Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 27, 2009

Jom ke Gedung Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim...

25 dan 26 April 2009:
2 hari berturut-turut MakLong, MakTeh, AyahCheek dan PakSoo mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC.
25 April 2009, kami bertolak agak lewat ke PWTC iaitu pada jam 5.30 petang menyebabkan kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat dan mencari buku-buku yang dikehendaki. Oleh itu, kami telah berjanji untuk datang lagi pada keesokan harinya. Meskipun kami tiba agak lewat, orang ramai masih lagi membanjiri deretan booth yang berada di ruang legar PWTC.

Dalam perjalanan ke PWTC



Selesai melihat-lihat keadaan, kami bertolak pulang pada jam 6.30 petang dan menunaikan solat Maghrib di Masjid Amr Al-As, Sentul. Sebelum bertolak pulang, kami sempat makan malam di salah sebuah kedai berhampiran rumah AyahCheek dan PakSoo.
Licin...lapar agaknya

26 April 2009, seperti biasa kami menghadiri kelas pengajian di Masjid Tengku Kelana Jaya pada jam 9.00 - 11.00 pagi. Selesai pengajian, kami bergerak ke Giant Kelana Jaya untuk mengisi perut dan seterusnya meneruskan agenda kami untuk berkunjung ke Pesta Buku sekali lagi. Suasana memang sesak dengan kehadiran para pengunjung memandangkan hari ini merupakan hari terakhir pesta berlangsung. Semua warga kota mengambil peluang mengisi waktu cuti dengan membawa anak-anak mengunjungi Pesta Buku. Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan tempat letak kereta dan meneruskan misi mencari buku yang terpaksa dihentikan semalam. Kunjungan dan pencarian kami ternyata berbaloi kerana menemui buku yang dcari.
Makan Tengah hari di Food Court Giant Kelana Jaya

Pintu masuk tempat letak kereta Hentian Putra

Raihan Rangers

MakLong dan AyahCheek
Kami meninggalkan Pesta Buku sekitar jam 3.00 petang memandangkan kami belum menunaikan solat Zuhur lagi. Kami akhirnya berkunjung sekali lagi ke Masjid Amr Al-As untuk menunaikan kewajipan dan meneruskan perjalanan ke kedai perabut di sekitar Gombak.
Dalam perjalanan, kami sempat singgah minum petang di salah sebuah kedai kopi di Danau Kota, Setapak. Warung KopiKita namanya. Sungguhpun makanan yang dihidangkan boleh dikategorikan sebagai memuaskan hati tetapi layanan yang kami terima sungguh hambar. Ketibaan kami ke kedai tersebut disambut oleh pelayan yang hanya duduk sahaja tanpa sapaan membiarkan kami sendiri mendapatkan tempat duduk. Sungguh mengecewakan!
Roti Bakar

Kopi Ais...terlampau kaw sehingga pahit

AyahCheek dan asam laksa

Waffle MakTeh


Kerabu Maggie...Hidangan yang baru dikenali

Selesai minum petang, kami meneruskan agenda untuk mendapatkan sebuah katil dengan harga berpatutan untuk MakTeh. Puas berlegar-legar kami akhirnya singgah di salah sebuah kedai perabut di Gombak. Alhamdulillah, akhirnya katil yang dicari telah ditemui dengan harga berpatutan. Mujurlah katil tersebut boleh dimuatkan dalam kereta MakLong untuk dihantar pulang ke rumah sewa MakTeh.
Kami akhirnya solat Asar di Masjid Bandar Manjalara sebelum bertolak pulang ke rumah masing-masing.

No comments:

Post a Comment