Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 28, 2012

Hari Kedua di HCMC

28 Mei 2012 - Usai sarapan di hotel, kami bergerak ke Chu Chi Tunnel yang terletak 70 km daripada HCMC tetapi memakan masa selama 1 jam setengah kerana pemandu yang amat berhati-hati serta keadaan jalan yang agak sempit. Di situ, kami dibawa melihat melihat terowong yang dibuat oleh tentera VietKong. To'Ki juga mengambil kesempatan untuk menembak di padang tembak.

Lepas tu, makan tengahari kat sebuah restoran tepi tasik. Lupa apa nama tempat tu. Kemudian terus pulang ke HCMC untuk solat di sebuah masjid tertua di sini. Usai solat, terus ke Independence Palace sampai lenguh kepala lutut. Merasalah masuk tempat-tempat rahsia bawah tanah di situ.

Dari situ, kami dibawa ke War Museum untuk melihat gambar-gambar zaman perang dan tinggalannya. Memang dahsyat betul impaknya kepada rakyat Vietnam. Yang pasti mereka berjaya mengalahkan tentera Amerika daripada menjajah negara mereka.

Sepatutnya ada lagi tempat lawatan yang ingin dibawa oleh ejen tetapi kami minta dihantar pulang ke hotel kerana kepenatan selepas seharian berjalan. Akhirnya, kami dihantar pulang ke hotel untuk berehat dan membersihkan diri sebelum dibawa ke restoran untuk makan malam.

Selepas 2 jam berehat, sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan, kami dibawa ke restoran D'Nyonya yang menyediakan hidangan Melayu. AyahDe siap bungkus lebihan makanan sebagai bekalan jika Adam lapar apabila berada di hotel kelak.

Mulanya pemandu pelancong kami, Andy, cadangkan pada kami untuk melawat pasar malam di Ben Thanh tetapi kerana sudah keletihan dan jarak untuk pulang berjalan kaki ke hotel agak jauh, kami tunda hasrat itu kepada esok.

Namun sebelum pulang, sempat juga kami singgah di tempat permainan berdekatan untuk Adam dan Adeef bergembira. Kadarnya agak ok iaitu VND15,000 (RM3).

Seketika di situ, kami terus pulang ke hotel untuk berehat secukupnya kerana esok ada aktiviti lain yang perlu kami lalui.

No comments:

Post a Comment