Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 21, 2012

Rangkaian Bakarians

Bismillahirrahmanirrahim...

1. Bakarians Shoppe
2. Bakarians Properties
3. Bakarians Transport

Okay tak?

Monday, December 17, 2012

Makanan Korea La Sangat

Bismillahirrahmanirrahim...
 
14 Disember 2012.
 
Lokasi - Restoran Spring Potato, Sri Gombak.
 
Layanan - Ok, cepat dan mesra.
 
Makanan - Kami tak boleh terima sebab rasa macam biasa, boleh masak sendiri dan agak tawar.
Tak pasti jika itu memang makanan asal orang Korea sebab ini kali pertama cuba.
Kesimpulannya, kalau dah tekak Melayu, memang rasa tak kena kalau tak rasa pedas dan masin skit.
 
 





Planetarium Negara

Bismillahirrahmanirrahim...
 
14 Disember 2012 - MakLong dan Geng Chenderiang ke Planetarium Negara.
 
 
 
 
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk melihat pameran.
Bayaran hanya untuk menonton persembahan pada waktu yang telah dijadualkan sahaja.
 
 
Keseluruhannya, selain Pusat Sains Negara, ia juga memang tempat yang sesuai untuk memberi pendedahan kepada anak-anak kecil tentang sains.
 
 
 
Adeef bisik kat telinga MakLong, dia nak datang lagi ke sini. Haha.
 

Wednesday, November 28, 2012

Aqiqah & Cukur Jambul BJ

Bismillahirrahmanirrahim...
 
24 November 2012 (Sabtu).
 
Alhamdulillah, selesai sudah kenduri aqiqah dan cukur jambul Bakarians Junior (BJ) seramai 8 orang.
 
Untuk aqiqah:
1. Muhammad Haziq Amin
2. Muhammad Hazim Amin
3. Nur Hazirah Aminah
4. Muhammad Hazmi Amin
5. Muhammad Adam Amin
6. Muhammad Adeef Amin
7. Muhammad Asyraaf Amin (Arwah)
 
Untuk cukur jambul:
8. Muhammad Qhaleef Amin
 



Maka, tertunailah sudah hak buat mereka. Semoga diterima olehNya jua.

Nota: Gambar penuh di Group TB.
 

Tuesday, November 20, 2012

Tahniah NAA

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Tahniah kepada Nur Aqilah Aminah binti Karman Amin kerana meraih 4A 1B dalam UPSR baru-baru ini.
 
Semoga terus meraih kejayaan di dunia dan akhirat.
 
Sesungguhnya perjalanan baru bermula.
 
Tahniah juga buat BaAn dan Kak Nani atas kejayaan anakanda itu.
 
Wassalam.
 

Thursday, November 15, 2012

Sanah Helwah Ya To'Ki

Bismillahirrahmanirrahim.
 
14 November 2012, berselisih dengan 1 Muharram 1434H.
 
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-66 buat To'Ki.
 
Semoga senantiasa dalam rahmatNya jua.
 
 

 
Amin.

Monday, November 5, 2012

Jejaka Tanpa Nama

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Tarikh Lahir:
4 November 2012 (Awal 10 hari daripada tarikh lahir To'Ki)
 
Tempat:
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
 
Selamat datang Muhammad ___________ Amin bin Md Hanafiah Amin!
 
 
 
 
 

Saturday, November 3, 2012

Jelajah Utara 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Tarikh: 29 Oktober - 1 November 2012 (2 bulan tu hehe)
Lokasi: Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang
Ahli: To'Ki, To'Wan, MakLong, Haziq, Hazim, Adeef
Penginapan:
1) The Leverage Business Hotel, Mergong
2) Naza Talya Business Hotel, Tanjung Bungah
 
Nota: Gambar penuh di FB Group TB.













Monday, October 22, 2012

Menjengah 3 Bulan

Bismillahirrahmanirrahim.

Diam tak diam. Usia Nur Qaisara Aminah dah menjengah 3 bulan. Semoga menjadi anak yang solehah.
Amin...




Sunday, September 23, 2012

Berendam - Episod 02

Bismillahirrahmanirrahim...

Lokasi: Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya
Tarikh: 15 September 2012

Seperti dijanjikan, hari ini datang lagi ke kolam.
Yeay!










Berendam - Episod 01

Bismillahirrahmanirrahim...

Lokasi: Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya
Tarikh: 14 September 2012














Ok, jom balik.
Esok kita datang lagi.

Tuesday, September 11, 2012

Pindoh Randoh

Bismillahirrahmanirrahim...

9/9/2012 - Episod pindoh randoh versi MakTeh yang penuh dengan drama.

Barang adalah setambung.

Ketor pale lutut angkut dari tingkat 4 ke tingkat 4.

Anyway, thank you belanja makan di Restoran Tasik Idaman, Dengkil.

Makanan adalah sedap tapi bergolek di atas katil adalah lebih sedap.




Wednesday, September 5, 2012

Singgah di Bumi Hang Tuah

Bismillahirrahmanirrahim...

2/9/2012 - TK & TW tiba di rumah ML tanpa makluman awal.




3/9/2012 - TK semangat bangun awal, pukul 7.30 pagi dah siap mandi. 

Rupa2nya nak ajak berjalan ke selatan tanah air.

Mula2 tunggu MT sampai dulu baru bertolak.

AyahChik dan keluarga pun bakal turut serta cuma akan bertolak pada waktu tengah hari.

Dalam perjalanan, kami singgah di bandaraya Melaka dulu.

Saja bawa TK & TW merasai pengalaman menaiki Menara Taming Sari.




Itu dia, MT yang sambil gores sambil ngepek mahal harga parking katanya. Hihi.

Memang tak logik pun, nak parking sekejap je tapi kena beli sebuku kupon yang berharga RM6 padahal 1 kupon = RM0.60 je.



Tiket untuk dewasa (dengan MyKad) adalah RM10 seorang dan RM8 untuk warga emas (55 tahun ke atas).



Kesian tukang bagi taklimat cuma duduk terpinggir je.

Patutnya letaklah tempat duduk khas untuk diaorang walaupun tempoh naik dan turun cuma 6 minit sahaja.


Kemah keming TW pegang lengan TK, gayat katanya.





Dari menara, singgah masuk Dataran Pahlawan sekejap sebab TK nak beli seluar baru.

Akhirnya, sambar sehelai kat kedai Orlando okay.

Dapat less 50%, memang berbaloi, siap potong sekali.

Sementara tunggu AyahChik tiba, kami ke Taman Botanikal pula.

Hajatnya nak naik buggy ride tapi malangnya ditutup pula. Huhu.





Bila AyahChik dah sampai, kami meneruskan perjalanan ke selatan tanah air.

Sampai di rumah AyahNgah lebih kurang pukul 6.30 petang. 

Waduh, penat bangat drive.


Pertemuan kali pertama Qaisara dan AyahNgah.




Terima kasih AyahNgah sebab belanja dinner di Restoran Sri Pantai, Kg Pasir Putih, Pasir Gudang,


Rajinnya Ustazah Jo (kata AyahDe hehe) baca komik sementara tunggu makanan dihidangkan.

Balik rumah, semua pengsan lepas nonton cerita lawak Zizan.

Pagi esoknya, awal2 jam 6.30 pagi sudah bertolak pulang ke KL sebab MT kena pergi sekolah.