Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 20, 2010

Kembara 4 Beranak: Negeri Di Bawah Bayu

Bismillahirrahmanirrahim...

(4 beranak: To'Ki, To'Wan, MakLong, MakTeh)

Tepat jam 11.10 pagi, pesawat AK5124 berlepas dari LCCT menuju ke Kota Kinabalu. Perjalanan memakan masa selama lebih 2 jam. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan ketibaan kami disambut oleh En.Mahadi yang akan menemani sepanjang 3 hari berada di bumi Sabah. Kami dibawa dalam sebuah van menuju ke destinasi pertama iaitu Kundasang. Perjalanan sememangnya cukup mencabar berikutan keadaan muka bumi yang berbukit bukau ditambah pula cuaca yang kurang baik selepas kami singgah di Jambatan Tamparuli. Perjalanan ke Kundasang turut memakan masa hampir 2 jam dan kami bertemu dengan kemalangan yang baru sahaja berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu lori menyebabkan 2 buah bas terbabas. Lebih menarik, pemandu lori terbabit telah melarikan diri dengan menumpang lori lain yang turut lalu di laluan berkenaan.  

Kami tiba di Kinabalu Pine Resorts pada jam 5.30 petang dan terus mendaftar masuk kerana belum menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Agak tergesa-gesa juga sebenarnya kerana waktu Maghrib di sini masuk pada jam 6.01 petang. Malah suasana sudah menjadi gelap walaupun jam baru menunjukkan pukul 6.30 petang. Kini kami sedang merehatkan diri sementara menunggu waktu untuk makan malam dan meneruskan aktiviti dengan ditemani oleh En. Mahadi.

No comments:

Post a Comment