Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 31, 2012

Hari Terakhir di HCMC

Bismillahirrahmanirrahim...

30 Mei 2012 - Hari ke4 iaitu hari terakhir kami di bumi Saigon. Usai sarapan masakan sendiri, kami menaiki teksi menuju ke Benh Tanh Market. Ia lanjutan misi semalam yang belum selesai. Puaslah hati To'Wan dapat memborong kain telekung dan kain sutera. Kami kembali ke hotel untuk mengemas barang sekitar jam 11 pagi dan check out pada jam 12 t/hari. Kemudian kami dibawa oleh ejen untuk makan t/hari di restoran Halal@Saigon. Kadar harga makanan di restoran halal di sini memang agak tinggi berikutan jumlahnya yang tidak banyak.

Usai makan t/hari, kami dibawa ke sebuah masjid untuk solat jama' sebelum dihantar ke lapangan terbang untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Terima kasih kepada AyahLong dan PakSoo serta Izzah yang datang menjemput kami di LCCT. Sebelum pulang ke rumah MakLong, kami menjamu selera di restoran Saba' Cyberjaya.

Wednesday, May 30, 2012

Hari Ketiga di HCMC

Bismillahirrahmanirrahim...

29 Mei 2012 - Usai sarapan, seperti biasa seawal jam 8.30 pagi, kami dibawa oleh ejen ke destinasi utama iaitu Sungai Mekong. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Taman Ular dan Buaya yang berada di bawah bidang kuasa tentera Vietnam.

Seterusnya, kami melanjutkan perjalanan ke destinasi utama iaitu bandar My Tho yang hanya terletak 10 minit dari Taman Ular dan Buaya. Dari situ, kami menaiki bot untuk ke pulau Pheonix dan makan tengahari di situ. Kemudian kami ke pulau kedua untuk melihat lebah dan persembahan lagu tradisional. Paling menarik, kami dibawa menaiki sampan menyusuri pinggir sungai Mekong menuju ke bot. Sebaik kami menaiki bot, hujan renyai-renyai turun. Mujur ia tidak turun sewaktu kami berada di dalam sampan.

Selepas itu, kami kembali ke bandar HCMC untuk meneruskan aktiviti melontar Vietnam Dong. Sebelum itu, kami dibawa untuk menunaikan solat di sebuah masjid.

Usai aktiviti melontar Vietnam Dong, kami makan malam di sebuah restoran masakan Melayu dan kembali ke hotel untuk beristirehat. Seperti biasa, kami singgah di tempat permainan melayan permintaan Adam dan Adeef.


Monday, May 28, 2012

Hari Kedua di HCMC

28 Mei 2012 - Usai sarapan di hotel, kami bergerak ke Chu Chi Tunnel yang terletak 70 km daripada HCMC tetapi memakan masa selama 1 jam setengah kerana pemandu yang amat berhati-hati serta keadaan jalan yang agak sempit. Di situ, kami dibawa melihat melihat terowong yang dibuat oleh tentera VietKong. To'Ki juga mengambil kesempatan untuk menembak di padang tembak.

Lepas tu, makan tengahari kat sebuah restoran tepi tasik. Lupa apa nama tempat tu. Kemudian terus pulang ke HCMC untuk solat di sebuah masjid tertua di sini. Usai solat, terus ke Independence Palace sampai lenguh kepala lutut. Merasalah masuk tempat-tempat rahsia bawah tanah di situ.

Dari situ, kami dibawa ke War Museum untuk melihat gambar-gambar zaman perang dan tinggalannya. Memang dahsyat betul impaknya kepada rakyat Vietnam. Yang pasti mereka berjaya mengalahkan tentera Amerika daripada menjajah negara mereka.

Sepatutnya ada lagi tempat lawatan yang ingin dibawa oleh ejen tetapi kami minta dihantar pulang ke hotel kerana kepenatan selepas seharian berjalan. Akhirnya, kami dihantar pulang ke hotel untuk berehat dan membersihkan diri sebelum dibawa ke restoran untuk makan malam.

Selepas 2 jam berehat, sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan, kami dibawa ke restoran D'Nyonya yang menyediakan hidangan Melayu. AyahDe siap bungkus lebihan makanan sebagai bekalan jika Adam lapar apabila berada di hotel kelak.

Mulanya pemandu pelancong kami, Andy, cadangkan pada kami untuk melawat pasar malam di Ben Thanh tetapi kerana sudah keletihan dan jarak untuk pulang berjalan kaki ke hotel agak jauh, kami tunda hasrat itu kepada esok.

Namun sebelum pulang, sempat juga kami singgah di tempat permainan berdekatan untuk Adam dan Adeef bergembira. Kadarnya agak ok iaitu VND15,000 (RM3).

Seketika di situ, kami terus pulang ke hotel untuk berehat secukupnya kerana esok ada aktiviti lain yang perlu kami lalui.

Sunday, May 27, 2012

Hari Pertama di HCMC

Bismillahirrahmanirrahim...

27 Mei 2012 - Alhamdulillah kami selamat tiba di HCMC meskipun dari 2 destinasi berbeza. Kedatangan kami disambut oleh wakil ejen, Andy di lapangan terbang. Oh ya, keadaan lapangan terbang memang sangat jauh bezanya dengan pengalaman kami ke Medan dan Bandung. Malah urusan imigresen dan kastam juga sangat lancar.

Sekarang kami di Hello Hotel, sebuah hotel bajet yang agak kelakar juga lokasinya. Padanlah dengan harganya.

Malam ini kami hanya berehat di hotel selepas makan malam di restoran halal bernama VN Halal. Esok kami akan memulakan kembara ke destinasi-destinasi yang telah diatur oleh ejen.

Semoga percutian kami berjalan lancar.



Saturday, May 12, 2012

Nasi Lemak Cinta Sayang (NLCS)

Bismillahirrahmanirrahim...

5 Mei 2012 - Lepas soping di Plaza Alam Sentral, perut plak lapar. Maka dinner lah kami di restoran NLCS. Rasanya biasa2 aje.

Thursday, May 3, 2012

Selamat Hari Lahir To'Wan

Bismillahirrahmanirrahim...

Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik.

Wednesday, May 2, 2012

Dari Jerantut Ke Sri Gombak

Bismillahirrahmanirrahim...

Cuba teka pukul berapa ni? 3 pagi ok. Diulangi pukul 3 pagi. Aduhai...