Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 21, 2008

JaLaN-JaLaN di PoRT DiCkSoN...Siri 1

Bakarianz (Mak Long, Mak Teh, Ayah Chik) bertolak ke PD dengan menaiki CCE3217 lebih kurang jam 12.30 t/hari. Perjalanan lancar dan kami terus menuju ke destinasi pertama iaitu Eagle Ranch Resort. Tujuan sebenar kunjungan kami adalah untuk membuat lawatan tapak kerana Mak Long akan melaksanakan 2 program berturut-turut selepas Aidilfitri nanti. Kami tiba di bandar PD lebih kurang jam 1.30 petang dan terus menuju ke Masjid PD untuk menunaikan solat Jama'. Sewaktu di masjid, Mak Long dan Mak Teh telah mengalami satu situasi yang boleh dikatakan kelakar. Sebaik sahaja Mak Long dan Mak Teh memasuki kawasan solat wanita/muslimat, didapati ada 3 orang budak (sorang tu macam dah besar sebenarya) elok terbaring terlentang tidur. Seganlah Mak Long dan Mak Teh tapi buat selamba masuk juga. Bengang pun ada. Yela, menyibuk kat kawasan wanita, apa kes kan. Mak Long malas nak ambil kisah sangat, pakai telekung terus bersiap sedia untuk solat. Mak Teh macam tak puas hati, dia selak kain penghadang luas-luas untuk bagi jemaah lelaki@orang masjid nampak perbuatan ketidaksopanan budak-budak tu. Mak Long gelak je, memang gaya cikgu betul Mak Teh ni. Selamba didajalkan budak 3 orang tu tapi memang patut pun Mak Teh buat macam tu sebab lepas tu ada jemaah lelaki yang datang 'halau' budak-budak tu. Apa lagi, kembang kuncuplah lubang hidung Mak Teh, bangga tindakan dia selak kain penghadang membuahkan hasil. Mesti Mak Teh riak juga sikit-sikit. Haha. Tak baik tau Mak Teh, kan bulan puasa. Selesai solat, kami meneruskan perjalanan seperti dirancang ke Eagle Ranch Resort.

Kami tiba di sana lebih kurang jam 2.30 petang. Agak jauh juga tempat tu dari bandar PD. Dalam hati Mak Long dah rasa agak kurang senang dengan lokasi tempat tu sebab kalau boleh biar dekat dengan kemudahan kedai atau bandar. Ketibaan kami disambut oleh En. Azmir, pembantu puan Suzzy. Beliau bermurah hati membawa kami menunjukkan jenis-jenis bilik yang terdapat di situ. Mak Long sibuk mendapatkan maklumat daripada En. Azmir sedangkan Mak Teh dan Ayah Chik sibuk berposing. Sabar jelah...tak pela, lagipun diaorang menemankan Mak Long sebenarnya.

Tengoklah gaya-gaya Mak Teh dan Ayah Chik posing, tak larat Mak Long nak tengok...:p








2 comments:

  1. ayah chik, balas dendam nampak. xde 1 pun gmbr mak long ye. cess...

    ReplyDelete
  2. apa plak..
    u xbg gmbr u kt i...haha

    ReplyDelete