Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 27, 2009

Jom ke Gedung Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim...

25 dan 26 April 2009:
2 hari berturut-turut MakLong, MakTeh, AyahCheek dan PakSoo mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC.
25 April 2009, kami bertolak agak lewat ke PWTC iaitu pada jam 5.30 petang menyebabkan kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat dan mencari buku-buku yang dikehendaki. Oleh itu, kami telah berjanji untuk datang lagi pada keesokan harinya. Meskipun kami tiba agak lewat, orang ramai masih lagi membanjiri deretan booth yang berada di ruang legar PWTC.

Dalam perjalanan ke PWTC



Selesai melihat-lihat keadaan, kami bertolak pulang pada jam 6.30 petang dan menunaikan solat Maghrib di Masjid Amr Al-As, Sentul. Sebelum bertolak pulang, kami sempat makan malam di salah sebuah kedai berhampiran rumah AyahCheek dan PakSoo.
Licin...lapar agaknya

26 April 2009, seperti biasa kami menghadiri kelas pengajian di Masjid Tengku Kelana Jaya pada jam 9.00 - 11.00 pagi. Selesai pengajian, kami bergerak ke Giant Kelana Jaya untuk mengisi perut dan seterusnya meneruskan agenda kami untuk berkunjung ke Pesta Buku sekali lagi. Suasana memang sesak dengan kehadiran para pengunjung memandangkan hari ini merupakan hari terakhir pesta berlangsung. Semua warga kota mengambil peluang mengisi waktu cuti dengan membawa anak-anak mengunjungi Pesta Buku. Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan tempat letak kereta dan meneruskan misi mencari buku yang terpaksa dihentikan semalam. Kunjungan dan pencarian kami ternyata berbaloi kerana menemui buku yang dcari.
Makan Tengah hari di Food Court Giant Kelana Jaya

Pintu masuk tempat letak kereta Hentian Putra

Raihan Rangers

MakLong dan AyahCheek
Kami meninggalkan Pesta Buku sekitar jam 3.00 petang memandangkan kami belum menunaikan solat Zuhur lagi. Kami akhirnya berkunjung sekali lagi ke Masjid Amr Al-As untuk menunaikan kewajipan dan meneruskan perjalanan ke kedai perabut di sekitar Gombak.
Dalam perjalanan, kami sempat singgah minum petang di salah sebuah kedai kopi di Danau Kota, Setapak. Warung KopiKita namanya. Sungguhpun makanan yang dihidangkan boleh dikategorikan sebagai memuaskan hati tetapi layanan yang kami terima sungguh hambar. Ketibaan kami ke kedai tersebut disambut oleh pelayan yang hanya duduk sahaja tanpa sapaan membiarkan kami sendiri mendapatkan tempat duduk. Sungguh mengecewakan!
Roti Bakar

Kopi Ais...terlampau kaw sehingga pahit

AyahCheek dan asam laksa

Waffle MakTeh


Kerabu Maggie...Hidangan yang baru dikenali

Selesai minum petang, kami meneruskan agenda untuk mendapatkan sebuah katil dengan harga berpatutan untuk MakTeh. Puas berlegar-legar kami akhirnya singgah di salah sebuah kedai perabut di Gombak. Alhamdulillah, akhirnya katil yang dicari telah ditemui dengan harga berpatutan. Mujurlah katil tersebut boleh dimuatkan dalam kereta MakLong untuk dihantar pulang ke rumah sewa MakTeh.
Kami akhirnya solat Asar di Masjid Bandar Manjalara sebelum bertolak pulang ke rumah masing-masing.

Monday, April 20, 2009

UlangTahun Kelahiran - BaHa @ Ayah De

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat UlangTahun Kelahiran ke 31
buat BaHa @ Ayah De

(Bersama Adam dan Adeef)


Semoga dirinya dan keluarga terus dilimpahi kerahmatan dan keberkatan-Nya jua
Aamiin...
- Bakarianz -

Siapa Nak Bayar?







