Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 31, 2012

Kembara Terkena

Bismillahirrahmanirrahim...

26 Mac 2012

Rumah MakLong - Hantar MakTeh ke Sri Damansara - Mydin Selayang - Makan tengahari di Rawang (Tq  BaMa) - solat jama' di Tg Malim - bermalam di Cameron Highlands.

27 Mac 2012

Cameron Highlands - Gua Musang - Felda Sg Aring - Chendering.


Fuh!

Tuesday, March 13, 2012

Ziarah Kulim - Episod 2















Ziarah Kulim - Episod 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari Ahad, ML & MT gigih bertolak pada jam 6 ptg ke Kulim untuk menghadiri kenduri adik Kak Syima & juga menjenguk keadaan kereta BaHa yang ditimpa kemalangan. Dalam perjalanan, singgah sekejap di Tg Malim untuk solat sebelum meneruskan perjalanan ke Kulim. Cadangnya nak tidur di mana2 R&R atau dalam kereta aje tapi apabila memikirkan nak travel jauh, kenalah cari tempat yang selesa skit dan dapatkan tidur yang cukup. 

Oh ya, kami gi naik kereta MT sebab lepas tu terus nak balik kampung. MT kan cuti sekolah. Manakala ML pula akan fly dari KT ke KL pada hari Selasa sebab ada urusan pengajian. 

Masa nak masuk sempadan Penang, kami dah survey mana R&R yang ok skit untuk park kereta tapi macam tak best lak. Ok, next idea adalah Highway Hotel tapi kat area Penang tak ada. Yang paling dekat adalah di Bukit Merah. So, tukar plan. Last2 MT guna kuasa smartphone dia untuk browse hotel bajet yang ada di sekitar Kulim. Kami sengaja pilih nak stay hotel bajet sebab tak nak menyusahkan keluarga Kak Syima yang baru lepas habis kenduri. Kisahnya, kenduri adalah pada hari Sabtu tapi oleh sebab ML ada kelas, ditunda kepada hari Ahad. Itupun mula2 berteka-teki nak gi ke tak tapi lepas istikharah, oklah buat keputusan gi juga. Kebetulan MT memang nak balik kampung kan tapi kira men'canggoh percung perlu' lah juga balik melalui Kulim haha. Takpelah, alang2 boleh tengok kereta Jepun yang hebat langgar lembu sampai 2 ekor jadi arwah. 

Ok2, back to kuasa smartphone MT. Tekan2 je keluar nama Kulim Inn, no.1 dalam senarai. ML suruh MT call tanya ada kosong ke tak & rate ok ke tak. Ok, selamat ada kosong tapi rate RM100 untuk bilik standard. Last2 decide kita redah je sampai Kulim, then pepandailah kita cari mana2 hotel bajet kat situ. Exit tol Juru, kami follow hala Jalan Bukit Minyak. Tetiba ternampak Restoran Nasi Kandar Pelita dan perut pun dah ala2 lapar juga. Apa lagi, terus zass masuk parking. Selamat masuk perut, roti telur dan roti bawang. Alhamdulillah. 



Bila perut dah kenyang, kami teruskan lagi perjalanan. Memang dah tak jauh pun nak ke Kulim tu, dalam 20 minit je. Sampai2 je kami terus nampak lampu kelip2 yang memenuhi kawasan Kulim Inn yang ala2 i-city gitu. So, kami decide untuk menginap di situ je. Masa tu dah pukul 12.30 malam. Nikmat sungguh dapat berbaring selepas beberapa jam di dalam kereta. 

Pagi esoknya, kami decide nak breakfast di sebuah kedai makan yang bernama Nasi Lemak Mummy. Actually MT yang nampak signboard kedai tu malam tadi masa kami on the way ke Kulim Inn. MT ni memang laju kalau bab2 makan. Restoran Nasi Kandar Pelita semalam pun dia yang nampak dulu. ML follow je.









Memang superb nasi lemak kat situ. Dapat tahu dari mak Syima lepas tu, rupa-rupanya tokey kedai adalah mak mertua artis si Faizah Elai tu. Oh, kami tak kisahlah ada kaitan dengan artis ke tak, kalau sedap memang bedal je. Haha. Harga pun berpatutan, tak lah mahal sangat sebab kami ambil ayam berempah. Yang menariknya nasi lemak ni, boleh pilih nak berapa skoop. Single, double, triple atau ikut saiz perut sendiri nak banyak mana. Lagi satu, first time tengok ada 2 jenis sambal. 1 sambal yang pekat, 1 lagi cair. Pastu rasanya pedas tak pedas sangat, ada manis2 skit. Pendek kata, memang kena dengan tekak kami lah. Teh tarik dia plak fuh, memang terangkat. Kaler pun marvellous. ML tak suka betul kalau order teh tarik dapat yang kaler cair2. Macam tak puas je bila minum.  


Ok, perut dah kenyang, Alhamdulillah. So, kami pun bergerak ke rumah pakcik Ishak. Waduh2, kami dijamu lagi. See'h perut sungguh tapi syukur dengan rezekiNya. Lama juga borak2 di situ tapi kami mohon beredar jam 11.30 pagi sebab belum check-out dari Kulim Inn dan perjalanan nak balik masih jauh. Dapat tunjuk muka dan tanya khabar cukuplah. Dapatlah juga tengok kereta Jepun yang hebat tu. Sabar jelah BaHa ya, dugaan dariNya. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Yang penting, nyawa keluarga selamat. Kereta boleh repair, nyawa tiada galang gantinya.