Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 5, 2011

Kembara Langkawi - Hari 2

Bismillahirrahmanirrahim...

01 Mei 2011 - Selamat Hari Pekerja! Kami bergerak meninggalkan tempat penginapan seawal jam 8.30 pagi menuju ke Langkawi Cable Car. Seperti dijangka, manusia memang melaut tapi kami masih dikira bernasib baik kerana tidak perlu beratur untuk membeli tiket, cuma perlu beratur untuk menaiki cable car sahaja. Itupun jenuh juga beratur hampir setengah jam. Si kenit Adeef apa lagi, tak duduk diamlah dia. Lunyai kami dikerjakan dia. Huhu. Masa kami beratur tu, tiba-tiba tengok deretan manusia beratur untuk membeli tiket dah jadi macam ular kena palu. Aduhai, musim cuti kan. Semua orang nak bercuti bersama keluarga. Alang-alang dah sampai, redah juga lah. Takkan nak patah balik pula. Tiket pun dah bayar. Oh ya, cakap pasal tiket. Seingat ML dulu harganya cuma sekitar RM15 seorang sahaja tapi kali ini RM30 seorang pula. Apabila ML tanya, rupa-rupanya kadar tersebut adalah promosi untuk pemegang MyKad bagi 3 tahun pertama sahaja. Sabar jela.

Pintu masuk

Si Kenit Adeef posing sementara ML beli tiket

Beratur tunggu giliran nak naik cable car. Sangat ramai ok!

Deretan manusia nak beli tiket. Fuh! Mujur kami cepat skit.

Yeah! dah datang

ML & TokSoo

Sesi peluk tiang di stesen pertama

"Nak bergambar peluk tiang jugalah," kata TokWan. Haha

Entah apa diautanya To'Ki tu

Yeay, kami dah sampai di puncak!

Sungguh tak aci, Adeef naik belakang ML masa naik ke atas dengan tangga. Penat sey!

Tahniah kepada To'Wan dan To'Soo kerana berjaya juga sampai ke jambatan segi tiga yang berada di puncak paling atas cable car. Walaupun gayat, To'Wan beranikan diri sambil tangan mencengkam kemas lengan To'Ki. Haha.

Kemudian, kami makan tengahari di salah sebuah restoran di Pantai Cenang iaitu Restoran Haji Ramli dan solat jama' di Masjid Kedawang. Seterusnya, kami teruskan perjalanan ke Mardi Agrotechology Park pula. Kadar tiket adalah RM5 seorang dan kanak-kanak percuma. Menariknya, kami dibawa mengelilingi dusun buah-buahan dengan menaiki lori kecil yang diubahsuai di belakangnya.

Bila berhenti di kawasan pokok-pokok yang sudah berbuah, kami boleh memetik dan memakannya terus secara percuma. To'Ki apa lagi, siap tapau bawa balik untuk dijadikan benih. Kami juga dijamu dengan hidangan buah-buahan yang telah siap dipotong oleh petugas di situ.




Kami tinggalkan tempat itu pada jam 5 petang iaitu waktu tempat tersebut ditutup. Aktiviti seterusnya sudah tentulah ke pekan Kuah untuk melontar riyal. Lokasi pertama adalah Idaman Suri, kemudian ke Haji Ismail Group dan beberapa buah kedai di sekitar kawasan tersebut. Hampir pukul 8 malam juga baru kami balik ke rumah. Itupun sudah hampir penuh Toyota Unser dengan pelbagai barangan yang diborong oleh To'Wan dan To'Soo. Waduh2, agaknya kalau lagi awal ke sana, mesti tak muat kereta tu. Isk2.

Sebelum balik, singgah sekejap untuk makan malam dan selepas itu adalah sesi menyusun barangan untuk dibawa masuk kargo pada keesokan hari.

No comments:

Post a Comment