer. hampeh betul. pak polisi tak kompromi langsung. dah nak nk kene nak wat camner lagi. bayor je la. ayah ngah dengar citer best jugak membayar. dua kali pegi ke pejabat pos. semangat sungguh. tup tup abis gak rm1000... haa..haa... ayah ngah lain kali kene waspada tang flight over ngan jalan selekoh. Pak polisi selalu cari makan kat situ. ok la. kepada sesaper yang belom bayar lagi, hari last day dapat diskaun 50%.. esok dah 30%.. kata pak polisi la.. tak tau la kot-kot esok masih lagi 50% sbb dalam akhbar pon dah bising bagi tempoh singkat sangat. Tapi kot2 mana pon untung juga pak polisi. Modal hanya kertas sekeping jer. dapat income beratus juta ringgit. best..best... ok adios....

Thursday, November 25, 2010

K4B: NDBB - Potret Lagi

Susu segar diproses dan dibungkus

Mana lembunya? Cuba tengok betul2

Di hadapan Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd

Kilang Memproses Susu

Kinabalu Park

Tolong Kami

Pasar Filipino

Sila namakan spesies makanan laut ini

Kampung Nelayan

Mari2 Cultural Village

To'Ki mencuba sumpit

Giliran kami membuat persembahan

Adam, u rock...beria to'wan & to'ki, mula2 mcm takut2 je nak masuk hehe

Monday, November 22, 2010

K4B: NDBB - Mari Belajar Bahasa

Bismillahirrahmanirrahim...

Situasi:
4B dalam perjalanan ke Kundasang. Dalam perjalanan, MakLong ternampak sebuah gerai yang dikerumuni oleh ramai orang. MakLong terperasan ada papan tanda menunjukkan makanan yang dijual tetapi tidak sempat membacanya lalu dirujuk kepada MakTeh.

MakLong: Eh MakTeh, gerai tu jual apa tu ye? U nampak tak signboard tadi?

MakTeh: Pau Panas kot.

MakLong: Yeke? I tengok macam panjang je ejaannya. Takkan pau panas plak.

MakTeh: I nampak perkataan panas. Yela tu.

Tiba-tiba En.Mahadi menyampuk,

En.Mahadi: Itu sinalau bakas. Sinalau tu panggang. Bakas tu babi hutan.

MakLong: Hah, ambik ko MakTeh. Banyakla ko punya pau panas. Sinalau bakas sungguh!


Hahahaha.

p/s: MakTeh, nak amplang? Ke nak pelempang?

K4B: NDBB - Potret

Bismillahirrahmanirrahim...

Jom layan gambar!

Jambatan Tamparuli
Seperti biasa, To'Wan gayat tetapi berjaya juga menyeberanginya

Dinner di Kinabalu Pines Resort...melantak sakan

Lepak2 di beranda...sejuk bangat

Berlatarbelakang Gunung Kinabalu

Geli...fish spa

Ikan yang sangat jinak, makan di tangan To'Ki

MakTeh: Ni kalau kita tuba ikan2 ni ok jugak ni abah
To'Ki: Orait, bijak kepala otak MakTeh ni. Malam ni ON projek

Destinasi wajib, Sabah Tea Garden

Singgah di Poring Hot Spring...gaya seorang To'Ki

MakTeh, kirim salam kat mamat sebelah tu ye. Pemalu betul.

Canopy Walkway, sepanjang 250m

Siapa cakap Mamut tak glemer?

Ladang lembu...susu segar dari ladang

Sunday, November 21, 2010

K4B: NDBB - Fasa 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Malam tadi kami makan malam di restoran tempat kami menginap. Menyeronokkan apabila hidangan adalah secara ala carte. Apa lagi, kami belasah cukup-cukup sehingga kelihatan seperti lebih 4 orang yang makan. Menunya, steamboat, nasi goreng, bihun goreng dan ikan masam manis. Memang berbaloi. Mungkin kerana lapar dan hidangan yang disediakan menepati selera, To'Ki berjaya menghabiskan sepinggan nasi goreng yang sepinggan 'dadang' kuantitinya. Bahagian paling best sudah tentulah steamboat. Kami belasah hingga hampir licin sayur mayur dan makanan laut yang amat segar. Penyudahnya, perut kami 'see'h' yang amat. Pengalaman kembara kami ke Medan sebelum ini, makanan sudah sedia dihidangkan mungkin kerana bilangan yang ramai tetapi kali ini kami hanya berempat, kami bebas membuat pilihan makanan. Ini sudah bagus.

