Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 20, 2009

Sirih Pulang ke Gagang...

Bismillahirrahmanirrahim...

15 Mei 2009: Jam 10.00 malam, kami bertolak pulang ke kampung menaiki Suzuki SX4. Meski berdepan dengan kesesakan akibat sekatan jalan raya yang dibuat oleh Polis Trafik sebaik melepasi Tol Gombak, perjalanan kami Alhamdulillah lancar. Hasil kecekapan pemandu iaitu MakLong dan MakTeh, kami selamat tiba di kampung pada jam 4.30 pagi.

16 Mei 2009: Kami bergerak menuju ke Chendering, Kuala Terengganu untuk bergotong-royong membersihkan kuarters kediaman Baha @ Abah Adam yang telah ditugaskan di JKR Terengganu bermula awal April lalu. Keadaan rumah kuarters sungguh kotor dan sampah-sarap bertaburan di merata ceruk rumah. Pengotor! Itulah perkataan yang sesuai diberikan kepada penghuni rumah tersebut sebelum ini. Pun begitu, keluasan dan reka bentuk amat memuaskan hati bagi kediaman keluarga Baha kelak.


Pengotor!

Bersemangat Baha membersihkan rumah

Adam...macam-macam gaya di rumah baru

Rajinnya TokWan menyapu...kegembiraan seorang ibu dan nenek

Adam dan TokWan

Wah, rajinnya Adam menelaah

Berikutan keadaan rumah yang sangat kotor, kami mengambil masa yang lama untuk membersihkannya. Kerja-kerja pembersihan berterusan sehingga ke waktu malam dan kami tiba di Dungun pada jam 11.30 malam.

17 Mei 2009: Dengan keletihan yang masih bersisa, kami (MakLong, MakTeh, KakSyima, Adeef) bertolak pulang ke KL dan tiba pada jam 9.00 malam. i.e., sempat menonton SmallVille...:)

Adam tidak ikut pulang ke KL sebaliknya tinggal di kampung bersama Abah, Tokki dan TokWan.

Saturday, May 9, 2009

Ulangtahun Kelahiran Ke4: Adam Boy

Bismillahirrahmanirrahim...

6 Mei 2009: Kami berkunjung ke rumah Baha @ Ayah De untuk menyambut ulangtahun kelahiran Muhammad Adam Amin yang ke-4.
Penuh bersemangat Adam meniup lilin kek harijadi dan malu-malu apabila disuruh membaca doa.

Tiup Adam...

Jom Potong Kek

Adam Suap Adeef

Macam-macam gaya Adam ni

Aktiviti selepas makan-makan, kerjasama mantap menyepahkan mainan. Bahagianya hidup!
Buat Adam:
"Semoga membesar menjadi anak soleh yang memberi manfaat kepada kedua ibu bapa, agama, bangsa dan negara."


- Bakarianz -

Tuesday, May 5, 2009

Kembara Hikmah - Pulau Tioman

Bismillahirrahmanirrahim...

01 Mei 2009: MakLong, MakTeh dan PakSoo (selepas ini disebut kami) memulakan perjalanan dari KL lebih kurang jam 3.00 petang. Perjalanan pada kali ini agak tergesa-gesa dan telah disusunatur oleh BaAn @ AyahNgah yang tinggal di Pahang. Memandangkan MakLong telah berjanji untuk menghadiri kenduri yang berlangsung pada 02 Mei 2009 di Ayer Keroh, Melaka maka perjalanan terpaksa dimulakan sehari lebih awal dan bermalam di Tanjung Bidara, Melaka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokkan hari ke jeti di Mersing, Johor.
Atas ehsan BaHa @ AyahDe, kami dapat bermalam di Tanjung Bidara, Melaka yang kebetulan mengadakan reunion rakan-rakan UiTM di situ.