Pagi tadi, selesai kuliah di Masjid Tengku Kelana Jaya Putra, kami (MakLong, MakTeh, AyahCheek, PakSoo) ke Secret Recipe yang terletak dalam Giant Kelana Jaya. Perut kami memang kosong dan berkeroncong minta diisi kerana kami tidak sempat bersarapan. Rancak menempah dan menghabiskan makanan, tiba masa dinanti. Bil dihantar. Wow!
Siapa nak bayar? Jumlahnya memang memeranjatkan kami tetapi apakan daya, terpaksalah kami bayar juga kerana makanan telah dihabiskan. Sambil tersengih-sengih kami menjelaskan jumlah tersebut. Rasakan, gatal sangat nak ke Secret Recipe.
Wow!

Sunday, April 19, 2009

Kepulangan Yang Dinanti (Kenduri Doa Selamat) - Episod Akhir

Bismillahirrahmanirrahim...

12 April 2009:
Jam 3.00 petang, kami bertolak serentak dari kampung menaiki 3 buah kenderaan (CBF1803, PUTRAJAYA3217, WQS8897) menuju ke destinasi masing-masing. Seperti biasa, dalam perjalanan kami sempat singgah di Kemaman untuk membeli keropok lekor.



Berhenti solat seketika

Perjalanan diteruskan...

Adeef dan AyahCheek

Adeef manja...

MakLong, Adeef dan AyahCheek
Alhamdulillah kami tiba di destinasi masing-masing dengan selamat. Semoga kepulangan kami dirahmati-Nya jua.

Sunday, April 12, 2009

Kepulangan Yang Dinanti (Kenduri Doa Selamat) - Episod 1

Bismillahirrahmanirrahim...

10 April 2009:
Ayah De & keluarga, MakLong bertolak pulang menaiki SX4 Sedan milik MakLong lebih kurang pada jam 11.00 malam. Perjalanan lancar dan kami tiba di kampung lebih kurang jam 3.30 pagi. Sesampai di kampung, aktiviti pertama yang dibuat sudah tentulah menyambung tidur. Hehe...
Kenduri pada kali ini sebenarnya boleh dikatakan agak tergesa-gesa (adhoc). Ini kerana kambing peliharaan To'Ki yang bersaiz besar telah sakit dan perlu disembelih dengan segera. Maka kesemua Bakarianz yang ada dikerah pulang untuk menyumbangkan keringat dan tenaga menjayakan kenduri doa selamat dan arwah untuk nenek moyang yang telah kembali kepadaNya.

Sebaik disembelih...

Usahasama Ayah De dan Che De menggantung kambing untuk dilapah kulit...Adam jadi mandur

Mandur semakin memberanikan diri

"Adam, marilah pegang kambing ni," kata Mama
Dalam kesibukan membersihkan kambing yang telah disembelih untuk dilapah, MakTeh dan PakSu tiba dengan menaiki motosikal milik AyahLong. Konon-konon perasan Awie dan Erra Fazira la tuh...eiii tak kose!

'Erra' yang sakit buntut naik motosikal dan 'Awie' yang kurus kering

Sesi melapah daging kambing...Adam tetap pegang takhta jadi mandur
Sesi menyiat kulit kambing dilakukan oleh kawan To'Ki yang lebih dikenali sebagai Datuk Ngah (polis pencen) dan jiran kami, Pak Usop.

Para wanita menyediakan ramuan masakan
Lebih kurang jam 7.00 malam, AyahNgah dan keluarga tiba dari Chini, Pahang dan AyahCheek pula tiba jam 8.00 malam. Tanpa membuang masa, segala tenaga yang ada dikerah untuk menyempurnakan majlis tersebut. Para tetamu dijangka akan membanjiri rumah kami selepas selesai menunaikan solat Isyak di masjid berdekatan di mana To'Ki bertugas sebagai imam.