Usai makan malam, kami ke mini kedai membeli sedikit barang keperluan dan To'Ki sempat membeli sehelai baju sejuk sebagai kenangan. Kesejukan memang jelas terasa dan mencengkam tulang temulang. Jauh lebih sejuk dari Cameron Highlands. Tiada aktiviti pada waktu malam kerana kami sudah keletihan melalui perjalanan sepanjang hari. Tidur malam memang cukup selesa. Tanpa penghawa dingin, kesejukan semulajadi dikelilingi pokok-pokok Pines sungguh menyamankan.

Di sini, waktu Subuh masuk pada jam 4.45 pagi dan Syuruk pada jam 6.05 pagi. Memang menggigil untuk bangun solat Subuh. Mujur ada bekalan air panas di dalam bilik air. Pagi ini kami akan bersarapan pada jam 7.00 pagi dan kembara jelajah Kundasang akan dimulakan. Tidak sabar rasanya mengunjungi tempat-tempat menarik yang dijanjikan oleh ejen.

Semoga kembara kami pada hari ini dipermudahkan-Nya jua.

Saturday, November 20, 2010

Kembara 4 Beranak: Negeri Di Bawah Bayu

Bismillahirrahmanirrahim...

(4 beranak: To'Ki, To'Wan, MakLong, MakTeh)

Tepat jam 11.10 pagi, pesawat AK5124 berlepas dari LCCT menuju ke Kota Kinabalu. Perjalanan memakan masa selama lebih 2 jam. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan ketibaan kami disambut oleh En.Mahadi yang akan menemani sepanjang 3 hari berada di bumi Sabah. Kami dibawa dalam sebuah van menuju ke destinasi pertama iaitu Kundasang. Perjalanan sememangnya cukup mencabar berikutan keadaan muka bumi yang berbukit bukau ditambah pula cuaca yang kurang baik selepas kami singgah di Jambatan Tamparuli. Perjalanan ke Kundasang turut memakan masa hampir 2 jam dan kami bertemu dengan kemalangan yang baru sahaja berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu lori menyebabkan 2 buah bas terbabas. Lebih menarik, pemandu lori terbabit telah melarikan diri dengan menumpang lori lain yang turut lalu di laluan berkenaan.  

Kami tiba di Kinabalu Pine Resorts pada jam 5.30 petang dan terus mendaftar masuk kerana belum menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Agak tergesa-gesa juga sebenarnya kerana waktu Maghrib di sini masuk pada jam 6.01 petang. Malah suasana sudah menjadi gelap walaupun jam baru menunjukkan pukul 6.30 petang. Kini kami sedang merehatkan diri sementara menunggu waktu untuk makan malam dan meneruskan aktiviti dengan ditemani oleh En. Mahadi.

Thursday, November 11, 2010

Transformasi

scene 1: Membuka bungkusan plastik sebaik sahaja tiba.

scene 2: Siap disusun.

scene 3: Akhirnya.

scene 4: Kipas baru, sumbangan Ayah Ngah. Tqvm.


scene 5

Sunday, October 24, 2010

10/10/10: Restoran Black Canyon, Jusco AU2

Bismillahirrahmanirrahim...

Tukang Makan - MakTeh, AyahChik, PakSoo
Tukang Bayar - MakLong :)







15/09/2010: Masjid Kristal

Bismillahirrahmanirrahim...

Anggota Rombongan: TokWan, MakLong, MakTeh, MakNgah, Haziq, Hazim




"Saje nak tunjuk kereta MakLong hehe"