Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 30, 2012

Hari Ketiga di HCMC

Bismillahirrahmanirrahim...

29 Mei 2012 - Usai sarapan, seperti biasa seawal jam 8.30 pagi, kami dibawa oleh ejen ke destinasi utama iaitu Sungai Mekong. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Taman Ular dan Buaya yang berada di bawah bidang kuasa tentera Vietnam.

Seterusnya, kami melanjutkan perjalanan ke destinasi utama iaitu bandar My Tho yang hanya terletak 10 minit dari Taman Ular dan Buaya. Dari situ, kami menaiki bot untuk ke pulau Pheonix dan makan tengahari di situ. Kemudian kami ke pulau kedua untuk melihat lebah dan persembahan lagu tradisional. Paling menarik, kami dibawa menaiki sampan menyusuri pinggir sungai Mekong menuju ke bot. Sebaik kami menaiki bot, hujan renyai-renyai turun. Mujur ia tidak turun sewaktu kami berada di dalam sampan.

Selepas itu, kami kembali ke bandar HCMC untuk meneruskan aktiviti melontar Vietnam Dong. Sebelum itu, kami dibawa untuk menunaikan solat di sebuah masjid.

Usai aktiviti melontar Vietnam Dong, kami makan malam di sebuah restoran masakan Melayu dan kembali ke hotel untuk beristirehat. Seperti biasa, kami singgah di tempat permainan melayan permintaan Adam dan Adeef.


No comments:

Post a Comment