Adeef dalam rangkulan Aqilah dan Afifah

Yeah, Adeef dah pandai naik basikal

Adam dan Adeef ngada-ngada dengan PakSu

Dengan AyahCheek pulak
Majlis dimulakan dengan solat hajat oleh para tetamu lelaki yang hadir dan diteruskan dengan bacaan selawat serta doa memohon kesejahteraan dunia dan akhirat, Aaamiin.

Solat Hajat
Selesai solat hajat dan bacaan doa, hidangan terus disediakan kepada para jemputan yang hadir. Kebanyakan yang hadir adalah para jemaah di masjid berdekatan yang sering hadir menunaikan solat yang diimamkan oleh To'Ki. Kami sudah menjangkakan kehadiran akan sentiasa melebihi jumlah yang dianggarkan. Entah kenapa setiap kali kami mengadakan kenduri, itulah situasi yang perlu dihadapi. Mungkin ada Bakarianz yang boleh memberikan pendapat tentang perkara ini, hehe...
Kepenatan memang jelas tergambar pada wajah-wajah Bakarianz kesan perjalanan jauh dan keterbatasan waktu yang ada, ditambah pula kenduri diadakan berkonsep hidangan. Kalau diikutkan hampir semua kenduri yang kami hadiri di rumah orang lain telah menggunakan konsep buffet untuk mengurangkan kepenatan membersihkan peralatan dan perkakas yang telah digunakan serta pada masa yang sama perlu melayan tetamu.
Pada masa-masa akan datang, konsep buffet akan digunakan sekiranya mengadakan kenduri demi keselesaan bersama. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban menyediakan hidangan dan membersihkan perkakasan yang digunakan.

Hidangan utama: Gulai kambing, sayur kacang, kerabu mangga dan paceri nenas

Lauk pauk untuk dihidangkan

Menyelerakan

Adeef lapar ke?

Silakan menjamu selera, terima kasih kerana datang

MakNgah dan MakLong berusaha keras membasuh pinggan, meski kepenatan hati tetap puas

Melayan sanak-saudara yang hadir

Alhamdulillah kesemua lauk pauk yang disediakan berjaya dihabiskan oleh jemputan yang datang. Yang tinggal cuma saki-baki untuk dijadikan sarapan kami pada pagi esoknya.
Aktiviti pembersihan dan pengemasan terus dijalankan oleh Bakarianz sebaik selesai majlis memandangkan kami tidak mempunyai masa yang banyak kerana kami akan bertolak pulang ke destinasi masing-masing pada keesokkan harinya. Bakarianz memang kepenatan dan terbongkang dengan jayanya selepas selesai aktiviti-aktiviti tersebut.

Esok? PakSu perlu menghadiri temuduga di Kuala Terengganu pada jam 4.00 petang. Jadi kami masih belum merancang jadual perjalanan pulang ke destinasi masing-masing. Tunggu!

Thursday, April 9, 2009

Safarul Iman - Fasa 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, Bakarianz (MakLong, MakTeh, AyahCheek, PakSu) telah berjaya mengikuti kelas umrah pada 5 April 2009 bertempat di Masjid Tengku Kelana Putra, Petaling Jaya. Walaupun pada awalnya kami menghadapi kesukaran untuk menemui lokasi masjid tersebut tetapi berkat usaha mencari dengan bersungguh-sungguh, kami telah berjaya menemuinya.
Bagi sesi pada kali ini, tajuk yang disampaikan adalah berkisar mengenai soal kesihatan sebelum berkunjung dan sewaktu berada di Tanah Suci kelak. Kelas berjalan selama dua (2) jam dan tamat lebih kurang jam 11.15 pagi.

Jemaah Wanita...

AyahCheek dan PakSoo khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

Jemaah meninggalkan masjid selepas selesai sesi ceramah

Sebelum bertolak pulang, kami sempat singgah di Giant Kelana Jaya untuk makan tengah hari.
Semoga kunjungan kami diberkatiNya jua dalam meniti hari menghitung waktu menuju ke rumahNya insyaAllah pada 3 Jun 2009 kelak.