01 Mei 2009: MakLong, MakTeh dan PakSoo (selepas ini disebut kami) memulakan perjalanan dari KL lebih kurang jam 3.00 petang. Perjalanan pada kali ini agak tergesa-gesa dan telah disusunatur oleh BaAn @ AyahNgah yang tinggal di Pahang. Memandangkan MakLong telah berjanji untuk menghadiri kenduri yang berlangsung pada 02 Mei 2009 di Ayer Keroh, Melaka maka perjalanan terpaksa dimulakan sehari lebih awal dan bermalam di Tanjung Bidara, Melaka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokkan hari ke jeti di Mersing, Johor.
Atas ehsan BaHa @ AyahDe, kami dapat bermalam di Tanjung Bidara, Melaka yang kebetulan mengadakan reunion rakan-rakan UiTM di situ.
Tibadi Tanjung Bidara pada jam 7.00 malam, meletakkan barang-barang dan meneruskan perjalanan ke Ayer Keroh untuk menghadiri majlis akad nikah kawan MakLong. Majlis selesai pada jam 10.30 malam dan kami kembali ke Tanjung Bidara untuk merehatkan badan dan melelapkan mata.
02 Mei 2009: Seawal jam 7.30 pagi, kami memulakan perjalanan dari Tanjung Bidara menuju ke Mersing. Kami singgah di Stesen Kereta api Kluang untuk bersarapan di Kluang Rail Coffee dan meneruskan perjalanan kerana telah berjanji untuk berjumpa dengan keluarga BaAn pada jam 12.00 tengah hari dan bot dijangka bertolak pada jam 12.30 tengah hari.
Perjalanan dari jeti Mersing ke Pulau Tioman memakan masa hampir dua jam setengah. Kami berhenti di perhentian terakhir iaitu Kampung Tekek. Tempahan penginapan telah dibuat di salah sebuah unit kepunyaaan Peladang.
Selesai makan tengah hari, kami bertolak pulang ke destinasi masing-masing pada jam 3.30 petang. Dalam perjalanan, demi memenuhi keinginan MakTeh untuk makan roti bakar, kami singgah sekali lagi di Kluang Rail Coffee dan meneruskan perjalanan pulang ke KL.
No comments:
Post a Comment