Sebelum memulakan perjalanan..
Tibadi Tanjung Bidara pada jam 7.00 malam, meletakkan barang-barang dan meneruskan perjalanan ke Ayer Keroh untuk menghadiri majlis akad nikah kawan MakLong. Majlis selesai pada jam 10.30 malam dan kami kembali ke Tanjung Bidara untuk merehatkan badan dan melelapkan mata.
Hantaran pengantin perempuan


02 Mei 2009: Seawal jam 7.30 pagi, kami memulakan perjalanan dari Tanjung Bidara menuju ke Mersing. Kami singgah di Stesen Kereta api Kluang untuk bersarapan di Kluang Rail Coffee dan meneruskan perjalanan kerana telah berjanji untuk berjumpa dengan keluarga BaAn pada jam 12.00 tengah hari dan bot dijangka bertolak pada jam 12.30 tengah hari.

Beratur menunggu giliran

PakSoo dan MakTeh

MakLong dan PakSoo

Di hadapan Pejabat Laut Mersing


Macam nak menetap di Pulau Tioman je


Beratur memasuki laluan menaiki feri

Memasuki feri

AyahNgah dan keluarga

MakTeh melantak dalam feri

MakLong dan PakSoo
Perjalanan dari jeti Mersing ke Pulau Tioman memakan masa hampir dua jam setengah. Kami berhenti di perhentian terakhir iaitu Kampung Tekek. Tempahan penginapan telah dibuat di salah sebuah unit kepunyaaan Peladang.
Selamat datang ke Pulau Tioman

Mendaftar masuk ke unit penginapan

RM35.00 sehala untuk seorang

Di hadapan unit penginapan

Satu-satunya kedai roti yang ada di kampung itu, beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7 malam dan menawarkan kepelbagaian roti yang menarik


Dengan bayaran sewa van sebanyak RM60.00, satu kadar yang kami rasa sangat mahal dan tidak berbaloi, kami dibawa ke Pusat Taman Laut Tioman yang terletak tidak jauh dari unit penginapan kami. Sudah tentulah aktiviti utama adalah berenang dan snorkeling, memerhati keindahan hidupan laut ciptaan Allah SWT.




Nur Aqilah Aminah

Sibuk memilih life jacket dan googles

Motif memakai life jacket sambil makan?

Hampir 3 jam bermain air, kami bersiap untuk kembali ke bilik masing-masing merehatkan diri dan bercadang untuk menyambung aktiviti bermain air pada keesokkan hari. Sebelum pulang, kami sempat bergamba dalam kawasan Taman Laut berdekatan.

Girang!

Girang lagi!

Benar pesan orang tua, terlampau suka boleh membawa duka. Malah paling nyata, manusia hanya mampu merancang, Dia jua menentukan. Petang itu, sekembali ke bilik, kami mendapat berita bahawa feri untuk perjalanan pulang telah penuh ditempah dan kami perlu menunda kepulangan ke hari Isnin. Masalah ni kerana kesemua kami akan bekerja pada hari Isnin. Kami resah dengan berita itu tetapi Alhamdulillah, dengan izinNya jua, kenalan MakLong telah berjaya membantu kami menaiki feri pada keesokkan harinya dan selamat tiba di jeti Mersing pada jam 1.00 petang. Sesungguhnya kembara pada kali ini penuh dengan hikmah dan pengajaran yang perlu diambil iktibar oleh setiap Bakarianz dalam merangka kembara pada masa akan datang.

Kembali tersenyum sebaik feri mendekati jeti Mersing




Selesai makan tengah hari, kami bertolak pulang ke destinasi masing-masing pada jam 3.30 petang. Dalam perjalanan, demi memenuhi keinginan MakTeh untuk makan roti bakar, kami singgah sekali lagi di Kluang Rail Coffee dan meneruskan perjalanan pulang ke KL.


MakTeh yang mengidam


Atas faktor kesesakan jalan kerana semua penghuni kota berpusu-pusu memasuki KL, kami tiba agak lewat iaitu jam 11.30 malam malah sempat berhenti solat di Alor Gajah dan Seremban.



Apapun, kembara (safar) pada kali ini meninggalkan seribu satu pengalaman pahit manis untuk dikenang oleh warga Bakarianz...